Friday, June 6, 2008

ADA TAK ADA

Tidak diketahui atas alasan apa telefon ini di pasang di sekolah-sekolah. Keberadaannya menambah lagi sakitnya mata memandang. Apa tidaknya, adanya bagaikan tak ada, sebab dari hari pertama dipasang hingga hari ini, langsung tidak memberi fungsi.

Saya bertanya pada kontraktor yang datang memasang tempoh hari, untuk apa ini ? Arahan kementerian katanya. Berapa banyak kos untuk seluruh sekolah terpilih, wayarnya dan peralatan serta upah pemasangannya. Telefon seperti di atas ada dua, satu sebelah pra sekolah dan kedua di luar bilik kaunseling. Dua lagi (macam kegunaan rumah) masing-masing dalam pejabat dan bilik guru. Dan kesemuanya tidak memberi apa-apa fungsi selain mengurang ruang letak barang-barang yang dah tersedia menyemak.

Sambung
 

No comments:

Post a Comment