Sunday, April 27, 2008

Pantai dan Lautan, Begitulah kita dan Masalah



Hidup Tak Lepas Dari Masalah

Bukit Mahkota 28 April 2008, Masalah dan manusia tak boleh terpisahkan. Bak pantai dan lautan. Begitulah yang boleh kita umpamakan. Namun adakalanya masalah itu boleh di elakkan dan di ikhtiar agar ia tidak menjadi masalah.

Seorang murid tahun 6 yang akan berdepan dengan peperiksaan UPSR pada tahun ini, tetapi telah mencatat rekod 10 hari tidak hadir ke sekolah membuat saya kepingin menziarahi ke rumah sebagai lawatan sosial dan mencari sebab musababnya.

Menurut laporan yang diterima dari guru kelas, ketika ditanya kenapa tak datang sekolah, dengan tersengeh-sengeh ia menjawab, lambat bangun cikgu. Sebagai guru yang prihatin, beliau menelefon ibunya bertanya kenapa, jawapan yang terima adalah bapanya yang tak kejutkan. Aik, menyalahkan bapak? Ibu buat apa?

Sudah tiga orang ibu dan bapa saya utuskan surat mohon datang ke sekolah untuk berbincang dan bertukar pandangan, bagaimana membantu anak mereka, termasuklah murid ini. Tapi setakat ini, kesemua ibu dan bapa yang dipanggil tak seorang pun yang datang.

Terserah andalah, begitu kira-kira pandangan saya. Kalau tak mahu datang, nak buat macam mana, tak kan nak paksa, sudahlah anak menghadapi masalah pelajaran, orang tua pula ada masalah nak hadir sebentar ke sekolah. Ya…memang sudah takdir begitu…semua bermasalah.

Apa masalah cikgu….bagi saya dan juga guru-guru lain, kalau banyak helai buku tak dijawab, banyaknya selesaikan, selesaikan dan tak selesai-selesai sampai sudah. Ini memang akan menemui banyak masalah lagi.

Surat yang sampai pun sudah dikira satu tamparan buat mereka. Saya hanya ingin bantu, kerana merasakan anak mereka macamlah saudara kita jugak.

Dalam siri lawatan ke rumah kali ketiga ini, destinasi ialah Bukit Mahkota, tepatnya di Flat Seksyen 4. Tempat ini memang menjadi destinasi saya sejak dulu, entah kenapa ramai jugak yang bermasalah tinggal di sini.

Anak saya tak ada masalah apa, saya ada anak tujuh, ini yang bongsu. Jadi apa masalahnya tanya saya, dia hari tu sakit, demam, jatuh, jawab ibunya….kata saya ia…kita nak buat macam mana kalau memang sakit. Tak pelah kalau begitu, tapi kalau bangun lambat tu rasanya boleh diubah ya kan. Saya pulang dengan harapan esoknya anak ini akan ke sekolah. Kunci jam tu, niat nak bangun awal, insya Allah akan terjaga. Jangan lupa sholat subuh. Salam pada suami.

Situasi selanjutnya kita tunggu akan datang.

 

No comments:

Post a Comment