Tamu






widgets

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Soalan-soalan seputar FingerPrint Analyst

Admin Blog

Admin Blog
Noorhisham Hamzah

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Bantuan Musim Covid

Buletin 1, 4.4
Motivasi 1, 4.4
Motivasi 2 ,6.4
Buletin 2
Soal Selidik COvid
Hubungi Murid. 19.4
Mengisi epkm, 21.4
Buletin 3, 26.4
Hub Parent, 27.4
19.5 Mesy SPada
Monday, February 16, 2009
Mimpi indah….terlalu seronoknya jiwa bila lama kita berjauhan dengan sesuatu yang sungguh indah dan menceriakan hidup kita, lama kita tidak bertemu dan tiba-tiba satu malam ia datang semula dalam mimpi, alangkah seronoknya dan alangkah girangnya hati kita pabila seakan-akan keindahan itu datang kembali. Kita merasakan kita hidup di alam nyata dan merasakan memang itu benar-benar terjadi.

Pabila tersedar dari mimpi, kita ingin terus hidup di alam mimpi tadi, tapi, sayang ianya hanya mimpi dan tidak pasti ianya bukan sebuah realiti.

Mimpi penagih....

Penagih dadah yang sudahpun berhenti dari mengambil dadah, satu tahun bukan jaminan untuk tidak mengambil lagi, sekurang-kurang mereka perlukan 3 tahun untuk menguatkan jiwa dan rohani mereka. Itupun kadang-kadang mimpi indah zaman penagihan masih datang. Bahkan ada yang bangun dan terus pergi mencari dadah yang telah hadir dalam mimpi tadi.

13 tahun jugak bukan jaminan untuk dia menjadi manusia yang baik sehingga akhir hayat. Jiwanya kerdil. Sedikit tergores akibat torehan yang kecil pada perasaan, darahnya terlalu banyak mengalir.

Ingin Hidup Dalam Dunia Rekaan kita..

Memang indah hidup dalam mimpi, dibuai mimpi yang sememangnya jiwa kita meruntum ingin bersamanya. Hidup dalam dunia rekaan kita sendiri. Namun dunia ini hanya mimpi….hati menangis, tidak semua keinginan yang kita mahu boleh tergapai, dan tidak semua hajat kita boleh ditunaikan tuhan. Ada masa kita merasa nikmat pemberianNya, ada masa kita perlu akur, dengan ketetapan azali, bahwa antara kita adalah sedang melalui 2 takdir yang berbeza.

Rindu…., ingin bersama, asyiknya…. Namun itu bukannya pasti dan bukan jua realiti, namun apa daya, disebalik hidup ini ada lagi hidup yang lain. Dan terlalu haru, pabila waktu untuk bertemu dengan alam sebenar laksana mimpi. Kehidupan disana yang kekal abadi, abadan abadaa dalam pemeliharaanNYa, ku harap segala mimpi di dunia bisa menjadi nyata.

Dunia Katil Besar

Bermimpi lagi…sehingga tersedar dari tidur. Begitulah dunia ini bagaikan katil yang besar, manusia hidup di atasnya bagaikan sedang bermimpi. Pabila pencabut nyawa datang, barulah manusia terkejut dari mimpi..... aduuuhhhhh!!!! rupanya aku bermimpi dan lama sekali rupanya mimpiku tadi. 65 tahun......55 tahun dan 45 tahun..... Ku pikir aku benar-benar KAYA!!!! Ku pikir aku benar-benar disanjung dan dipuja manusia !!!! Aku pikir dunia ini LAMA!!! Tapi...aarghhhhh, segala nya hilang tiba-tiba bagai fatamorgana bila kematian datang. Aku hidup bagaikan dalam mimpi.

Inilah hidup yang sebenar, disinilah penderitaan yang sebenar, waktu aku di hospital, masih ada nurse dan keluarga yang datang membantu, tapi di sini.... di alam kubur...siapa yang mendengar tangisan dan teriakan ku???? Siapa yang boleh menolongku berdepan dengan kesusahan yang amat payah sekarang ini?? Toolooooongggggg!!!!!!

Sehari bagaikan sebulan, sebulan bagaikan setahun, setahun bagaikan ribuan tahun.....kapan!!!!! kah berakhirnya penantian yang menyiksakan ini didalam kubur. Di sini sempit, panas, haus, dahaga, aku lapar, aku rindukan keluarga ku, aku rindukan teman-teman ku....oh.....di mana mereka? Masihkah mereka mengingatiku yang sedang berdepan azab sebegini perit?

Siapa yang sanggup membantu ku disini, aku pasti akan berikan duniaku dan seisi-isinya sebagai balasan padamu... tolong..... bebaskan aku dari siksaan ini. Aku ada mulut, tapi tak boleh bercakap, aku ada mata, tapi tak boleh melihat, aku ada telinga, tapi aku tak mendengar suaramu semua, aku aku perasaan, tapi tak bisa ku lahirkan....... aku ADA!!!!!!! Ya AKU ADA!!!!!! Tapi dimana aku. Mana duniaku....??? Ratap tangis ku disini siapa yang mendengar? Dan hingga berapa lama? Ya Tuhan...ampunkan dosaku.....

Wahai manusia, giliran mu untuk hidup sudah Ku berikan, dan tempoh usiamu sama dengan orang lain yang Ku kasihi. Mereka tenggelam dalam keasyikan mencari REDHA-KU, siang malam mereka bekerja dan beribadah padaKu, namun engkau tenggelam dalam dunia dan mimpi-mimpi indahmu. Masa untuk mu sama dengan mereka, kekayaan untuk mu, sama dengan mereka, bahkan engkau Aku lebihkan, supaya engkau bersyukur padaKU. Sudahlah.... tunggulah di sini dengan keadaanmu, tiada siapa yang ingin sedekahkan pada mu walau seayat Al-Fatihah, malang sejuta kali malang...... tiada siapa yang menyebut namamu lagi, tiada siapa yang merinduimu...... dan suatu masa, namamu pun hilang dari dunia ini. kini tiada apa-apanya lagi.

Mimpi : Menangis dari Tidur

Ada manusia yang menangis dalam mimpinya, kerana di kejar dan dipukul-pukul oleh makhluk lain, hingga akhirnya dia tidak sedar, tangisannya itu terbawa hingga ke luar mimpi. Hoi....kata suaminya.... apa nangis-nangis ni tengah malam buta?

Tuan..jangan sampai....anda hidup sedap dengan serba serbi ada di dunia, tetapi menangis di alam kubur....

Mimpi : Ketawa dari Tidur

Ada pula manusia yang ketawa dalam tidurnya, entah apa mimpi yang sedang dinikmati, hingga ketawanya didengar orang lain. Begitulah kita mahu, hidup didunia bagaikan di alam mimpi, tetapi senyum gembira bila bertemu Tuhan sepulangnya nanti.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Anda ada Blog?

Saya menawarkan kepada anda memiliki blog seperti ini, saya akan bangunkan untuk anda dan serahkan untuk anda guna. Kos terendah RM49.90 sahaja.

Curahkan tulisan anda, karya anda di blog untuk dinikmati generasi selepas anda.

Search This Blog

Link Crosword

Klik

noTA cROSWORD Klik

Chat

Buku-buku Kami

Hipnosis



Metafizik

Rahsia di Sebalik Cap Jari


Buku Appsheet Siri 1


48 Rumus Excel

Rahsia Slaid Presentation Memukau






Life is Learning

Siap Maju

Siap Maju
noorhisham