Tamu






widgets

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Sampel POst

Loading…

Admin Blog

Admin Blog
Noorhisham Hamzah

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Bantuan Musim Covid

Buletin 1, 4.4
Motivasi 1, 4.4
Motivasi 2 ,6.4
Buletin 2
Soal Selidik COvid
Hubungi Murid. 19.4
Mengisi epkm, 21.4
Buletin 3, 26.4
Hub Parent, 27.4
19.5 Mesy SPada
Friday, August 8, 2008
Oleh : Noorhisham Hamzah
KUALA LUMPUR, Satu rombongan mahasiswa SPADA dari USIM yang diketuai oleh En.ASP Nadzir Othman, bersama 20 orang rakan dan 2 pemandu serta seorang krew, telah melawati 3 negeri di Utara Tanah Air.

Negeri yang menjadi destinasi ialah Kedah, Perak dan Perlis. Rancangan awal kami mahu melangkah setapak ke negara Thailand, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayang kesempatan ini tidak tercapai.Lokasi pertama kami ialah Inabah, pusat pemulihan akhlak penagih dadah yang mengguna metode dari pesantren Suryalaya, Jawa Barat Indonesia.
Memang seronok perjalanan ini, kami tiba jam 12.00 tengah malam, kami menghamparkan tubuh sejenak, sembari menunggu jam 3.00 pagi. Ya, jam 3 pagi kami dikejutkan, untuk melihat acara terawal di Inabah ini, 100 orang bekas pecandu narkotika mandi taubat 40 gayong air yang dingin mencengkam tulang.
Mereka kemudian bergegas ke surau untuk solat tahajud 12 rakaatm solat taubat dan solat hajat. Di samping menunggu rakan2 yang tiba, mereka mengalunkan zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.Ketika subuh hampir menjelang tiba, mereka ber-istirehat sebentar dengan jamuan ringan teh tahajud. Kemudian bersolat subuh secara berjamaah, kami turut serta mengikuti secara dengan dan mengamalkan bersama zikir dan wirid yang mereka alunkan.
Kelihatan jamaah dan peserta rombongan turut solat berjamaah.
Pertemuan terjadi begitu cepat, pagi ini, setelah mendengar ulasan dan ceramah yang topik jarang-jarang kita dengar , yang disampaikan sendiri oleh Guru iaitu Tuan Haji Zaki selaku ketua Pondek remaja Inabah ini. Kami sekali lagi sempat mengambil ole-oleh sebagai bekalan balik. Pertemuan untuk perpisahan terjadi lagi. Dengan sayu Tuan Guru melepaskan rombongan berlalu, yang entah bila kan bertemu kembali.
Bas kami meluncur terus ke Pusat serenti Bukit Chabang, Perlis. Di sini sekali lagi kami mendengar kelainan metode yang dipraktikkan oleh pusat serenti ini. Mereka menggunakan Terapi Keinsafan Diri. Antara Modul yang diguna ialah halaqah. Ada halaqah bacaan Al-Quran, doa, Solat dan Fardu Ain.
Foto berlatar belakang bukit nan sejuk di Jabal Suf, Kuala Nerang Kedah. Berdiri dari kiri, Farid, Wan, Lenny, Anis, Pn. Ira, Kak Akasila, Haslinda, Amutha, Nor Azian dan Vijaya.

Tuan Guru sedang menyampaikan ucapan selamat berpisah kepada rombongan kami.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Anda ada Blog?

Saya menawarkan kepada anda memiliki blog seperti ini, saya akan bangunkan untuk anda dan serahkan untuk anda guna. Kos terendah RM49.90 sahaja.

Curahkan tulisan anda, karya anda di blog untuk dinikmati generasi selepas anda.

Search This Blog

Link Crosword

Klik

noTA cROSWORD Klik

Chat

Buku-buku Kami

Hipnosis



Metafizik

Rahsia di Sebalik Cap Jari


Buku Appsheet Siri 1


48 Rumus Excel

Rahsia Slaid Presentation Memukau






Life is Learning

Siap Maju

Siap Maju
noorhisham