Thursday, January 8, 2009

Dah Pukul Berapa Encik?

Ada panggilan untuk saya memberikan ceramah pada ibu bapa, guru dan murid di sekolah tertentu, sejak mula sesi persekolahan, terima kasih, saya sendiri sebelum ini bergerak secara solo ke surau dan masjid meminta ruang untuk menyampaikan tazkirah pada yang hadir. Itupun hanya sumbangan peribadi, bukan mencari pameo dan ongkos.

Saya gembira dengan agenda tersebut, kerana di dalam diri ini masih meluap-luap pengalaman bersama orang-orang yang bermasalah dalam dunia berpunca dari kedua ibu dan bapa. Ingin sangat berkongsi supaya anak mereka tidak jatuh ke lembah kehinaan seumur atau separuh hidup. Bukankah Tuhan umat manusia, pernah berpesan?

Dan Janganlah Kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kehinaan. Firman Allah.

Namun bermula Jumaat ini 9 Januari hingga 14 Januari 2009, saya berada di Ho Chin Min, Vietnam. Apa pun, andai masih ada rezki pertemuan kita, boleh hubungan saya sekembalinya nanti dari sana.

Hukum Bunuh
Seorang kawan yang bekerja di penjara, bercerita tentang orang yang akan di hukum bunuh, ketika malam menjelang hari kematiannya, orang itu tidak dapat tidur lena lagi, sekejap bertanya pada pegawai, Dah pukul berapa? Pukul 3 jawab pegawai. sebentar lagi bertanya lagi, pukul berapa encik? Pukul 3.30. Begitulah saat-saat akhir sebelum dibawa ke tali gantung. Sehingga menjelang subuh, dia sudah tidak bermaya dan tiada kudrat untuk berjalan lagi, kecuali di papah oleh 2 orang pengawal. Ketika di tali gantung, ada ustaz yang mengajarkan 2 kalimat akhir. Teringat Ketua Geng Al-Maunah....

Pernah anda terfikir saat terakhir anda akan lalui hidup menuju detik terakhir kematian? Sudahkah anda membuat permohonan maaf pada orang yang anda buat salah? Akan terbelakah nasib orang yang anda sayang setelah kepergian anda buat selamanya.

Ubat Nyamuk
Hmmm...kawan, justeru hidup ini hanya sekali, ayuh marilah kita persiapkan bekal untuk ke sana, tempat yang kekal abadi. Pernah saya katakan pada seorang penagih, hidup ini ibarat putaran ubat nyamuk. Ketika hujung/pangkal ubat nyamuk itu di cucuh, ia akan hangus sedikit demi sedikit, dan akhirnya 8 jam, berakhirlah putarannya. Begitulah hidup ini, akan ada akhirnya.

Namun tidak begitu pula di akhirat nanti, Di sana kekal abadi.....Selama-lamanya. Tiada Mauqif, tiada penghujung. Tiada wakaf untuk berhenti, tiada persinggahan macam RnR. Kalau baik balasan anda, baiklah selamanya, dan andai buruk....dimana anda mahu mengadu?
Gambar ketika nak naik bas untuk pulang, beberapa minit sempat minta Tgk.Hashriq memfoto saya, eh eh, Nor datang nak tumpang sekaki. Boleh la....
 

No comments:

Post a Comment