Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Monday, June 16, 2008
Mengingat SK Sri Putra tidak mungkin siap mengikut jadual, mengingat pula dewan lama Sk Bangi kembali dihuni. Ianya akan terjadi secara keterpaksaan kerana SK Bangi tidak mempunyai bangunan dan bilik yang cukup lagi untuk menampung jumlah dan ledakan murid yang semakin ramai. Bilik guru pun berserabut, bahkan guru duduk secara berasak-asak dalam bilik nan sempit, jika guru pagi tidak pulang, dan datang pula guru petang, nescaya akan penuhlah bilik itu bak kapal karam.

Namun ada suatu yang tidak kena dengan dewan, iaitu lebah. Dua tiga hari lepas, majlis ringkas perpisahan dengan Puan Saudah terpaksa dijalankan diluar dewan walaupun agak dipanah terik menteri berikutan ada seorang murid yang digigit lebah itu.

Malam ini, saya ketemu sama orang jualan madu lebah, besok katanya dia setuju untuk hadir ke sekolah melihat dewan itu dan kita minta dia punggah sehabis dayanya untuk mengurang dan memupuskan kehidupan lebah di SK BANGI.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers