Tuesday, November 25, 2008

Benarlah Sabah

Waktu di Sabah

Selama ini saya terfikir, kenapa jam 12.00 disebut tengah hari dan jam 1 disebut petang. Walhal (jam 1.00) baru saja masuk waktu Zuhur (di Semenanjung). Dalam Islam, waktu Zuhur adalah selepas matahari betul-betul bergeser dari berada di tengah-tengah tegaknya. Dalam hal ini, jam 12.00 adalah betul-betul mengikut sistem matahari terbit, menegak dan kembali suram.

Ketika berada di Sabah, tepatnya ketika saya sedang mendengar taklimat dari En.Azlan di Pusat Serenti Papat atau glamournya PUSPA, Papar, ketika itu azan berkumandang, sedangkan jam menunjukkan pukul 12.10 minit. Wah benar sekali waktu di Sabah ini, bisik hati kecil saya. Selama ini ku tertanya-tanya kenapa jam 1.00 disebut petang. Rupanya memang jam 1 sudahpun menghampiri petang.

Di Semenanjung Zuhur adalah jam 1.00 lewat. Perhatikan pula waktu semenanjung di bawah. Kalau ikutkan jam ianya tidak selari dengan matahari terbit., kerana sepatutnya permulaan hari adalah jam 6.00 pagi. Tengah hari adalah jam 12.00 (betul-betul di tengah) dan akhir petang adalah 6.00 petang. (keadaan ini berlaku di Negeri Sabah) ketika anda terbangun waktu pagi, matahari sudahpun terbit, sementara jam waktu itu adalah baru pukul 6.00 pagi. Manakala waktu petang jam 6.00 sudah pun maghrib.


Selama ini tanggapan kita kenapa Sabah awal berbuka puasa adalah salah, justeru Sabah adalah tepat waktu jam nya seiring dengan matahari terbit dan terbenam. Hal ini tidak juga saya temui ketika berada di Sumatera selama 4 tahun.

benarlah ungkapan

JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN

 

4 comments:

  1. salam..
    wah, bagus ni syeikh! anta tlh memanfaatkan pgalaman anta d sabah, dgn mnilai waktu matahari terbit, tbenam dsb.. ini suatu ilmu yg amat baik utk dkongsi teman2 yg tdk bpeluang k ngri d bwh bayu ini..
    jazakumullahu khairon kasiro..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya hal ini sudah lama terfikir dalma benak ana, jawapannya sudah ada, tapi masih kabur, namun apabila ke sana, memang lebih jelas lagi dan menampakkan kekeliruan selama ini, tentang waktu solat di semenanjung, kenapa pukul 1. petang bukannya tengah hari.rupanya jam kita di adjust selari dengan waktu sabah.satu hal memudahkan, dan satu hal memeningkan...

    ReplyDelete
  3. "Pada tahun 1932, buat kali pertama waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah buat kali pertama dari jam 11.40 minit malam kepada jam 12.00 malam. Perubahan waktu ini menjadikan waktu Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal dari Waktu Greenwich. Namun pada 1 September 1941, sekali lagi waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah dengan dipercepatkan 10 minit bagi menyelaraskan waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Sewaktu pemerintahan Jepun, waktu Tanah Melayu ditukar lagi mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal. Waktu tersebut digunakan hingga tamatnya pemerintahan tentera Jepun pada tahun 1945. Waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehingga 31 Disember 1981 apabila kerajaan Malaysia dengan rasminya telah mempercepatkan waktu Malaysia sebanyak 30 minit. Langkah itu diambil untuk menyeragamkan waktu di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Berikutan perubahan itu, waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan waktu Malaysia kepada 8 jam awal dari waktu Greenwich. Sesungguhnya peristiwa perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia"

    ReplyDelete
  4. sekali lagi masukan yg bermakna, sebelumnya, saya belum mendapat info ini, tak sempat search di enjin carian google. apa pun terima kasih hazri99

    ReplyDelete