Saturday, November 15, 2008

Tempat Belajar Bebas Dadah

Jam 6.57 minit pagi, Stesen Petronas ke Putrajaya

Tempat Kerja dan Sekolah Perlu Bebas dari anasir dadah. Atas dasar itulah, program seumpama ini di adakan lagi walau nampak pelajar di CIAST ini tidak ada kaitan dengan dadah.

Namun DADAH sebenarnya boleh menyerang siapa sahaja yang tidak kuat imannya untuk menghadapi cabaran hidup. Justeru itu, dadah di anggap sebagai penyelesaian.

Benarkah manusia boleh menghadapi cabaran hidup tanpa dadah? Benar... mereka hanya perlu kembali kepada sistem yang telah di cipta oleh ALLAH yakni agama.

Seroang peserta bertanya, boleh tak menggunakan teknik lain dalam ubatan untuk elak dadah?
Setakat ni memang perubatan menggunakan dadah dalam ubat. Dadah itu sendiri ada baiknya, yang salahnya bila disalahguna, dicampur dengan bahan kimia, ubat nyamuk dan sebagainya.

Lain pula kalau sakit sombong. Itu penyakit rohani kena guna ubat lain, yakni terapi agama. Dengan dadah tak mampan penyakit sombong tu. Namun perubatan secara tradisi memang kita lihat tidak menggunkan unsur dadah, macam mahjun, air penawar, blad orang patah dan sebagainya.
 

No comments:

Post a Comment