Tuesday, September 30, 2008

Hari Pertama Syawal

Kak Jah, kawan serumah dengan Kak Nor di Komplek Ruzi, Banda Aceh 2000.

Abe Min, (Anuarul Amin) lulusan ushuluddin, IAIN kini di Sabah. Kesempatan pulang beraya tak di biarkan berlalu.
Masjid Pelbagai Budaya, terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Di bina menurut senibina masjid negara China.


Hari pertama dan rumah pertama, kami singgah dirumah Ustaz Nazuruddin<> Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia di Machang.

Read more »

 
Friday, September 26, 2008

Kepada Semua Warga SKB dan Kenalan


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.Jaga diri Baik-baik. Jangan Main Mercun.Nanti Hilang Hidung
Ikhlas Daripada :
Norish afraima
sementara di dunia

Read more »

 

Foto Hari terakhir sem. satu

Read more »

 

Journey to Medan

Untuk kawan-kawan yang nak ikut ke Medan lepas raya, nak perabis duit, hehe....tak de lah, nak kenal negara dan budaya orang. Saya dah semak tadi harga terkini untuk ke sana yang paling murah.

Harga tambang dari KL ke Pulau Pinang biasalah, sekarang RM 33.00 x 2 RM 66.00. Dari Penang tu kena ke Pelabuhan, tambah RM5.00. Feri Kenangan Pergi Balik dari Pelabuhan Pulau Pinang ke Pelabuhan Belawan RM 220.00. Baru pagi tadi saya confirmkan. Dari Pelabuhan Belawan ke Hotel Kotaraya RM 5.00.

Singgah jap di Hotel Labuhan Raya Jalan Gajahmada, Rp 65.000 x 2 malam = RM50.00. Bawa sejuta....tukaran sekarang RM387.00 dapat 1 juta. Dah lebih sangat kalau nak gi sana 3 hari. Asal jangan beli lori udah...yang confirm nak pegi, sila siapkan pasport. RM300.00 Antarabangsa.

Ini hanya rancangan, kalau tak ada masalah, boleh lah kawan-kawan jejak negara orang dengan jalan yang paling murah dan meriah.

Read more »

 
Sunday, September 21, 2008

Lawatan ke Pusat Serenti Karak

Memberi tazkirah 10 minit sebelum berbuka puasa di USIM.Pandan Indah





Read more »

 
Friday, September 19, 2008

Redha Tuhan Menanti Di Penghujung

Sayu dan rintih...suram dan duka, tiada kata dan bahasa yang dapat menggambarkan kedukaan anak-anak yang cacat. Kehilangan ibu dan ayah. Kehilangan kasih sayang orang tua. Namun kasih Tuhan tetap ada ia.
Begitu gambaran yang terdetik sekilas memandang dan membaca kisah anak-anak di sekolah pendidikan khas yang Azza paparkan semalam.

Read more »

 

Gift Dari Sahabat

Terima kasih pada sahabat alam maya, Azza yang tidak lupa menghadiahkan sebuah doa dan harapan. Semoga bahagia tetap bersamamu hingga akhirnya. Kita sebagai manusia, hamba kepadaNya, telah diberi pilihan sebebas maunya, untuk memilih jalan kanan atau kiri. Bahagia atau sebaliknya, kejayaan atau kegagalan, justeru...laluilah jalan yang menghantar kita di destinasi bahagia, yang kekal dan abadi ada ia.

Read more »

 
Thursday, September 18, 2008

Tips untuk melindungi komputer daripada virus

1) Pastikan anda memasang perisian antivirus yang berkesan ke dalam cakera keras komputer. Selain itu, anda hendaklah membuat aturan / setting terbaik pada perisian antivirus tersebut untuk memastikan ianya dapat menghalang segala aktiviti yang dilakukan oleh virus tersebut.

2) Pastikan definisi / database virus perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini.

3) Pastikan anda sentiasa lakukan imbasan cakera keras secara berterusan untuk tempoh-tempoh tertentu.

4) Berhati-hati dengan fail yang dihantar menerusi emel. Jangan buka fail tersebut jika anda tidak tahu daripada siapa emel tersebut. Jika anda tidak pasti samada benar rakan anda menghantar emel, tanyalah mereka terlebih dahulu sebelum menerimanya.
Paling mudah jika tak tahu apa isinya, padam sahaja emel tersebut.

5) Jangan masuki ruangan borak di dalam web yang membenarkan anda memindah terima fail. Pengodam (hackers) pasti akan menyamar di dalamnya dan menghantar anda fail yang tidak berguna.

6) Simpan salinan (backup) dengan kerap. Jika virus berjaya menjangkiti komputer anda, maka ia boleh merosakkan cakera keras anda. Dengan itu anda hendaklah melakukan salinan kandungan fail-fail penting sekerap yang mungkin.

Read more »

 

Renion Alumni Mahasiswa IAIN Ar-Raniry

INSYAALLAH, tiada aral melintang, semua alumni di jemput ke rumah Wan Suhaini (Tok We) di Sungai Pas Kuala Krai Kelantan pada hari raya ketiga. Sambil buat kenduri dapat anak kembar dengan merebahkan lembu seekor, tok we juga mengadakan hari perjumpaan alumni IAIN Ar-Raniry Aceh sedunia...Dataglah beramai-ramai bawa nak isteri dan cucu kalau sapa dah ada. KIta jumpa 5 tahun sekali.

Read more »

 

Lawatan Spada ke PS Karak

KUALA LUMPUR 18 September 2008. Rombongan Spada sekali lagi sempat mengadakan lawatan ke Pusat Serenti Karak. Jam 8 pagi bas tak jadi bertolak, kami terpaksa menunggu rakan-rakan yang terlewat. Jam 8.62 gitu baru bas boleh bergerak.
Destinasi pertama kami ialah Stesen LRT Cempaka, menjemput Amutha yang terlewat bangun, sahur la tu. Dalam perjalanan, tiba di Janda Baik, bas pulak meragam. Panasnya dalam bas, ekon tak sejuk. Angin je..last-last Sdr Annuar buak jendela atas bas. Untung ada angin Janda Baik.
Geng Spada bergambar la sambil menunggu bas menjadi ok. Berasap enjin depan...
Ek eleh, nak balik sempat pulak awek ni mencuri perhatian kameraman.Foto paling cantik ada pada kamera Lenny, (kamera dia sony).Nanti dimasukkan Isnin ni.

Read more »

 

Lawatan ke PS Karak

KUALA LUMPUR 18 September 2008. Rombongan Spada sekali lagi sempat mengadakan lawatan ke Pusat Serenti. Kali ini kami menuju ke Pusat Serenti Karak. Jam 8 pagi bas tak jadi bertolak, kami terpaksa menunggu rakan-rakan yang terlewat. Jam 8.62 gitu baru bas boleh bergerak.
Asp Nadzir Othman sempat mencari pucuk ulam di tengah high way ni. Destinasi pertama kami ialah Stesen LRT Cempaka, menjemput Amutha yang terlewat bangun, sahur la tu. Dalam perjalanan, tiba di Janda Baik, bas pulak meragam. Panasnya dalam bas, ekon tak sejuk. Angin je..last-last Sdr Annuar buak jendela atas bas. Untung ada angin Janda Baik.
Geng Spada bergambar la sambil menunggu bas menjadi ok. Berasap enjin depan...
Ek eleh, nak balik sempat pulak awek ni mencuri perhatian kameraman.Foto paling cantik ada pada kamera Lenny, (kamera dia sony).Nanti dimasukkan Isnin ni.

Read more »

 
Wednesday, September 17, 2008
Monday, September 15, 2008


Read more »

 

16 September?

Semua pelajar hari ini kelihatan lain dari minggu lepas,kata Prof Saedah. Ada apa hari ini ya, semuanya mengantuk dan nampak keletihan. Kami memikir tentang 16 September Prof, kata saudara Faizal dari seremban. Prof membuka medan perbincangan, baiklah kalau itu yang anda fikirkan, cuba sebutkan apa yang akan berlaku tentang 16 September? Sebelum orang lain masuk,saya terus pintas line,mengikut ramalan pak nujum...tidak ada apa-apa yang bakal berlaku pada 16 september kecuali hujan di beberapa buah tempat sekejap-sekejap. Gamat dan riuh kedengaran gelak ketawa pelajar yang tadi mengantuk sakan. Prof memuji ramalan itu, bagus katanya...semua orang dah ketawa, hilang ngantuk...haha

Read more »

 
Sunday, September 14, 2008

Kura-kura dan Journey


Read more »

 

Satu Perjalanan Yang Jauh

Dalam perjalanan ke Jakarta, singgah di rumah makan propinsi Palembang.

