Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Sunday, October 12, 2008
Salam sejahtera pada semua pembaca, 2 hari lepas (Jumaat) berita duka warga SK Bangi terima, seorang guru Cikgu Rubi kehilangan anak tersayang...di panggil Tuhan dalam usia 2 bulan lebih. Beliau yang baru habis berpantang dengan kelahiran anak pertama menerima ujian yang cukup berat ini, kami warga SK Bangi turut merasakan keperitan atas kehilangan permata yang sangat berharga dalam hidup ini.

Namun bersabar dan redhalah atas KehendakNya yang telah tertulis sejak Azali, walau perit untuk di telan, namun itulah mahuNya Dia...dan anda telah menghantar seorang wakil ke syurga, sebelah kaki Cikgu Rubi dan suami kini sudah berada di syurga.

Beliau yang baru menerima cahaya mata pertama telah dilawati oleh beberapa orang guru. Guru-guru menyedari kekalutan emosi yang terpaksa dihadapi dan memahami apa yang berlaku, doa kami dari seluruh warga SK Bangi, semoga Cikgu Rubi tetap bersabar dan Tuhan menggantikan yang lebih baik secepatnya. Dia sangat mendengar keluhan hamba-Nya dan sedang mendengar rintihan hamba-Nya. Radiallahu Anhum wa radhu anhu.Redha Allah ke atas mereka dan mereka pun redha pada (takdir) Allah Taala ke atas mereka. Mudah-mudahan Cikgu Rubi termasuk dalam ayat ini. Amin Ya Rabbal Alamin

4 comments:

  1. terima kasih atas salamnya..semoga menjadi pengubat bagi jiwa yang resah dek gelombang ujian yang Maha dahsyat

    ReplyDelete
  2. salam..
    1. ungkapan 'TAKZIAH' - buat shbt anta, cikgu Rubi. smga mereka sklrga bsabar dgn ujian maha berat drpd Rabbul Jalil..
    2. sesungguhnya, ALLAH tdk mberati seseorg melainkn sesuai dgn ksanggupan (kemampuannya).
    wslkm.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas sumbangan balasungkawa dari kalian semua. harap beliau sudah membacanya di laman ini

    ReplyDelete

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers