Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

ERPH BNK 2020 | Unit Kaunseling Sekolah

Blog Archive

Monday, November 24, 2008
19 Nov 2008. Rombongan Spada USIM dan keluarga serta staf dan pensyarah USIM berjumlah 49 orang telah pun berjaya melaksanakan misi ke Sabah. Misi mencari mutiara ini, hehe, sampingan je, di ketuai En.Razif yang bertindak selaku Ketua Rombongan, Kepada En.Razif syabas di kalungkan atas kejayaan misi ini.

Singgah di Kundasang dalam perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu. Udara di sini sungguh nyaman, macam Cameron Highland, namun sayang waktu kami sampai, kepala Kinabalu di litupi awan kabus. Kalau pagi jam 8, memang nampak kata orang di sini.

Best jugak naik benda ni ya. Sebenarnya member kita ni dulu dan jadi cikgi kat Sarawak, jadi biasalah bagi Norzalifah naik belon ni. Tapi belon ni agak keras sikit. Apa pun Tahniah, kini kita ke Sabah, Negara di Bawah Bayu, kata Prof.Shuib.


Seronok jumpa Presiden SPADA UMS, Evelent, suka pada panorama dan mengambil gambar. Beliau telah membeli kamera Canon D60 dengan harga RM2,600,00.

Staf SPADA USIM, Berdiri di tengah Kak Nab, CC SPADA di Nilai bersama Suziani, (Perkama) dan Kak Ida USIM Pandan Indah.

Lawatan kami berjaya menjejak kaki di lokasi SPADA UMS, bangunan baru, menyedia 300 bilik untuk pensyarah. Sejuk jugak kat sini, maklum atas bukit di tepi pantai.



Di Muzium Air UMS, Besarnya akuarium kat sini. Ikan pun pandai bergaya

Tiba di kaki Gunung Kinabalu, siapa nak nak mendaki kena bayar RM5.00. past tu waktu balik dapat sijil. Lokasi puncak adalah ketinggian 4095.2 meter dari bawah. Perjalanan terpantas telah di lakukan oleh rakyat Spanyol selama 2 jam lebih. (betul ke ni, tolong semak balik kawan)

Lawatan hari terakhir ke Pusat Serenti Papar atau ringkasnya PUSPA. Jauh jugak naik bas di lambung ombak darat,akhirnya kami sampai, di sini cuaca panas sikit.

Apa yang membeza antara pusat serenti ini ialah kubur... kubur replika untuk bekas penagih. Padahal sudha lama hal ini saya ingin lihat. Namun di sini (Sabah) baru jumpa. Saya syorkan pada Timbalan Komandan Kem Pusat Serenti PAPAR, En.Azlan supaya menggali satu kubur yang betul, semen dibawah macam di Sungai Cincin Gombak, letakkan penagih dalam tu biar lama sikit, biar dia insaf, bahawa hidup ini tak ada gunanya lagi bila kita mati. Eh....jangankan penagih yang banyak dosa dengan ibu, isteri, anak-anak dan masyarakat, kita yang tak macam diapun dah kecut perut kalau duduk dalam lubang kubur tu.

Oh, ia, saya akan pertimbangkannya kata En.Azlan. Dan sebenarnya dah beberapa orang yang meninggal di PUSPA ni.

Pusat Kenangan Indah, Ole-ole dari UMS

SELAMAT TINGGAL SABAH, ada rezki kita DATANG lagi Bye bye
Terima Kasih juga buat En.Halim

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers