Thursday, May 29, 2008
Barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka baginya kesempitan dalam hidup, dan Kami akan bangkitkan mereka dalam keadaan buta matanya, bertanya mereka, Ya Tuhanku, kenapa Engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta, padahal dulu waktu di dunia aku boleh melihat, Jawab Tuhan, Begitulah balasannya, lantaran engkau buat-buat tk nampak akan peringatanKu sewaktu di dunia dahulu.

Thaha : 124

Read more »

 
Monday, May 26, 2008

Kita tak mampu menandinginya

BANGI 26 Mei 2008. Sebuah kemalangan melibatkan motosikal dan kereta Perdana V6 berlaku di luar jangkaan. . Kejadian ini berlaku di Sungai Buah luar. Saya sempat merakam semasa menuju Seminar Kebangsaan Kaunseling di PICC. Siapa pun tidak mahu kejadian ini berlaku. Namun begitulah yang tertulis. Mengikut statistik pada musim perayaan. Sebanyak 25 kejadian kemalangan maut terjadi setiap hari dalam negara Malaysia yang penduduknya 25 juta orang.

Saya sempat mengambil gambar kejadian pada pagi ini. Seorang kawan mengatakan, teruk nih…adalah dalam RM60,000 nak baiki balik. Mak ai…macam nak beli kereta baru.

Saya sering mengajak tuan-tuan dan puan, setidaknya bertanya pernah tak ke Indonesia. Penduduknya 250 juta orang. Bermacam bangsa, suka, adat budaya, agama dan bahasa. Namun selama 4 tahun lebih saya di sana, kejadian sebegini amat jarang berlaku. Padahal kalau nak ukur ke-displinan orang kita dan mereka dijalan raya, kita lebih baik. Cara ambil lesen pun tak lah segempak kita di sini. Cubalah saudara ke sana dan tengok….rata-rata akan jawab…ee ngeriiii cara dia orang memandu. Bayangkan Jakarta Bogor perjalanan sejauh 4 jam ada orang boleh sampai 2 jam cukup. Betapa lajunya mereka memandu. Cekap pulak tu.

Sebenarnya menurut pengamatan saya, Indonesia mempunyai kelebihan dari segi ini. Tanyalah orang yang pernah ke sana. Saya menyarankan kepada pihak yang berkenaan, buatkan satu kajian bagaimana orang Indonesia kurang kemalangannya, kita tiru budaya mereka yang baik ini. Buat lakon semula di TV dan jadikan tabiat orang kita yang sikit ini. Rata-rata yang meninggal anak muda-muda yang masih remaja lagi. Pernah tahun 2005 saya balik dari KL ke Beranang melalui Bdr Tasik Kesuma, dalam mengantuk drive tu tiba-tiba ternampak orang ramai berkerumun, padahal jam 12.00 malam, saya berhenti untuk melihat apa yang berlaku, rupanya 2 orang anak remaja lepasan SPM meninggal di bawah treler panjang yang memuatkan kenderaan berat di atasnya.

Sayang…mati muda-muda, yang lebih rugi, anak muda yang belum pernah baik sembahyangnya, sedang sudah pun cukup umur, siapa nak tanggung dosa mereka? Hari-hari di pukul malaikat maut. Gara-gara sikap orang kita yang menjadi raja di jalan raya. Sesungguhnya kita tak mampu melawan Indonesia, negara yang terpuruk di akhir zaman ini.

Read more »

 
Sunday, May 25, 2008

Anjing dan Air Liurnya

Petikan dari..."Ketika saya menikmati makanan kenduri kahwin di Putrajaya pada hari Ahad yang lalu, duduk semeja bulat dengan saya dua orang pakcik yang sedang berbual-bual tentang penggunaan anjing terlatih di KLIA yang digunakan untuk memeriksa barang-barang merbahaya yang tersembunyi di dalam ‘luggage’ para penumpang. sambung

Read more »

 
Thursday, May 22, 2008

Kenangan Hari Guru 2008

Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, pihak UBK mengeluarkan CD gambar-gambar sambutan hari tersebut yang mengandungi upacara sambutan, ucapan perpisahan, anugerah tokoh guru SKB 2008, sukan dan permainan dan juga jamuan makan guru di Nilai Spring. Kesemuanya setakat ini mengandungi 198 keping foto, tidak termasuk ucapan dan majlis perpisahan dengan Puan Zainun Zainuddin yang akan menjadi telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan, Anda boleh memiliki CD ini dengan harga RM5.00 sahaja. Dengan ini lebih 200 keping foto terdapat dalma CD tersebut.
Anda boleh menghubungi En.Noorhisham sesi pagi dan Pn. Nur Farizan sesi petang untuk urusan pembelian

Read more »

 
Saturday, May 17, 2008

Gara-gara Seringgit

Bandar Baru Bangi.