Masa pegi mesyuarat di Kedutaan Besar Republik Indonesia, saya bergerak dari Banda Aceh ke Pelabuhan Malahayati bersama Abu. Perjalanan lebih sejam baru kami tiba.Memang agak jauh. Melalui perkampungan nelayan. Kemudian jam 4.00 petang menaiki Feri Sangiang ke Pelabuhan Belawan. Selama 17 jam dalam feri saya mundar mandir saja nak tunggu subuh.

Dekat- dekat subuh kami tiba di Pelabuhan Belawan, pastu ke
Kota Medan sejam lebih. Malamnya naik bas ke Pekan Baru, besok pagi kami tiba, bermalam di Pekan Baru 2 malam, di sini saya dan kawan-kawan kehilangan kain tuala. Dahsyat orang sini, kain tuala pun di curi.

Petang hari ketiga kami naik bas ke
Jakarta, tambang Rp 320,000,00, dengan bas ekseuktif perjalanan selama 2 malam. Jam 3 petang ni berangkat, subuh lusa baru tiba di Jakarta. Di Jakarta kami berehat di Kuningan, mess Malaysia, Jalan Gatot Subroto.

Jauh, penat tapi menggumbirakan. Ada seorang yang baru tiba kelihatan letih, Saya tanya dari mana kamu,
Manado katanya, 5 hari naik feri 7 tingkat.

Read more »

 
Saturday, September 13, 2008

Di depan Masjid Raya Baitur Rahman dan Kak Nor

Misi dakwah ke Pulau Sabang atau Pulau Weh. Weh maknanya bergerak. Ini gambar di tasik dalam PUlau Sabang. dekat rumah Zainal, sahabat baik. tapi bahaya air tasik ni, tak boleh berenang. Ada rumpai yang gatal bila terkena. Naik perahu boleh la. Khabarnya kalau hujan ada dragon yang keluar bersama puteri hijau. Orang kampung tak berani seorang pun mandi kecuali cebok air dengan baldi je lah. Sebelah kiri Pak Amir dan Pak Khalid, kedua-dua sudah arwah, yang berpeluk tu Ujang, orang Sunda, sekarang di Australia, dan paling kanan Pak Buyung Medan. Yang duduk tu saya lah.
Yang ni Kak Nor dah habis master kat UKM. Gembira jumpa lagi. Kami lama di Aceh.Saling tolong menolong la kalau dah jadi anak perantauan.
Gambar ini dirakam pada penghujung tahun 1998.Pada tiba minggu pertama, masih kurus lagi.

Read more »

 
Friday, September 12, 2008

Majlis Kenduri Abu Hanafiah Raya ke 3

Foto ini saya bersama Abu mewakili mahasiswa Acheh ke Jakarta. Sambutan 31 Ogos 2001
Gambar ini dirakam pada 1994
Kenangan bersama Abu menghadiri mesyuarat di Jakarta pada 31 Ogos 2001. Ni gambar masa member dari seluruh Malaysia berkumpul dan kami jalan malam-malam ke pasar-pasar sekitar Mess Malaysia.
Sama-sama belajar di SMU Darul Anuar, Pulau Melaka. Ini gambar masa kami ke Istana Sultan Kelantan. Seronok hari tu lihat Pentomin 7 Pemuda yang mati ratusan tahun.
Gambar kenangan di Pantai Lam Pu uk, Banda Aceh pada tahun 1999. Masa ni belum tsunami dan belum ada perintah berkurung. Seronok sakan kami jalan
Terbang : Seronok terbang macam ni.Baju merah Ustaz NAzri kini di Kedah, baru ni jumpa di Hotel Goldcourse Klang, kebetulan saya menghadiri perjumpan JU-JU Kebangsaan. Baju biru hujung Talhah, kini jadi hakim, baju putih 2 dari kanan, Najib, Paling kanan Abu yang akan kahwin raya ni dan aku la tu yang baju biru belang.

Pada rakan semua, jom kita meriahkan rumah Abu raya ni.Buat perjumpaan Alumni.

Read more »

 

Ceramah di Bulan Puasa

Penat...2 jam full saya memberikan ceramah, haus di bulan puasa, untung ada sikit tayangan video, boleh tarik nafas. Walau apa pun, terima kasih pada cikgu Abu Talib, pihak pengurusan sekolah SK Sungai Ramal Dalam yang telah sudi memanggil saya memberi ceramah kepada anak-anak lepasan UPSR.

