Saturday, February 28, 2009

Minggu Yang Sangat Kecewa-Journal

GM - GENENAL MEETING

Minggu ini adalah minggu yang sangat kecewa bagi kami, ahli keluarga, staf dan semua pegawai di PERSADA, termasuk pelajar yang sedang ber-praktikum di sini. Apa tidaknya, bilama 3 orang ahli keluarga kami yang sudah lama (lebih satu tahun) berada di sini, sempat relapse di luar ketika kesempatan keluar diberikan. Dengan itu, PERSADA terpaksa mengadakan General Meeting (GM). Semua penghuni wajib berada di dalam majlis ini dan mesti serius.

Walaupun cerita relapse dalam penagihan adalah perkara biasa. Namun sambung

Read more »

Mesyuarat PIBG SK Bangi

Hadirin Pelajar mendapat 5A dan 4A tahun 2008 seramai 44 orang

SK BANGI

SK BANGI. 01 Mac 2009. Mesyuarat hari ini dimulakan dengan pelantikan pengerusi majlis, seperti biasa, ahli mesyuarat yang hadir mengizinkan En.Kamaruzzaman mempengerusi majlis setelah tiada cadangan dan yang sukarela tampil. Pengerusi memperkenal AJK PIBG sesi 2007-2008.

Pembentangan diteruskan minit mesyuarat, dan minit kewangan semasa sekolah. Pembubaran AJK lama. Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK baru.

Pelantikan AJK Baru

Menurut ketetapan mesyuarat pagi ini, SK Bangi mendapat YDP baru setelah En.Kamaruzzaman memegang jawatan ini selama 10 tahun. Terima kasih banyak pihak sekolah ucapkan pada Cek Man, yang telah banyak menaikkan nama sekolah, jasa-jasa beliau tidak dapat dihitung dengan wang ringgit. Mungkin ramai tak tahu, pasukan bola sepak sekolah pernah digeruni suatu ketika dulu oleh daerah Hulu Langat hasil kerja keras semua guru-guru, ibu bapa dan AJK PIBG.

Tahun ini SK Bangi mendapat YDP baru, kita mengalu-alukan Tuan Major Baharuddin bin Mohyedin sebagai YDP, semoga SK Bangi terus maju, manakala Timbalan YDP, Puan Jamaliah binti Ibrahim, sementara Ahli Jawatankuasa terdiri dari ibu bapa, Pn.Rahimah, Pn.Norziah, Pn.Marina, En.Azizuddin, En.Zulazman.

Manakala AJK dari golongan guru pula terdiri dari Pn Nora, AJK guru, Pn.Nurfarizan Mahmud, Ust. Mohd Suzrie, En.Mohd Firdaus Supian, Pn. Nur Rasyidah Khairunnisa Ranjeeta. Adapun pemeriksa kira-kira ialah Ustaz Mokhtar bin Hussain.

Dalam sesi pembentangan usul, beberapa usul yang dibahaskan ialah

2.1 Tempat menunggu bas dan van

2.2 Harga makanan di kantin dan kualiti

2.3 Minta baiki tandas

2.4 Soalan UPSR dwibahasa

2.5 Kes Gensterisme

2.6 Kedai buku jual mainan

2.7 Status LCD, projektor.

2.8 Kelas tambahan minta di awalkan

2.9 Isu beg berat

2.10 Website sekolah

2.11 Waktu solat Jumaat minta di lewatkan masuk ke 2.30 petang

2.12 Jual makanan di luar

Lain-lain Hal

SK Bangi telah mengusulkan supaya SK Bangi menjadi satu sesi sahaja ketika perpindahan berlaku nanti

Saya (Noorhisham Hamzah) selaku Super Administrator, tidak menjanjikan, tetapi insyaAllah, akan sentiasa memberikan maklumat secepat mungkin pada tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga akan melantik beberapa orang guru sebagai admin yang akan mengisi berita dan program semasa sekolahYDP Baru sebelah kiri bersama YDP lama

Read more »

