Tamu






widgets

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Soalan-soalan seputar FingerPrint Analyst

Admin Blog

Admin Blog
Noorhisham Hamzah

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Bantuan Musim Covid

Buletin 1, 4.4
Motivasi 1, 4.4
Motivasi 2 ,6.4
Buletin 2
Soal Selidik COvid
Hubungi Murid. 19.4
Mengisi epkm, 21.4
Buletin 3, 26.4
Hub Parent, 27.4
19.5 Mesy SPada
Wednesday, December 10, 2008
BANGI. 10 Dis 2008.Entah mengapa, sudah banyak kali saya temui, anak-anak yang hidup membesar bersama atuk dan nenek biasanya (walau bukan semua) akan bermasalah bila dewasa nanti. Hari ini dalam sesi temubual dengan penagih yang Re-Lapse (Ulang menagih setelah berhenti) turut terjebak dalam kancah penagihan, juga sejak kecil tinggal bersama nenek.

Yang saya sedih, sudah lah nenek tu dah tua, masa muda dulu tak sempat nak berapat dengan Tuhan, kini waktu tua, terpaksa pula memelihara cucu. Dulu bela anak, kini bela cucu jadinya. Jadi bila masa dia nak berapat diri dengan tuhan di saat-saat jasadnya hampir rapat dengan liang lahad.

Bahana nya sudah berkali-kali saya jumpa, dia akan bermasalah. Entah kenapa ya. Dulu zaman Nabi orang hantar anak mereka ke lereng-lereng gunung untuk di susukan oleh ibu-ibu di sana. Nabi sendiri di susukan oleh Halimatun Sa'diah. Namun tak pulak menjadi masalah.

Orang Beranang Rupanya

Setelah tamat sesi saya ingin pulang. Seorang penghuni berbaju putih (penghuni fasa 4) menegur saya. Encik dulu pernah tinggal di Beranang? Ya, saya jugak di Beranang katanya. Teringat saya waktu tinggal di Jalan Enam Kaki, betul-betul di Pintu Gerbang masuk, pernah penutup loji tandas belakang rumah saya hilang. Ini mesti penagih punya kerja, bisik hati besar saya. (bukan hati kecil lagi)

Kamu anak orang belakang rumah tu ke? Tak, saya saudara dia. Di mana ya dia ni dulu, kenapa dia kenal saya? Saya dulu sewa di pintu masuk Jalan Enam Kaki jugak katanya. Wah ini ayah Nurin dan Aisyah ke? ye..Masya Allah jiran saya sendiri rupanya, anak dia ni selalu ditinggal dirumah saya kalau dua-dua laki bini pergi kerja. Saya memang tak kenal tadi. sebab rupanya dah berubah.

Yang pertama sebab menagih ganja, memang muka penagih cepat tua.
Dan kedua pasal selalu kawat, jadi wajahnya gelap
Dan ketiga kepalanya di botakkin.

Saya : Teringat anak tak?
Dia : Ingat...saya selalu ingatkan mereka sehingga mengalir air mata..
Saya : Ada dia orang datang melawat?
Dia : Ada hari raya haji baru ni...
Saya : Anak tanya tak kenapa kamu disini?
Dia : Memang dia tanya, dia pegang tangan, jom la balik ayah....saya kata tak boleh balik, sebab ayah belum dapat cuti, ayah kerja kat sini.
Saya : Bila keluar ?
Dia : Bulan 1 nanti
Saya : Dah la...jangan main benda ni lagi.
Dia : Ya..

Pusat Serenti Dengkil

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Anda ada Blog?

Saya menawarkan kepada anda memiliki blog seperti ini, saya akan bangunkan untuk anda dan serahkan untuk anda guna. Kos terendah RM49.90 sahaja.

Curahkan tulisan anda, karya anda di blog untuk dinikmati generasi selepas anda.

Search This Blog

Link Crosword

Klik

noTA cROSWORD Klik

Chat

Buku-buku Kami

Hipnosis



Metafizik

Rahsia di Sebalik Cap Jari


Buku Appsheet Siri 1


48 Rumus Excel

Rahsia Slaid Presentation Memukau






Life is Learning

Siap Maju

Siap Maju
noorhisham