Puas hati kerana dapat sampaikan mesej tentang bahaya dadah, bahaya jauh dari agama dan bahaya tidak berjalan di atas rel agama. Sebelumnya... saya minta cikgu Abu jangan lupa sediakan air..haha. Tahniah Sekolah Sungai Ramal Dalam Kajang sekali lagi kerana malam ini dilanjutkan program berbuka puasa.

Read more »

 
Thursday, September 11, 2008

Database Absolute

Saya hadapi sikit masalah, belum luas ilmu bab ni. Bila nak update Karspesky Antivirus kat PC tak boleh. Kat lap top OK. Katanya Database Obsolute. Ada sesiapa pernah hadapi masalah ni? Dan apa cara nak buat yek. Ikutkan hati, kalau semua orang tak tahu, mudah je, saya format balik. Tapi malas la, ops, malas pulak bukan malas, tak nak la bulan puasa ni format PC. Boring nunggu dia beres....

Lagi pun banyak jugak data secara tak sengaja akan hilang.
Ada komentar? atau pengalaman peribadi, Leh...tulis kat bawah ni lam komen

Read more »

 
Tuesday, September 9, 2008

Tik.....tik.....Ia Terus Berlalu

Syukur, kita tiba di ambang half Ramadhan, syukur bukan kerna tiba nak habis, tapi tiap hari nan berlalu dapat terisi dengan amalan yang sepatutnya. Namun semakin sayup-sayup tirai ramadhan menjatuhkan dedauannya, rasa rindu...dan terus terlintas....apakala di rakaat akhir terawikh, ketika alunan Qul A'uzubi rabbin naaas...apakah esok masih ada peluang lagi untuk aku bersama Mu?

Ya, hae lon seupi, peu na cit pluang pada lon untuk bertemu Mu lagi? Semoga ada kekuatan kiranya masih ada sisa hayat dibadan. Ya Tuhan, dalam kembara hidup ini yang tak menentu hujungnya, permudahkan segala hajat kami untuk mencapai bahgia bak donya nyoe.

Mudahkan kami menemui-Mu dalam doa dan bacaan Dzikir. Andai di sini diri Mu tiada ku temui, sia-sia rasanya segala nya yang ku dapatkan di dunia, sebab hanya sementara, mengalir bagai air sungai segala Nikmat-Mu, tapi jiwa kami gersang...gersang jauh dari mengenal-Mu, sang pencipta jasad dan diriku. Ku ingin yang baqa....

Kami sedar...
tik, tik....masa terus bergulir, dan saat ini pasti tidak kan kembali lagi buat selamanya. Oh indahnya dunia Ciptaan-Mu ini, tapi ku dambakan akhirat......di sana kehidupan yang kekal abadi.

Kami sedar...
hidup ini bagai menunggu kedatangan sebuah mobiliti yang akan menamatkan segala lakonan udep bak donya nyoue. Tik......tik...tiik...... ku kan pergi jua.....

Read more »

 

Yatim Lam Kandong

Lagu

Lagu ini mengisahkan anak yang telah menjadi yatim semasa di dalam kandungan ibu. Rakan yang lain pergi sekolah. Tapi aku...hanya main bendang.Nama penyanyi, Sabirin Lamno.Saya pernah bertemu beliau di Darussalam, Banda Aceh tahun 2001.

Read more »

 
Monday, September 8, 2008

Keunangan Si Payong Hitam


Payoeng Hitem

Yusbi Yusuf

Read more »

 

Gembira Hatee Lon



Pada semua rakan blog- Selamat Berbuka Puasa.

Hana yang lebih membuatkan hatee gembira huro nyoe, selain berita pane rakan yang akan jak meukawin pada huro raya nyoue. Kepada Abu Hanafiah, yang ganteng, semoga saja sich, Tuhan mempermudahkan perjalanan hidupmu. Mudah-mudahan na rakan geutanyoe mandum yang baca blog lon.

Lon harap geutanyo dapat metemei rakan handai taulan mandum. Jak wo mandum beh. Bek duk bak kotaraya Kuala Lumpur. Jooommmm....Jak Lebaran

Selamat Pengantin Barooo buet Abu Hanafiah. Ken Hana Pen Lei

Read more »

 
Sunday, September 7, 2008

Ramalan 16 September Oleh Pak Nujum

Menurut ramalan nujum pak belalang, tidak ada yang ganjil akan
berlaku pada tanggal 16 Sept. selain dari cuaca cerah
di sesetengah kawasan dan mendung di sesetengah kawasan.

