Sunday, July 6, 2008

Bye Bye Cikgu Sham

Bye cikgu Sham, Bye Cikgu Sham,itulah yang saya dengar dan lihat telatah anak-anak tahun satu apabila terserempak dengan mereka.Sebenarnya kalau tengok jadual peribadi saya, hari Isnin adalah hari terahir saya berada di sekolah, walaupun Khamis adalah saat pendaftaran sebagai mahasiswa baru di USIM. ini kerana hari selasa ada satu mesyuarat bersama pegawai PPD di Shah Alam bersama pegawai Kaunseling Jabatan Pelajaran Selangor.
Manakala hari Rabu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui tuan Zanol memanggil saya ke Putra Jaya untuk membawa satu bengkel khas seramai 10 orang dari seluruh Malaysia. Khamis baru bergerak ke Pandan Indah. 13 Mac 2009 barulah tamat gelaran mahasiswa.
Saya datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan.
 

No comments:

Post a Comment