Program RADA Daerah Batu Pahat

Batu Pahat: 28 Feb 2009. Satu program RADA (Rakan Anti Dadah) telah dilancarkan bagi peringkat Daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah sesi taklimat mengenai RADA dan melantik AJK RADA peringkat daerah di samping mngeratkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli serta merancang aktiviti tahunan yang julung-julung kali diadakan di sini. Ahli-ahli RADA yang terlibat bukan sahaja terdiri daripada kalangan anak-anak muda lepasan sekolah tetapi juga dari golongan profesional seperti guru, kakitangan hospital seperti staff nurse, dan ahli akademik yang lain malah yang berkelayakan Ph.D juga turut hadir mendaftarkan diri.
Cikgu Pandy bersama salah seorang AJK RADA BP.
Penolong Pegawai AADK Batu Pahat, Encik Dzulkifli Isnain sedang memberi taklimat mengenai RADA.
Pn Azizah Pegawai AADK Daerah Batu Pahat
AJK RADA Daerah Batu Pahat yang baru dilantik.Bersama Encik Dzulkifli Penolong Pegawai AADK BAtu Pahat.Kedua-dua gambar di atas diambil di hadapan pintu masuk Pusat Khidmat dan Pengawasan AADK Daerah Batu Pahat. Di sinilah opis kawan kita Cikgu Pandy sepanjang internship 3 ini.

Read more »

Friday, February 27, 2009

Web Site Baru SK Bangi

SK Bangi sedang membina sebuah WEB SITE Baru Sekolah Kebangsaan Bangi. Web ini sedang di aktifkan dan akan telah pun beroperasi. Selamat Datang, anda boleh klik dan menjadi ahli, sumbangan idea, pendapat anda sangat bermakna sekali buat kami.
alamatnya www.skbangi.com

Read more »

Lawatan ke Rumah PENGASIH

ANTARA BANGUNAN DI RUMAH PENGASIH

KUALA LUMPUR. 27 Feb 2009.Sebilangan kecil pelajar SPADA yang tinggal berdekatan area Kuala Lumpur sempat mengikuti lawatan ke Rumah Pengasih. Rumah ini terletak di celah-celah KOtaraya KL, di jalan Duta, Bukit Tunku, berpusing-pusing pelajar mencari jalan masuk. Ini kerana peta untuk kesana tidak terbawa.Turut serta dalam lawatan kami ialah seorang pelajar Degree dari USIM dan 3 orang pelajar praktikal di PERSADA dari UMT.

Semua pekerja di sini adalah terdiri dari bekas penagih dadah. Syarat kemasukan ke sini ialah mestilah mengambil dadah dahulu.. Huhu....ayat ini boleh memesong budak-budak. Ya lah, Rumah Pengasih menerima kes-kes mereka yang menyalahguna dadah dan ingin berhenti.

Di sini, PENGASIH menggunakan teknik terapi TC kepada penghuninya yang di ambil langsung dari Deytop, USA. Maklumat lanjut, anda boleh dapati pada laman www.pengasih.net

Lenny, Anis, Nor Zalifah dan Sham
Wakil penghuni sedang menjelaskan sesuatu kepada kami
Anis mencuri kenangan, bangunan terdiri dari kabinSalah satu bilik yang ada di sini.

Kami jumpa kereta Mercedes orang tersohor di Malaysia.Tapi tak jumpa dengan beliau. Penghuni sekarang seramai 57 orang, termasuk seorang perempuan. Tempat ini juga ada menerima budak-budak perempuan nakal yang tidak boleh di didik oleh orang tua mereka.

Read more »

Lawatan ke PENGASIH

ANTARA BANGUNAN DI RUMAH PENGASIH

KUALA LUMPUR. 27 Feb 2009.Sebilangan kecil pelajar SPADA yang tinggal berdekatan area Kuala Lumpur sempat mengikuti lawatan ke Rumah Pengasih. Rumah ini terletak di celah-celah KOtaraya KL, di jalan Duta, Bukit Tunku, berpusing-pusing pelajar mencari jalan masuk. Ini kerana peta untuk kesana tidak terbawa.Turut serta dalam lawatan kami ialah seorang pelajar Degree dari USIM dan 3 orang pelajar praktikal di PERSADA dari UMT.

Semua pekerja di sini adalah terdiri dari bekas penagih dadah. Syarat kemasukan ke sini ialah mestilah mengambil dadah dahulu.. Huhu....ayat ini boleh memesong budak-budak. Ya lah, Rumah Pengasih menerima kes-kes mereka yang menyalahguna dadah dan ingin berhenti.

Di sini, PENGASIH menggunakan teknik terapi TC kepada penghuninya yang di ambil langsung dari Deytop, USA. Maklumat lanjut, anda boleh dapati pada laman www.pengasih.net

Lenny, Anis, Nor Zalifah dan Sham
Wakil penghuni sedang menjelaskan sesuatu kepada kami
Anis mencuri kenangan, bangunan terdiri dari kabinSalah satu bilik yang ada di sini.