17 Mei 2008. Waktu makan, setelah habis sesi ceramah 1 jam di SK Jalan Tiga dan hendak ke SK Taman Tasik, saya dan rakan kaunselor, En.Zainuddin Zakaria sempat berbual dengan Guru Penolong Kanan HEM sekolah tersebut pada sesi jamuan.

Beliau bercerita pengalaman ketika menjadi HEM di sekolah Convent. Sedikit pengalaman selama setahun lebih disitu beliau curahkan, ketika di Convent, guru besarnya merupakan seorang yang tegas. Mana-mana murid yang tidak hadir sebarang aktiviti, ibu dan bapa akan dipanggil. Kata guru besar, kalau tak boleh undang-undang sekolah ini, sila pindah sekolah lain. Ada pula ibu yang datang merayu nak masukkan anaknya ke sekolah tersebut dengan pelbagai tawaran, antaranya datanglah ke butik saya, boleh ambil percuma mana-mana baju yang cikgu nak. Ada juga yang nak berikan cek kosong, cikgu tulis je berapa nak, asal anak saya boleh sekolah kat sini. Apa fikiran tuan-tuan tentang situasi ini? Begitu keadaan di SK Convent dulu. Seingat saya, kalau kita baca buku-buku Hadis Kudsi, kita akan bertemu dengan sepotong ayat, wahai hambaKu, engkau makan rezki dan hidup dibumi Ku, andai engkau tak redha dengan Undang-undangKu, carilah bumi yang lain.


Hah, Tuhan pun suruh makhluk manusia ini pindah ke bumi lain. Tapi kalau kita buat kat sekolah ni, melenting la orang-orang yang ...

Namun bila pindah ke sekolah lain, katanya pernah suatu ketika guru ini minta duit RM1.00 daripada setiap murid untuk keceriaan kelas. Ada mak ayah tulis surat dan persoalkan tindakan guru minta duit hanya seringgit untuk keceriaan sekolah. Rupanya ilmu di SK Convent tak boleh nak di apply kat sekolah yang majoriti Melayu, berbanding sekolah dulu yang banyak masalah dan rata-rata murid bercampur bangsa.


Hairan, bila orang Bandar Baru Bangi yang majoriti berduit, mempersoal semata-mata seringgit dengan surat rasmi. Al-hamdulillah kita di Bangi Lama belum terjadi seperti itu. Namun sedekad dua ni, ada juga sedikit-sedikit masalah ala-ala bandar Baru, bila mana terjadinya kemasukan anak-anak orang berada. Seingat saya kalau nak bawa murid keluar dan tak ada surat, tak ada lah mak yang marah-marah melenting, kecuali bertanya ke mana nak dibawa anak. Ini tidak, dimarah-marahnya pada kerani. Hah, dah terjangkit virus orang-orang kaya.Lain kali, kalau begini, kita bawa murid-murid dari 5 Saturn dan 6 Saturn rasanya, tak ada masalah. Kelas istimewa ni, kalau ada guru rotan anaknya pun lantaran tak siap kerja, gerenti tak akan ada yang marah.
Inilah, sebahagian ragam hidup sebagai guru.



Read more »

 
Friday, May 16, 2008

Lagi Foto Hari Guru

Read more »

 

Makan Tengah Hari Jam 3.30


LAKONAN mampu menyentuh perasaan hadirin. Pelakon tambahan ini wajar diketengahkan dalam festival filem Malaysia 2008.



Alahai, kesian cikgu-cikgu ni, makan tengah hari jadi makan petang, walau apa pun, sambutan hari guru tahun ini bagi saya cukup seronok, meriah dan meninggal kenangan indah.

Read more »

 

Selamat Hari Guru


BANGI. 16 Mei 2008. Pagi hari semua murid berkumpul dan acara dimulakan dengan Perarakan guru-guru SKB cemerlang memasuki gelanggang. Perutusan dibaca selepas pengerusi memanggil Ustaz Noorhisham membacakan doa. Doa di panjat ke hadrat Ilahi memohon agar guru-guru dilanjut usia dalam keredhaanNya dan dimurahkan rezki, Amin.

Selepas acara pembahagian hadiah kepada guru-guru pemegang anugerah Guru Cemerlang yang diketuai oleh Puan Nora Ibrahim, tempat kedua En.Haziq, ketiga En.Zakuan dan Puan Helda Hayes tangga ke empat. Selalung Tahniah dihamburkan buat mereka.

Saya menerima banyak sms dan hingga kini masih terima dari nombor-nombor yang tidak ternama dalam sistem Hand Phone, dan masih belum dijawab. Saya percaya, insan yang menghantar sms adalah manusia yang berjiwa mulia, tahu menghargai pengorbanan dan jasa orang lain, walaupun dilupakan oleh insan yang lain.

Syabas guru-guru, kita hidup dalam perjuangan, teruskan perjuangan sebagai mana pesanan Puan Noor Jannah, ikhlas..kanlah dalam mendidik. Ibu bapa yang tidak tahu menghargai jasa kita, bahkan meremehkan usaha kita dan macam-macam, walau anak mereka kita bawa pergi lawatan, kita beri makan dan berikan peluang itu ini, sampai hati mereka marahkan kita. Manusia segini hanya sekelumit Cuma dalam dunia nan luas ini.

Antara kenangan paling indah, guru perempuan tiap belon dan mendudukinya hingga pong! Pecah…. Selamat Hari guru

Read more »

 
Thursday, May 15, 2008

Pendedahan Kejayaan 5A

Hari ini murid tahun 5 Mercury di dedahkan dengan kejayaan Luqman Al-Hakim tahun 2007 yang berjaya mendapat 5A. Luqman adalah antara 17 orang murid yang berjaya mencapai sasaran beliau.

Hasil wawancara selama 26 minit ini didedahkan dalam kelas dengan menggunakan LAp Top dibantu speaker usb, walaupun agak kurang kuat, namun murid-murid tekun mencatat nota dari apa yang didengar.


Hari

Read more »

 

Selamat Hari Guru

50
Blog Norish mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada guru seluruh Malaysia amnya, dan buat guru-guru yang cemerlang di SK Bangi khususnya. Segala jasa guru dan pengorbanan serta kecekalan menghadapi serangan dan cobaan hidup adalah asam garam kita dalam perjuangan yang bernama manusia.

Barkod diterima lagi.

Dalam pada itu, hari ini saya mengambil 50 keping barkod yang sudah siap. Ada pula gambar dan nama yang tertukar. Pihak pembekal minta di semak semula.Semalam saya dan kerani telah pun pergi ke Kuala Lumpur membeli sebuah mesin fax menggantikan mesin yang lalu rusak gara-gara kilat.

Read more »

 
Tuesday, May 13, 2008

Lawatan Percuma 2 jam




Bangi , 13 Mei 2008. Sekali lagi rezki jatuh bergolek, seramai 38 orang murid dipelawa menghadiri majlis perasmian Skuadrom Askar Wataniah Unit Air bersama Syabas di Kampung BAngi Tambahan.
Majlis yang dihadiri Kernel Tan Sri Razali Ismail ini membuka minda kepada pelajar akan beberapa perkara. Pertamanya mereka melihat bagaimana kerja bahagian angkatan tentera yang terpaksa berdiri hampir sejam di tengah terik mentari demi menunggu kehadiran orang-orang tertentu.

Selain itu, ada lagi jenis pekerjaan melibat bekalan air, polis dan VIP atau pembesar Kampung. Pilih sendiri mahu kerja apa bila besar nanti. Hadirin sungguh gembira, selain dihidang nasi free, mereka juga mendapat buku lukisan berkulit merah, penanda buku dan beberapa barangan lain. Dalam pada itu ada jugfa murid yang berebut mendapatkan tandatangan tentera tertentu.

Jam 10.30 kami dijadual kembali ke sekolah, tapi bas agak lambat tiba, namun sempat juga tiba sebelum jam 1.00.

Read more »

 

Lawatan Percuma Ke UniKL Miat

Read more »

 

Bahan Masukan Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama


BANGI, 11 Mei 2008, Buat pertama kalinya AJK PIBG menemui masa dan kesempatan untuk memulakan mesyuarat pertama sulungnya. Pastinya mesyuarat kali ini amat bermakna lantaran menjadi pemicu kepada semua program yang akan dijalankan tahun ini.

Kehadiran semua ahli amat memberangsangkan, kecuali Puan Guru Besar dan Ustaz Mokhtar Hussin yang tidak dapat bersama lantaran hal yang lebih penting dalam masa yang sama.

