Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Tuesday, May 13, 2008

BANGI, 11 Mei 2008, Buat pertama kalinya AJK PIBG menemui masa dan kesempatan untuk memulakan mesyuarat pertama sulungnya. Pastinya mesyuarat kali ini amat bermakna lantaran menjadi pemicu kepada semua program yang akan dijalankan tahun ini.

Kehadiran semua ahli amat memberangsangkan, kecuali Puan Guru Besar dan Ustaz Mokhtar Hussin yang tidak dapat bersama lantaran hal yang lebih penting dalam masa yang sama.

Tumpuan mesyuarat kali selama 4 jam memberi fokus kepada pelantikan AJK-AJK kepada sub bahagian tertentu.

En Harery mengharapkan agar sekolah ini dapat dicalonkan sekolah harapan negara buat masa akan datang. Menurut penilaian beliau, buat masa ini inviroment sekolah ini belum menepati citarasa sebagai yang di inginkan, seorang AJK lain mencelah, mungkin sebab sekolah lama kot..

Sementara itu, Puan Jamaliah yang diamanahkan mengurus pembangunan surau tahun lepas bertekad ingin menyiapkan secepat mungkin walaupun masih berdepan banyak kekangan dan masalah lagi. Antaranya kita belum dapat surat improve pasal plan dari atas, sebab itu kita tidak berhak meminta sebarang duit untuk pembangunan surau secara rasmi.

En.Nasir, warga Sri Putra Seksyen 7, menyentuh sukan 50 tahun tempoh hari. Beliau melahirkan sedikit rasa malu bagi pihak sekolah atas sebab-sebab taknikal buku aturcara tidak sepatutnya seperti tempoh hari, ini kerana kita menyambut 50 tahun.

Puan Sazlina menyampaikan hasrat pihak pengurus kokurikulum tahun ini, perkhamahan unit Pakaian Seragam akan dibuat di Kem Rebutia Gombak, YDP bersetuju dan anggaran murid adalah 120 orang. Cuma bayaran yang agak tinggi bagi kebanyakan murid di sekolah ini iaitu RM90.00 perkepala.

Dalam pada itu, Major Burhanuddin yang dilantik sebagai AJK Unit Kebajikan dan Keselamatan

Pn. Salmiah melaporkan harapan UPSR tahun ini belum menampakkan bibit-bibit kejayaan yang hebat. Apalagi seramai 20 orang murid yang mengikuti kelas tambahan dari 170 orang mohon berhenti. Alasan bapa suruh berhenti. Tidak dipastikan apakah kerana beralih tempat atau sekadar rasa ”bosan” dengan belajar dan belajar.

Sebagai penutup mesyuarat, YDP melahirkan rasa hati beliau, kadang-kadang ada projek yang dirancang pihak PIBG tidak dapat berjalan disebabkan masalah-masalah tertentu, tetapi kata beliau, kita tidak boleh berputus asa untuk membantu sekolah dan anak-anak kita ini, yang penting niat kita diteruskan.

Puan Norziah mohon pada mesyuarat akan datang, jemput pihak pemandu bas datang ke mesyuarat.

Saya sendiri, hehe, mungkin akan melanjutkan diploma Penyalah gunaan dadah bulan 8 nanti selama 9 bulan menyarankan agar tuan-puan sering-seringlah menjengok blog ini tanpa rasa bosan.


0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers