Wednesday, September 3, 2008

Selesainya Pembentangan Farmako

3 Sep 2008. syukur Al-Hamdulillah, hari ini sudah pembentangan farmako saya berjudul Benziodiazephine. Dr. Azlina Fahami dan Dr.Norliza menjadi panel penilai.Terima kasih kepada sahabat lama saya Shahruddin Jamal yang belajar di Universiti Makasar, yang kini bergelar Doktor Din di Muar kerana sudi menerangkan serba sedikit tentang dadah dalam Benzio ini.

Mungkin tanpa penjelas itu, saya kurang ilmu lagi bab ini. Dan terima kasih pada kawan-kawan yang telah menjadi pemerhati episod pembentangan tadi.

Manakala esok, 4 September kami merangcang untuk ke Pusat Serenti di Karak,guna untuk membuat satu rakaman kaunseling individu dengan (mantan) penagih dadah. Tetapi sayangnya, kami terlupa, sebenarnya teknik kaunseling dengan penagih dadah kami belum belajar lagi dengan Dr.Saedah.

Teknik kaunseling ini tidak sama dengan teknik biasa yang dijalankan terhadap orang bukan penagih dadah. Sebab penagih dadah mempunyai daya helah bela diri dan ego yang tinggi. Kita perlu kepada trip untuk menyekat keegoan mereka dan bukan mereka yang mengkaunseling kita.
 

No comments:

Post a Comment