Tumpuan mesyuarat kali selama 4 jam memberi fokus kepada pelantikan AJK-AJK kepada sub bahagian tertentu.

En Harery mengharapkan agar sekolah ini dapat dicalonkan sekolah harapan negara buat masa akan datang. Menurut penilaian beliau, buat masa ini inviroment sekolah ini belum menepati citarasa sebagai yang di inginkan, seorang AJK lain mencelah, mungkin sebab sekolah lama kot..

Sementara itu, Puan Jamaliah yang diamanahkan mengurus pembangunan surau tahun lepas bertekad ingin menyiapkan secepat mungkin walaupun masih berdepan banyak kekangan dan masalah lagi. Antaranya kita belum dapat surat improve pasal plan dari atas, sebab itu kita tidak berhak meminta sebarang duit untuk pembangunan surau secara rasmi.

En.Nasir, warga Sri Putra Seksyen 7, menyentuh sukan 50 tahun tempoh hari. Beliau melahirkan sedikit rasa malu bagi pihak sekolah atas sebab-sebab taknikal buku aturcara tidak sepatutnya seperti tempoh hari, ini kerana kita menyambut 50 tahun.

Puan Sazlina menyampaikan hasrat pihak pengurus kokurikulum tahun ini, perkhamahan unit Pakaian Seragam akan dibuat di Kem Rebutia Gombak, YDP bersetuju dan anggaran murid adalah 120 orang. Cuma bayaran yang agak tinggi bagi kebanyakan murid di sekolah ini iaitu RM90.00 perkepala.

Dalam pada itu, Major Burhanuddin yang dilantik sebagai AJK Unit Kebajikan dan Keselamatan

Pn. Salmiah melaporkan harapan UPSR tahun ini belum menampakkan bibit-bibit kejayaan yang hebat. Apalagi seramai 20 orang murid yang mengikuti kelas tambahan dari 170 orang mohon berhenti. Alasan bapa suruh berhenti. Tidak dipastikan apakah kerana beralih tempat atau sekadar rasa ”bosan” dengan belajar dan belajar.

Sebagai penutup mesyuarat, YDP melahirkan rasa hati beliau, kadang-kadang ada projek yang dirancang pihak PIBG tidak dapat berjalan disebabkan masalah-masalah tertentu, tetapi kata beliau, kita tidak boleh berputus asa untuk membantu sekolah dan anak-anak kita ini, yang penting niat kita diteruskan.

Puan Norziah mohon pada mesyuarat akan datang, jemput pihak pemandu bas datang ke mesyuarat.

Saya sendiri, hehe, mungkin akan melanjutkan diploma Penyalah gunaan dadah bulan 8 nanti selama 9 bulan menyarankan agar tuan-puan sering-seringlah menjengok blog ini tanpa rasa bosan.


Read more »

 
Saturday, May 10, 2008

Berita HAri Ini

BANGI, 10 Mei 2008, 8.30 saya memenuhi undangan SK JLN 2, Bandar Baru Bangi mohon menyampaikan ceramah Kepimpinan. Seramai 100 orang lebih murid-murid dikumpul terdiri pengawas tahun dua, tiga, empat dan lima. Terkejut juga bila tau sekolah ni ada pengawas tahun 2.Sekolah kita kat Bangi lama ni,tahun 3 je baru ada pengawas.

Petangnya jam 2.30 satu bas dari MIAt mengambil murid-murid di sekolah dan membawa ke MIAt untuk membuka minda murid. Seramai 4 orang guru ikut serta. Sesudah bas bertolak, ada pula yang baru sampai, tertinggal bas lah kali ni. NAsib baik bukan murid, tapi guru sendiri. Apa lagi terpaksalah mengejar bas tu sampai ke MIAT sana. Apa pun terima kasih dari pihak kami sekolah Kebangsaan Bangi buat pihak MIAT yang saban tahun menjemput anak-anak kami ini.

Dan esok (Ahad) jam 9.00 pihak AJK PIBG sesi 2008-2009 akan bermesyuarat buat kali pertama dek kesibukan memanjang semua member. Anda ada apa-apa nak disampaikan?

Read more »

 
Wednesday, May 7, 2008

Wak Tom Dengan Lagunya


CUKUP SAMPAI DISINI

Majlis diserikan lagi
dengan persembahan nyanyian oleh wakil Staf Sokongan SK Bangi, Wak Tumirin atau lebih glamour dengan panggilan wak tom. Beliau merupakan bekas juara Karaoke menyampaikan sebuah lagu "Cukup Sampai Di sini".


Puan Asnah turut menambah gelak tawa hadirin dengan memberikan sekuntum bunga berdaun tanda penghargaan atas suara emas yang lunak merdu.

Kami cuba menggembirakan Puan Jannah sebagai tetamu kehormat, namun kesedihan melebihi dari itu. Pemergian beliau dari SK Bangi merupakan suatu kehilangan besar buat sekolah. Beliau yang setiap hari sudah pun berada di pejabat sekitar jam 7.00 pagi adalah seorang guru yang cukup prihatin tentang nasib murid dalam pelajaran.

Beliau yang mengajar Mata Pelajaran Moral apabila terdengar ura-ura menyambung perkhidmatan penjawat awam sehingga 60 tahun, "ooo tak mau saya..." Guru cukuplah 55 tahun. Memandangkan nama guru hari ini bukanlah sehebat guru zaman dulu-dulu, membuatkan beliau pernah beberapa kali di depan saya mengatakan lambatnya nak bersara...itulah luahan lantaran pelbagai masalah yang melanda guru hari ini.

KAD NAMA BARU

Dalam pada itu, petangnya saya ke Kedai Barakah bertanyakan tentang kad nama murid yang baru diterima 30 keping. Masih tersisa 400 keping lagi. Namun kecewa lantaran pihak Barakah membawa pulang ke rumah. Katanya ingin memberi tumpuan, nanti siap baru kami call.

Lawatan ke MIAT

Sebelumnya pihak MIAT menghubungi saya. Rombongan akan berangkat seperti berikut. Hari Jumaat Tahun 6 jam 2.3- petang, Hari Sabtu juga 2.30 bagi Tahun 5 dan Ahad jam 10.00 pagi bagi murid tahun 4. Segala pertanyaan boleh hubungi 017-3915519.

Read more »

 

Foto Sekitar Persaraan GPK KU


Majlis Terakhir setelah Nyanyian Lagu Dimana ku Cari Ganti

Guru Bersalaman dengan Puan Hajjah Noor Jannah



Menyampaikan Ucapan Persaraan

Guru Mengambil Kesempatan Berfoto

Patah tumbuh hilang berganti

Yang Datang Tak Sama Dengan Yang Pergi
Kami memohon ke Hadrat Ilahi
Semoga Hidupnya Beliau Diberkati


















Bergambar buat kali terakhir secara rasminya sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum.
Beliau dilahirkan di Johor Bharu menamatkan zaman perguruannya di Sekolah Kebangsaan Bangi.

Read more »

 

Majlis Persaraan Pn.Noor Jannah

Sempena Majlis Persaraan Puan Noor Jannah, GKP Kurikulum, pihak sekolah mengadakan majlis perpisahan, syabas di ucapkan kepada pemain muzik utama, En Fakhrul Ramzan sebagai pemain piano, dan En.Tarmizi pemain gitar. Mereka berdua adalah guru muzik. Program sebegini memberi pengiktirafan kepada mereka berdua.

Tidak ketinggalan, dibelakang tabir yang menjayakan majlis ini Pn,Mazidah Abd Wahid, Pn Nora Ibrahim, Pn Norizah Rahmat dan Setiausaha BKG.

Read more »

 
Sunday, May 4, 2008

Bila Perlu

Terima kasih kepada Ustaz Mokhtar yang telah memasukkan nombor telefon AJK PIBG sesi 2008-2009 ke dalam web sekolah. Nombor Telefon Warga PIBG SK BANGI klik di sini.

Read more »

 

Al-Fatihah Untuk Ibu Cikgu Alfah

AL-FATIHAH. KAJANG, 04 Mei 2008, Ibu kepada seorang guru di SK Bangi telah kembali ke rahmatullah petang tadi setelah dimasukkan ke Hospital lebih seminggu yang lalu. Beliau yang diserang "angin ahmar" dibawa dari Hospital Sabak Bernam ke Hospital Klang minggu lalu kini telah pun pergi menyahut panggilan Ilahi.

Saya menerima mesej pemergian ini dari Setiausaha PIBG En.Shahrom yang prihatin, Sekalung Takziah kita kirimkan buat Cikgu Alfah dan keluarga di atas musibah ini. Sesungguhnya Tuhan menjanjikan Syurga kepada orang-orang bersabar, firmanNya dalam Surah Al-Baqarah.

Sesungguhnya kehidupan dan kematian pasti terjadi atas seorang insan. Dengan itu kita diminta sentiasa bersedia untuk itu. Di sebalik kematian ini adanya kehidupan lain yang lebih kekal, lebih dahsyat, lebih ngeri dan lebih nikmatnya dari dunia dan seisinya.

Tuhan menggambarkan dunia ini seperti air yang turun lari langit, lalu menyuburkan segala tanaman sehingga tumbuh subur segala tumbuhan dan mengeluarkan isinya, kemudian datang musim luruh, ia pun luruh, daun-daunnya berguguran dan akhirnya tinggal batang kayunya.

Begitulah perumpamaan Tuhan, dunia ini segar bagi mata yang memandang, namun bila seorang kaya meninggal dunia, maka habislah kekayaanya. Begitu juga orang yang cantik, hancurlah kecantikannya.

Teringat saya waktu di Aceh dulu, apabila adanya kematian, pada adat orang Aceh, mereka mengadakan khutbah pada malam kematian. Khutbah mengingatkan akan hadirin akan hakikatnya setiap insan akan menempuh hal yang namanya mati. Orang Aceh bilang meninggal dunia itu "kabih nyawong"

Pernah sewaktu praktikal di Pulau Sabang, tempatnya disebuah sekolah rendah kawasan kampung, Ujung Kareung namanya, seorang murid ketika ditanya dalam sesi perkenalan apa kerja bapa anda? dengan irama sedih ia menjawab kabih nyawong. Apa? Kabih nyawong jawabnya. Ooo baru saya dapat satu kalimat hari ini, kabih nyawong itu maknanya dah habis nyawa.

Read more »

 
Saturday, May 3, 2008

Cacat Bukan Penghalang




Read more »

 

Menikmati Kritik dan Celaan

Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, niscaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan.
Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalih-dalih untuk membela diri, yang ternyata ujung dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kursi sementara di bawahnya ada seekor ular berbisa yang siap mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahukan bahaya yang mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar.
Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahukan adanya bahaya tersebut.[....sambung...] AA Gym

Read more »

 

Seragamkan Pakaian

BANGI, 04 Mei 2008, Hasrat kami pihak sekolah ingin menyeragamkan pakaian murid-murid yang datang kelas tambahan ke sekolah. Atau pun bagi murid yang stay ingin membuat study group, mereka boleh memakai pakaian seragam.
Setakat ini, kami telah temui baju dengan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan. Kainnya elok walau dipakai sampai 5 hingga enam tahun. Bagi perempuan berlengan panjang dan lelaki berlengan pendek. Kedua-duanya berkolar.
Baju perempuan di cop dengan logo sekolah pada bahagian bawah, manakala lelaki logo sekolah di bahagian atas.

Menurut pengalaman seorang guru yang pernah bertugas di Kelantan, hari Khamis merupakan hari Koko di sana, murid-murid sangat suka pada hari itu, kerana memakai baju yang lain dari biasa waktu ke sekolah. Tidak seperti hari ini, murid-murid memakain baju koko yang pelbagai warna, manakal perempuan memakai baju berlengan pendek yang tidak sesuai sebagai wanita muslimah.
Kami dapati cara ini ada beberapa kebaikan, antaranya, kita boleh kenal ini murid sekolah Bangi, kalau pun jumpa tengah berjalan di jalan menuju ke Bandar Sri Putra, oh, ini murid anak sekolah saya.

Projek ini di usulkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi membendung gejala ponteng, hilang dan sebagainya. Pernah terjadi tahun lepas, murid-murid datang hari Rabu, tetapi bukan ke sekolah, malah ke Kajang dengan Komuter.
Mungkin berpakaian seragam akan dapat mengurang beberapa masalah di sekolah. Sekolah lain sudah lama mempraktikkannya, Saya buka ruang bagi tuan dan puan melontarkan pendapat anda di sini. Wassalam

Read more »

 
Friday, May 2, 2008

Lagi Lawatan Percuma

MIAT telah mengundang murid-murid SK Bangi untuk menghadiri hari terbukanya yang akan di adakan pada 9,10 dan 11 Mei ini bertempat di MFI Dengkil.
Sebanyak 3 buah bas akan dihantar selama 3 hari bermula pada hari Jumaat 1 bas, Sabtu dan Ahad juga satu bas. Seramai 120 orang murid akan dipilih oleh guru-guru untuk mengikuti lawatan ini.
Tahun lepas pihak MIAT juga telah mengundang murid SK Bangi tetapi hanya 1 bas. Di sana kita menyaksikan dan dapat naik sendiri kapal terbang dengan pelbagai jenis.

Read more »