Saturday, November 1, 2008

Bahan Masukan Mesyuarat PIBG



1 NOVEMBER 2008. BANGI SK Bangi. Satu mesyuarat AJK PIBG telah di adakan seusai tamatnya program gotong-royong. Terima kasih kepada semua ibu dan bapa, juga hadirin yang telah sudi hadir untuk membantu menceriakan sekolah ini yang telah berusia 84 tahun.





Berikut saya siarkan beberapa isi mesyuarat yang saya kira boleh untuk dikongsi bersama. Maklum anda diluar yang tidak berstatus AJK tidak dapat mengikuti secara langsung mesyuarat ini. Namun saya tahu, anda juga seorang yang hebat bahkan kadang-kadang ada parents yang lebih hebat dari guru-guru dan Ajk sedia ada, Cuma belum terpilih sebagai anggota PIBG. Tidak mengapalah, namun sumbangan anda berupa idea dan keringat serta wang ringgit tetap dihargai.


RESULT UPSR


Kemungkinan besar keputusan UPSR tahun ini boleh di ketahui selewatnya 13 November 2008 iaitu pada hari Khamis. Anda yang suka merakam detik indah, jangan lupa bawa kamera, kalau belum ada kamera dan berhasrat nak beli, eloklah beli yang SLR punya, walaupun sedikit mahal, tetapi berbaloi. Kenapa saya kata demikian, sebabnya pada hari tersebut, bermacam ragam mak ayah dan anak-anak kita yang dapat 5A dan 4A boleh kita lihat berlaku secara semulajadi. Dan detik itu tidak akan berulang lagi walau seribu tahun akan datang. Tangisan kegembiraan mereka memberi satu semangat baru yang luar biasa kepada kita semua.


TUISYEN MALAM



Kemungkinan juga tahun depan kelas tambahan akan di adakan pada waktu malam, selama 2 malam pada hari persekolahan. Perkara ini akan dibincang pada mesyuarat dengan ibu bapa murid Tahun 5, dimana mereka akan meningkat ke tahun 6 pada 2009.




Perjumpaan dengan ibu bapa akan dipercepat ke tahun ini, tidak sebagaimana biasa, kita adakan pada bulan 1, 2 dan 3. Ini kerana, memandangkan banyak perkara yang perlu kita bincang dan buat keputusan segera untuk tindakan pada tahun hadapan. Ada yang bertanya… kenapa panggil mak ayah tahun 5? Ya lah, mereka kan akan jadi mak ayah Tahun 6 akan datang.


SURAU




Wang terkumpul dalam simpanan sebagaimana yang dilaporkan oleh bendahari PIBG bagi tujuan surau ialah RM3,000.00. manakala di tangan Cuma RM1,000.00. baki yang lain telah pun diguna untuk keperluan tertentu berkaitan pembinaan surau juga. Setakat ini, pihak sekolah tidak boleh membuat kutipan rasmi, ini kerana plan secara terperinci yang dikehendaki oleh pihak atasan belum siap. Kalau nak siapkan plan itu kena bayar dulu RM5,000.00. sekarang yang dah ada RM4,000. Berbaki RM1,000 lagi. Lepas ni, kalau plan tersebut dah seatle, kita boleh buat pungutan rasmi. Saya rasa tuan-puan yang membaca laporan ini boleh memanjangkan hasrat ini, terutama untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000 lagi.


Ada AJK bertanya, kenapa susah sangat? Surau Sri Putra dah siap pun? Guru Besar menjawab, ini kerana mereka (pihak berkuasa) telah menggazetkan bahawa bangunan surau ini milik sekolah, jadi mereka tak mahu kerja kita separuh jalan. Lainlah kalau surau ini diambil alih oleh pihak JKR. Ada usaha untuk membawa perkara ini kepada pihak JKR, namun mereka menolaknya.


BUKU TEKS.



Murid-murid telah pun di arahkan menghantar buku teks tahun ini dan mengambil buku teks untuk tahun depan pada minggu depan juga. Sesiapa yang tidak hadir ke sekolah dalam minggu-minggu terakhir ini, kemungkinan besar kalau tak cukup buku, mereka lah yang akan menerima nasibnya. Jadi mohon, untuk mengelak masalah tak dapat buku teks, sila hadir pada minggu-minggu terakhir ini. Dan sila jaga buku tersebut dengan baik, banyak buku kelihatan masih baru nampaknya tadi. Bagi yang hilang buku, mereka kena ganti buku baru atau bayar mengikut harga buku tersebut.





PERPINDAHAN KE SK SRI PUTRA

Seramai 800 orang murid yang beralamat di Sri Putra dan Bukit Mahkota dicalonkan sebagai murid yang bakal berpindah ke sekolah pertama RMK 9. Namun tidak dapat dipastikan, apakah sekolah itu benar-benar boleh beroperasi pada Januari 2009. Kita tunggu saja. Yang pasti hanya tahun 1 hingga tahun 5 sahaja yang akan memulakan belajar di sana.


Sementara itu, SK Bangi pula terpaksa meminda jadual sesi persekolahan anak anda. Ini berikutan untuk menyesuaikan dengan mata pelajaran J-Qaf. Tahun 1,2 dan 3 akan belajar pada sesi petang, manakala 4, 5 dan 6 akan belajar di sesi pagi.


MASALAH DISIPLIN

Tidaklah ada perasaan malu yang besar untuk berkongsi cerita pasal disiplin murid. Saya sebagai guru bimbingan dapati, mereka yang terlibat ini bukanlah murid yang tak baik, Cuma mereka nakal sikit. Biasalah tu, sekolah mana pun ada. Seramai 12 orang murid didapati mencoba hisap rokok dikawasan sekolah. Mereka telahpun dipanggil oleh guru disiplin, dan sebagai tindakan susulan, pihak sekolah akan memanggil ibu dan bapa, untuk memaklumkan sahaja perkara ini. Jangan pula marah pada anak, mereka sebenarnya bukan nak merokok, tapi kawan yang ajak. Saja cuba-cuba try test. Rasanya pihak sekolah perlu menyampai hal ini pada ibu dan bapa. Andai ada yang tidak terima dan marah-marah, itu kita tak ambil pusing lah. Kita bersedia untuk itu.


OK lah, saya harap tuan puan yang baca laporan ini boleh buat sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan panjang umur. Amin


http://norish77.blogspot.com

http://sekolahkebangsaanbangi.blogspot.com

 

No comments:

Post a Comment