Friday, October 24, 2008

MAKAN DAGING IBU

MAKAN DAGING IBU

OLEH : Noorhisham Hamzah, S.Sos.I

GUA MUSANG. Dua remaja penagih dadah jenis terkini bertindak nekad menghiris daging leher ibunya sendiri. Kejadian berlaku apabila dua orang anak ini pulang untuk makan nasi. Sementara ibunya seorang penoreh getah memasak nasi berlauk telur. Gara-gara merasa bosan dengan hidangan yang hampir sama setiap hari, salah seorang berkata, sekali-kali nak jugak makan daging. Apabila terdengar perkataan daging, salah seorang dari mereka mencapai pisau di dapur dan menghapiri ibunya yang sedang duduk menyandar di dinding rumah lalu menghiris daging pada leher maknya.

Akibat terluka, jirannya dipanggil, sementara jiran datang tidak pula mereka melarikan diri dan sehingga pihak polis tiba mereka pun masih tidak kemana-mana. Ketika ditanya kenapa kamu hiris ibu kamu... tak adalah jawab mereka... kami nak makan daging???

Apa dah jadi dengan penagih dadah zaman sekarang? Bukanlah mental mereka sudah rosak teruk dan alias gila. Masya Allah.

Sumber : Presiden PENDAMAI Malaysia.
 

No comments:

Post a Comment