Saturday, November 29, 2008

Satu Ringgit Sama 3 Ribu 300 Rupiah


Masa kegawatan ekonomi dulu, pernah duit Rupiah jatuh sehingga Rp3,500.00 seringgit. Masa ni ketika saya ingin berangkat ke sana. Nak beli rupiah lagi pun dah tak boleh, sebab kocek dan kurang. Sesudah saya ke sana (Nangroe Acheh Darusalam), nilai matawang Rupiah naik, sehingga Rp 2,500 seringgit, dah pernah juga Rp 2,400.00.

Bulan lepas Rp2,000,000 (2juta) hampir RM800.00. Namun ada berita baik buat anda yang kepingin ke Indonesia bulan-bulan hadapan atau tahun-tahun depan, Rupiah semalam mencecah lagi RP3,300.00 seringgit. 2 Juta Rupiah anda boleh beli dengan RM606.00 sahaja. Jimat hampir RM200.00.

Saya syorkan belilah. Kalau tak jadi pergi pun, untuk simpan, bila duit tu naik balik, kita jual pula. Bukan Senang Nak Jadi Kayo. Sekaranglah masanya kalau nak jadi JUTAWAN.
 

2 comments:

  1. biaser la ekonomi berubah menghambat turun naik matawang

    ReplyDelete
  2. terima kasih hazri, bagus komentar anda...ada kebaikan jugak rupanya dalam naik turun mata wang ini ya

    ReplyDelete