Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

JOM BELAJAR BERGURU

SELALUNYA MEMBACA DAN BELAJAR, JAUH BEZA, MEMBACA HANYA MENATAP, ADAPUN BELAJAR, KITA MENATAP, MENDENGAR DAN MELIHAT, DAYA INGATAN AKAN MENI...

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Saturday, February 14, 2009
Rasa gembira pun ada, syukur pun jugak setelah mendapat berita dari seorang sahabat, En.Razif dari AADK PutraJaya, Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan peruntukan untuk membayar penceramah selama setahun kepada penceramah yang akan memberikan ceramah di Pulau Carey. Audien di sini ialah bekas penagih yang telah pulih dan masih menjalani program pemulihan di luar pusat.

Mungkin saya orang yang pertama memberikan syarahan atau ceramah di surau ini atau orang kedua, En.Razif mengambil gambar semasa saya sedang memberikan syarahan ringan malam Jumaat lepas, ekoran dari itu, En.Razif membuat program susulan dengan meminta jasa baik pihak LZS mengambil peranan dalam membantu umat Islam yang tercicir ini. Hal ini sememangnya pernah di ajukan oleh En.Halim semasa dalam kelas bersama beliau, fikiran dan idea beliau hari ini kian menjadi kenyataan.

Sebentar tadi En.Razif memberitahu, kemungkinan saya akan dijemput untuk memenuhi program hari-hari kebesaran Islam. TAHNIAH saudara!!!

1 comment:

  1. Tahniah ustaz teruskan membantu kerana tidak ramai yang simpati apatah lagi membantu golongan yang terpinggir ini. Mereka perlukan pertolongan sebagai penyuluh dalam kegelapan. Adakalanya mereka hendak berubah tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana.

    ReplyDelete

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.