Walaupun banyak teka-teki pada tarikh tersebut, namun itu cuma
retorik politik saja. Demikian ramalan tok nujum. Tak percaya,
tunggu dan lihat nanti.

Read more »

 
Saturday, September 6, 2008

Tanah di Nilai ahu di Jual RM 120,00 /ekar

Semalam 6 Sept 08 saya bersama Cikgu Rahim SK Taman Ceupacs, dan beberapa orang yang lain menerjah bukit di Nilai 2 berhampiran kawasan perindustrian, menilai tanah kat situ. Kami terpaksa bergerak dengan 2 buah pacuan Hilux. Indah, sejuk dan nyaman, di tepi High Way dan kaki bukit.

Namun, macam mana nak beli ye. Sebab satu geran ada 2 ekar lebih. Loan saya tak cukup rasanya. Nak contact rakan-rakan yang ingin berkongsi dan tinggal di sini. Marilah....menikmati keindahan di sini.

Read more »

 

Arak dan Dadah


JIKA dulu, Corinne Coycle, 19, seorang gadis comel yang bekerja di Universiti Teesside, Middlesbrough, Britain tetapi kini dia tidak menyangka wajahnya akan berubah dalam sekelip mata hanya kerana meminum campuran arak eksotik di sebuah bar percutian di Greece.

Koktel yang digelar sebagai Head itu merupakan campuran daripada arak bailey, tequila, absinthe, ouzo, vodka, cider, gin, serbuk cili dan beberapa ramuan rahsia tersebut telah memberi kesan alergi melampau sehingga menyebabkan mukanya bengkak dan gelembung.

Tertekan dengan perubahan drastik itu, Coycle yang dibantu beberapa rakannya bergegas mengambil teksi ke hospital berhampiran resort percutiannya di Resort Crete di Malia dekat ibu kota Athens kelmarin.

Doktor yang melihat wajahnya terkejut lantas menyuntik ubat pelali dan beberapa ubat lain.

Namun seebelum peristiwa tragis itu, Coycle sempat menghantar wajah ‘terbaru’ beliau melalui telefon bimbit kepada ibunya, Fiona.

“Saya sendiri pun tidak mengenali Coycle apabila melihat wajah tersebut dan dia berkata mata kanannya tidak dapat melihat dengan sempurna,” reaksi Fiona.

Rakannya memberitahu, Coycle sendiri terkejut dengan apa yang berlaku dan menyangka berubah menjadi ‘wanita gajah’.

Dia ditempatkan di hospital selama dua hari sebelum dibenarkan pulang.

“Saya berdoa kepada tuhan semoga keadaan anak kesayangan saya kembali normal kerana dia sememangnya seorang wanita yang cantik,” harap Fiona. – Agensi

Read more »

 

Lawatan ke Bandung


Salam semua kekawan dan rakan, handai taulan. Awal tahun ni saya merancang untuk membawa tuan-tuan dan puan-puan (kaunselor Hulu Langat) ke Bandung. Sayangnya kurang sambutan, rasanya dek tsunami eko-no-money yang melanda. Saya baru dapat harga bersama dengan penginapan. Dalam RM500.00 gitu. Termasuk tempat tinggal dan perjalanan. Namun masa beredar begitu lama, tiada siapa yang begitu ghairah untuk bertanya khabar kecuali hanya 4 orang.

Saya berpendapat, kita cancel dulu program untuk ke Unisba ini. Unisba ialah Universitas Islam Bandung. Ya, memang kita akan ke Bandung, tetapi trip pesawat langsung ke Bandung lebih tinggi ongkosnya dari ke Jakarta. Saya memilih ke Jakarta. Lagi pun tuan-tuan boleh tengok pemandangan sekitar ibu kota Jakarta yang 4 kali ganda lebih besar dari KL.

Namun semuanya kita tangguh sehingga masa mengizinkan. Semalam pun masih ada rakan yang sms bertanya kelanjutan cerita ini. Yah, begitu lah berakhirnya episod pertama ini.

Lagi pun 20 November ini saya akan ke Kota Kinabalu selama 4 hari, menginap di UMS. Dan In sya Allah bulan Januari rombongan Special Programme Alcohol and Drug Abuse (Spada) akan menjejak kaki ke Vietnam.

Read more »