Read more »

Minggu Integriti USIM

NILAI. 27 Feb 2009. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan minggu Integriti Peringkat Universiti.Pelbagai acara disediakan kepada mahasiswa, mereka dijamu selera, tetapi selepas dapat menjawab beberapa soalan. Konsep yang digunakan ialah "No Free Lunch". Artinya ialah, tiada makanan percuma dan maknanya, setiap imbalan yang kita dapat, mestilah melalui usaha.

Terdapat banyak gerai, yang tak sempat saya lawati kerana kesibukan melayan tetamu di gerai SPADA. Ada permainan, soal jawab, kue tiu dan gorengan.
Wau, En.Halim turut menjadi Chef Kehormat. Berapi kuali tuuu...
Tengok En. Sham, Wan Azlina dan En.Farid sibuk nampaknya...Dapatkan CD celoteh Farid. Wau suara FArid rupanya masuk la dengan speker behringer ni. klik sambungan

Read more »

Sambutan Minggu Integriti USIM-FKP

Dapatkan CD celoteh Farid. Wau suara FArid rupanya masuk la dengan speker behringer ni.
NILAI. 27 Feb 2009. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan minggu Integriti Peringkat Universiti.Pelbagai acara disediakan kepada mahasiswa, mereka dijamu selera, tetapi selepas dapat menjawab beberapa soalan. Konsep yang digunakan ialah "No Free Lunch". Artinya ialah, tiada makanan percuma dan maknanya, setiap imbalan yang kita dapat, mestilah melalui usaha.

Terdapat banyak gerai, yang tak sempat saya lawati kerana kesibukan melayan tetamu di gerai SPADA. Ada permainan, soal jawab, kue tiu dan gorengan.

Hadiah yang disediakan kepada tetamu
Mohd Farid, Dejay Mahasiswa SPADA memeriahkan acara.
Pensyarah Datin Dr.Mizan Adiliah turut menyertai acara balingan bola ke dalam kotak
Wan Azlina, rancak melayan pembeli...puas....kuih dah habis.
Wau, En.Halim turut menjadi Chef Kehormat. Berapi kuali tuuu...
Tengok En. Sham, Wan Azlina dan En.Farid sibuk nampaknya...

Hihihi....apasal la Na tergelak
Ini Prof.Saedah.beliau jugak sempat memakai apron dan menggoreng kue tiaw

Read more »

Thursday, February 26, 2009

Pengalaman Operasi Pertama

Ganja yang dirampas ketika operasi malam tadi.

KAJANG. 25 Feb 2009. Pihak AADK dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan operasi bersama di Tol Cheras Kajang. Sehingga jam 3.00 pagi, seramai 23 orang didapati positif dadah. Saya turut bersama menyertai operasi ini. Ada motor yang membuat pusingan dan terjatuh kerana terlanggar motor dari arah bertentangan. Kedua penunggang motor tersebut dipercayai berbangsa India melarikan diri ke dalam sungai berhampiran. Kedua helmetnya jatuh ke dalam sungai, manakala sebuah beg galas di campakkan.sambungan

Read more »

Ceramah dadah di IPIK

KUALA LUMPUR : 26 FEB 2009. Institut Perguruan Ilmu Khas telah menganjurkan program Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah. Sekitar 200 orang bakal guru menyertai ceramah ini. Adalah diharap bakal guru dapat input yang berguna sebelum bergelar seorang guru yang sebenar. Kerajaan meletakkan target 2012 sebagai Tahun Sekolah Bebas Dadah di Malaysia.

Program selama 1 jam ini menonjolkan En.Noorhisham selaku penceramah undangan dan Encik Zaidi bin Ahmad bagi memenuhi perkongsian pengalaman penagihan. Saya membawa En.Zaidi khusus dari PERSADA Sungai Besi sebagai satu pengalaman menarik juga buat beliau kerana dapat recovery pemulihannya.
Esok kami (SPADA) diterima untuk melawat PENGASIH di Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan mempelajari sistem rawatan pemulihan yang dijalankan oleh PENGASIH

TERIMA KASIH IPK

Read more »

Tuesday, February 24, 2009

YM Must Reinstall

Tuan-tuan dan puan-puan, YM saya tak dapat berfungsi dengan baik, tuan-tuan boleh ke laman web saya di www.kaunselor.com, daftarlah sebagai member untuk berkongsi maklumat. muat turun dan naik bahan serta forum.

Bahan Masukan Mesyuarat AJK Daerah

SK TAAM. 24.02.2009. Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat telah bermesyuarat pagi ini di SK TAAM.Menurut keputusan mesyuarat adalah seperti berikut : sambung

Selesai acara mesyuarat, pihak Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Keb. TAAM meminta saya menyampaikan sijil watikah pelantikan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya kepada murid SK TAAM yang terpilih.

Rindu ingin kembali

Ramai kekawan dah mengeluh, setelah menjalani praktikal, rindu pada gelak ketawa dan gurauan sahabat terbayang, bila praktikal kita masing-masing tenggelam dalam kesibukan. Amutha pernah bilang begini, aku di sana sorang-sorang la, boring, kalau kat kelas, boleh lah dengar suara Nan dan Zaini gelak.

Masing-masing menguntai kalimat rindu pada SPADA, dan menghitung hari, aduhai...masih lama lagi kah, rindu pada sekolah, rindu pada suara anak murid dan mikrofon di medan perhimpunan.

Semua-nya berlaku dan hadir sekali lagi dalam hidup kita, andai umur masih dipanjangkan Tuhan.

Read more »

Monday, February 23, 2009

Domain Alternatif

Domain Alternatif Bagi Blog Sham dan Kak Yong

http://www.kaunselor.com/sham

www.kaunselor.com/linda

Anda boleh ke blog kami dengan klik alamat tersebut

Read more »

Sunday, February 22, 2009

Lelaki : Kau kan pergi dulu

Belum ada Persatuan Bapa-bapa Tunggal, tetapi Kaum Ibu-ibu Tunggal ada kita dengar. Sebab apa ? Sebab lelaki yang menjadi suaminya sudah pergi dulu, pergi dek dilanggar treler, pergi dek jatuh dari tiang elektrik, pergi dek jatuh motor, meninggal di pusat serenti dan macam-macam.

Apa pun ceritanya, lelaki akan pergi dulu secara umumnya. Justeru....sang isteri perlu sentiasa bersedia, jangan waktu pemergiannya, kita tak sempat minta maaf, kerana antara sebab ramai wanita masuk neraka ialah, kerana tidak sempat minta maaf dengan suami. Tahu-tau dapat berita suami meninggal.

Manakala sang suami kena selalu meningkat ibadah, bangunlah bertahajud waktu malam, sebelum tidur berdoalah , minta dengan Tuhan supaya dibangunnya kita nanti waktu tengah malam, untuk berdoa padaNya, untuk minta ampun padaNya. Biarlah ketika kita tiada nanti, anak cucu kita masih ingatkan kita.

Malang jika kita dilupakan, sekian tahun kita hidup, sekian tahun jasa kita tabur, akhirnya pemergian kita tidak berkurang bagi manusia, malah kehadiran kita tidak pula bertambah. ada tak ada sama sahaja. Biarlah kalau boleh.....pemergian anda dirasai.....dirasai oleh semua manusia yang pernah kenal diri anda, malah Malaikat di langit sekali pun.Jangan pula anda terasa masih panjang usia mu. Sering-seringkanlah memikir yang dirimu tak lama lagi akan hilang di bumi yang fana ini. Dari itu akan lahir motivasi untuk buat perubahan.

Read more »

Sikap Manusia Di tentu Oleh Kepercayaannya

Saya masih terfikir, bagaimana seorang penagih boleh beralih dari merindukan heroin dan jarum suntikan kepada rindunya kedamaian dan mempunyai kekuatan jiwa yang mantap dan tak mudah goyah. Rata-rata penagih mengatakan mereka tak kuat berdepan dengan kehidupan sebenar di luar pusat serenti, terlebih lagi apabila berjumpa kawan-kawan dan terserempat dengan port lama. Lantaran itu mereka kalau boleh tidak mahu balik dan tidak mahu keluar dari pusat serenti, walaupun kehidupan di pusat juga menyiksakan batin mereka.

Perlunya saya melihat dan meninjau aspek pengisian terapi yang diberikan kepada mereka. Kalau merujuk jornal minggu lepas, seorang penagih mengakui sistem terapi Tufh and Rugged tidak berjaya memisahkan manusia yang bernama penagih dari dadah, hari ini mereka keluar, hari ini juga mereka mencari dadah.

Apakah kita tidak mempunyai sistem yang lain dari yang sedang diguna pakai kini? Saya pernah membaca kejayaan pusat pemulihan Inabah di Indonesia, hasil penelitian yang dijalankan oleh Dr.Su’dan, mengatakan presen kejayaan yang sembuh di Inabah sangat tinggi. Bahkan mampu mengubah penagih dari ketagih heroin kepada ketagih zikir. Sebab itu katanya, ramai penagih dari luar Indonesia seperti Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapore yang datang untuk menerima pemulihan disini. Inabah mengguna pakai teknik Dzikir, dimana menerapkan tanggungjawab sebagai manusia terhadap ALLAH dan masyarakat.

Dari kajian kami di SPADA, mendapati dan mengakui secara umum, bahawa punca penagihan adalah lantaran kurangnya ilmu pengetahuan agama dikalangan penagih. Tidak tahu dosa dan pahala itu ada. Kurang percaya tentang adanya hari kebangkitan dan azab.

Sementara saya sendiri, dalam pengalaman berkaunseling dengan penagih muda, bertanya dalam sesi tersebut, apakah kamu percaya pada kehidupan selepas mati ? Dia kebingunan dan tidak mempunyai jawapan yang pasti. Saya pasti dia masih meragui tentang kehidupan itu.

Berangkat dari kepercayaan tersebut, teringat pada kata-kata seorang ilmuan, sikap manusia itu dipengaruhi oleh apa yang dia yakini. Pada saya, benarlah ungkapan ini, dan semestinya pusat serenti di Malaysia tidak terlepas sepatutnya dari nilai-nilai ini. Dimana mengubah kepercayaan dan keyakinan manusia itu mesti ada, dan dalam jumlah yang agak besar, bukan setakat asal ada, dan penggiatnya mestilah dari orang-orang yang bukan sebarangan. Menyampaikan ilmu agama di surau dan masjid bukan sekadar mengharap gaji bulanan, tetapi berminat untuk mengubah diri penagih supaya kembali kepada ajaran Tuhan, hidup dalam dunia yang sebenar, bukan mimpi tetapi realiti

Saturday, February 21, 2009

Berkelah di Air Terjun Kuala Ponson

HULU LANGAT : Tempat ini popular dengan kawasan perkelahan air terjun dan kem-kem bina insan, motivasi, kem kepimpinan dan segala mak nika kem la katakan.

Kala hujung minggu, ramai warga KL datang untuk melampiaskan tubuh di air yang segar, mendengar deruan air yang mengalir dan kicauan burung yang singgah di pepohonan. Mungkin keindahan sebegini tak dapat lagi kita rasakan pada masa akan datang, siapa tahu? Semalam saya baru berikan ceramah parenting pada ibu bapa di sebuah sekolah, dekat Seremban, salah satu ajakan saya ialah, bawa lah anak-anak anda berjalan, walau dalam kesibukan, mana tahu, suatu masa nanti, anda tak boleh berjalan lagi...di kala dia dewasa, anda akan renggang dengannya, justeru, peruntukan masa untuk mereka..anak-anak anda...

Di hujung Hulu Langat inilah adanya Kuala Ponson, ada kawasan perumahan orang ASLI. Tak jauh sebenarnya dari Sungai Congkak. Hari minggu pasti ramai yang datang berkelah, di sini ada teratak yang boleh disewa RM20.00 sebuah. Pelajar-pelajar dari KLANG pun hadir ke sini untuk melaksanakan aktiviti Kem Kepimpinan Pengawas. Pernah satu malam saya sesat mencari-cari lokasi sebuah kem yang saya akan berikan ceramah. Rupanya banyak kem di sini. Cuma kem tentera yang tak ada.
Pagi ini kami singgah sekejap di kolam air Panas, 100 meter selepas IKBN di Dusun Tua, merendam kaki kat sini setengah jam, nak mandi belum sampai tahap tu lagi, sebab airnya panas sangat, tetapi ada juga orang lama yang terus je mandi. Wuuuuu panas nya.Lepas rendam kaki dan mandi sikit kat KOlam Air Panas, kami bergerak ke Kuala Pansung, di sini udara sejuk dan nyaman, air pula sejuk. Wau..best nyer...apalagi berkelah lah kami di sini.
Anuar dan isteri serta anak-anak dan abang ipar saya dengan seorang anak saya turut berendam di sini. Minggu depan, kami nak datang lagi, bawak ayam golek....Isteri saya berehat cuma, dah penat mandi air kolam panas. Saya sampai sini dulu, kemudian Anuar tiba dengan family...TAA 3978.