Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

ERPH BNK 2020 | Unit Kaunseling Sekolah

Blog Archive

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru


BANGI. 16 Mei 2008. Pagi hari semua murid berkumpul dan acara dimulakan dengan Perarakan guru-guru SKB cemerlang memasuki gelanggang. Perutusan dibaca selepas pengerusi memanggil Ustaz Noorhisham membacakan doa. Doa di panjat ke hadrat Ilahi memohon agar guru-guru dilanjut usia dalam keredhaanNya dan dimurahkan rezki, Amin.

Selepas acara pembahagian hadiah kepada guru-guru pemegang anugerah Guru Cemerlang yang diketuai oleh Puan Nora Ibrahim, tempat kedua En.Haziq, ketiga En.Zakuan dan Puan Helda Hayes tangga ke empat. Selalung Tahniah dihamburkan buat mereka.

Saya menerima banyak sms dan hingga kini masih terima dari nombor-nombor yang tidak ternama dalam sistem Hand Phone, dan masih belum dijawab. Saya percaya, insan yang menghantar sms adalah manusia yang berjiwa mulia, tahu menghargai pengorbanan dan jasa orang lain, walaupun dilupakan oleh insan yang lain.

Syabas guru-guru, kita hidup dalam perjuangan, teruskan perjuangan sebagai mana pesanan Puan Noor Jannah, ikhlas..kanlah dalam mendidik. Ibu bapa yang tidak tahu menghargai jasa kita, bahkan meremehkan usaha kita dan macam-macam, walau anak mereka kita bawa pergi lawatan, kita beri makan dan berikan peluang itu ini, sampai hati mereka marahkan kita. Manusia segini hanya sekelumit Cuma dalam dunia nan luas ini.

Antara kenangan paling indah, guru perempuan tiap belon dan mendudukinya hingga pong! Pecah…. Selamat Hari guru

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers