Sunday, October 5, 2008

Sedekat2 Pengembaraan

Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan. Destinasi ini hanya 3 km dari jalan utama, andai anda dah rasa mengantuk memandu sewaktu mudik ke Kelantan - KL, singgah la mandi di sini, airnya masih sejuk dan luas, tak ramai orang. Boleh mandi sepuas-puasnya...
Tinggal Kenangan...Tahun 1994 daku pernah singgah di sini bersama dengan rombongan pelajar 2 buah bas SKMK. Disini selama 3 hari 2 malam dalam program Tarbiyah Marbawi kami bersama Ustaz Ahmad Dusuki yang kini hebat di radio Selangor, minta khemah dari Majlis Daerah Kuala Krai, saya dan Izan datang dengan motor honda 90cc untuk meninjau tempat ini. Dengan bantuan surat dari pejabat Menteri Besar, segala beres.

Kata orang kampung sini, sekali bah melanda, sekali pasir berubah, tatkala kami berkhemah di sini 14 tahun yang lalu, alun pepasirnya lain dan begitu juga aliran airnya

Asar di Masjid Pulau Melaka

Sedekat-dekat pengembaraan ialah dari muka bumi ke muka bumi yang lain, sejau-jauh pengembaraan ialah dari hati menuju Tuhan.
 

No comments:

Post a Comment