Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Thursday, January 1, 2009
RAUB, PAHANG. Rombongan SPADA kali bergerak lagi dalam lawatan ke tempat yang ke-20. Destinasi kali ini ialah Pusat Serenti Raub.

Kami datang ke Pusat Serenti untuk mempraktikkan 7 Langkah Kepulihan dengan hanya menggunakan step pertama sahaja hari ini.

Step pertama ialah seorang penagih mesti mengaku yang dirinya menjadi tidak tentu arah dan bercelaru disebabkan oleh penagihan dadah, dan tiada jalan untuk berubah kecuali atas pertolongan orang lain.

Setiap pelajar diberikan seorang klien. Masing-masing mencari tempat yang paling sesuai untuk sebuah sesi kaunseling.

Sudah saya dengar, cerita dari En.Rafidi, selaku kem Komandan di Pusat Serenti ini, bahawa ada kaunselor yang "menangis" kerana apabila dalam sesi kaunseling, kaunselor yang ditanya oleh klien, Cuba encik bagi tau saya, kenapa saya perlu berubah? Dalam kes ini, bukan klien yang bermasalah nampaknya, akan tetapi kaunselor.

Penagih dadah, menagih dadah itu adalah dunianya, padanya, dia tidak menyusahkan sesiapa, tidak mencuri duit orang, dan tidak mengapa-apakan orang lain, Hanya menagih saja.

Dan saya hari ini, berdepan dengan klien yang usianya 3 tahun lebih tua dari saya. Katanya juga... selepas saya keluar ni (dari pusat) saya akan mencari barang tu lagi.

Rasa rindu pada bahan itu dan syoknya pertama kali (high) semakin hari semakin tebal, rasanya ingin sekali tiap-tiap hari ini berlari dengan cepat, agar saya dapat keluar cepat. Dan terus pergi mendapatkan barang itu.

Ish....no point bagi saya hari ini untuk mengubah diri seorang penagih yang dipaksa masuk ke pusat. Sedang dia sendiri tidak ada planning langsung untuk berubah. Kuang, kuang, kuang!

Tuan-puan, beginilah dunia seorang kaunselor, dimana-mana dalam dunia yang berdepan dengan penagih. Dari itu, bilakah penagih akan berkurang? Sedang yang ada pun tak nak berhenti?

Kelas Terakhir Sem 2 Bersama pensyarah , UKM , beliau adalah antara pensyarah yang mengajar kami ilmu Farmakologi Dadah.
Jomla masuk SPADA

3 comments:

  1. Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Semoga Allah teguhkan AKIDAHMU,
    dikuatkan HATIMU,
    dicurahkan KETENANGAN dalam dirimu,
    & dimurahkan rezekimu,
    semoga KASIHNYA sentiasa bersamamu.

    Semoga tahun ini Allah beri kita lebih kebaikan dari tahun2 lalu...aminnnnn

    ReplyDelete
  2. Terima kasih AziS atas harapan dan doa itu, semoga semuanya dimakbul tuhan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    saya ingin dapatkan pandangan mengenai 'peranan kaunselor dalam membantu pelajar kurang asertif' secara terperinci.
    terima kasih..

    ReplyDelete

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers