Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Scanner Cara Murah, Tapi Macam Mahal

Cara Murah, Tapi Macam Mahal. Scan Kehadiran dengan QR Code di jam yang cikgunya buat sendiri https://www.facebook.com/amazingfingerprint/vi...

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Saturday, August 9, 2008

Oleh : Noorhisham Hamzah,Sos.I

Assalamualaikum,para guru,murid dan ibu bapa sekalian,2 hari lepas saya mengikuti rombongan pelajar SPADA, (Special Programme Alkohol and Drug Abuse) ke Pusat Serenti BUkit Chabang. Perlis.

Sebelum itu, kami bermalam di Pondok Pesantren Remaja Inabah 1 Malaysia di Kuala Nerang Kedah.Dan seminggu sebelum ini, saya ke Cristian Care Centre, Subang. kadang-kadang jadual saya terpaksa mengikuti operasi malam di Lorong Haji Taib,bersma JAWI, DBKL dan lain sebagainya.
Begitulah corak hidup saya selama 9 bulan ini.

Apa yang nak saya kongsi adalah hasil temubual saya dengan seorang bekas penagih dadah tegar selaman 8 tahun. Temubual ini saya rasa perlu dikongsi dengan ahli komuniti masyarakat setempat saya berada atas nama tanggungjawab terhadap masyarakat. Kerana hasil temubual ini melibatkan peranan anggota keluarga.

Tanpa menyatakan nama sebenar klien, dan dari mana ia berasal,saya bertanya punca ia menagih.Katanya ia lahir sudah pun ketiadaan bapa, sebab bapanya kahwin lain dan tak balik-balik ke rumah, ia anak bongsu dari 6 beradik. Jadi mak lah terpaksa menoreh getah untuk membesarkan mereka sekeluarga. Perasaan benci pada ayah sangat kuat. Kerana tak pernah menghulurkan nafkah,disamping membiar kami sengsara.

Tentang pelajaran apalagi, saya tidak begitu berminat. Hanya sampai tingkatan 3.Itu pun tak habis.

Tension,geram dan benci semua ada dalam diri.Saya bekerja untuk membantu emak. Dalma pada itu, ada kawan menyatakan kau try lah benda ni.Saya pun mula mencoba untuk menghilang rasa runsing. memang risau saya hilang. dan anehnya, bila makan dadah, sata rasa bersemangat buat kerja, tau-tau hari dah petang dan tubuh pun berpeluh. Lain kalau tak makan dadah, rasa penat dan tak larat sekali untuk mengangkat barang yg sepatutnya boleh saya buat.

begitu saya sehingga 8 tahun. Apabila duit habis untuk membeli benda itu, fikiran saya ligat mencari idea. Saya tak keseorangan, ternyata kawan-2 pula mudah di ajak untuk
Kawan mencuri dan merompak. Semua kerja gila saya lakukan, kecuali membunuh. Ditanya apakah masa tu kamu tak ada perasaan takut dan bersalah? Tak...takut memang tiada.

Macam mana boleh tertangkap?
Saya masa tu tengah naik motor, dan dalam poket saya ada benda tu.Polis ajak ke balai.Saya pula memang tak berdaya untuk melawan kerana lemah.Lalu saya disoal siasat dan disinilah saya hari ini.

Apa harapan kamu bila keluar nanti?
Saya nak jauhkan benda tu. Dan bekerja noreh getah bantu emak.

Demikian sekilas cuplikan wawancara saya dengan klien. Yang membuat saya ingin kongsi ialah, peranan keluarga terutama sang ayah yang menjadi driver dalam rumahtangga. Begitulah jadi anaknya kalau bapa tak bertanggungjawab. Firman Allah. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Anda ada cerita untuk dikongsi?Silakan emel pada saya.

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada