Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Saturday, May 3, 2008
BANGI, 04 Mei 2008, Hasrat kami pihak sekolah ingin menyeragamkan pakaian murid-murid yang datang kelas tambahan ke sekolah. Atau pun bagi murid yang stay ingin membuat study group, mereka boleh memakai pakaian seragam.
Setakat ini, kami telah temui baju dengan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan. Kainnya elok walau dipakai sampai 5 hingga enam tahun. Bagi perempuan berlengan panjang dan lelaki berlengan pendek. Kedua-duanya berkolar.
Baju perempuan di cop dengan logo sekolah pada bahagian bawah, manakala lelaki logo sekolah di bahagian atas.

Menurut pengalaman seorang guru yang pernah bertugas di Kelantan, hari Khamis merupakan hari Koko di sana, murid-murid sangat suka pada hari itu, kerana memakai baju yang lain dari biasa waktu ke sekolah. Tidak seperti hari ini, murid-murid memakain baju koko yang pelbagai warna, manakal perempuan memakai baju berlengan pendek yang tidak sesuai sebagai wanita muslimah.
Kami dapati cara ini ada beberapa kebaikan, antaranya, kita boleh kenal ini murid sekolah Bangi, kalau pun jumpa tengah berjalan di jalan menuju ke Bandar Sri Putra, oh, ini murid anak sekolah saya.

Projek ini di usulkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi membendung gejala ponteng, hilang dan sebagainya. Pernah terjadi tahun lepas, murid-murid datang hari Rabu, tetapi bukan ke sekolah, malah ke Kajang dengan Komuter.
Mungkin berpakaian seragam akan dapat mengurang beberapa masalah di sekolah. Sekolah lain sudah lama mempraktikkannya, Saya buka ruang bagi tuan dan puan melontarkan pendapat anda di sini. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers