Friday, February 27, 2009

Minggu Integriti USIM



NILAI. 27 Feb 2009. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan minggu Integriti Peringkat Universiti.Pelbagai acara disediakan kepada mahasiswa, mereka dijamu selera, tetapi selepas dapat menjawab beberapa soalan. Konsep yang digunakan ialah "No Free Lunch". Artinya ialah, tiada makanan percuma dan maknanya, setiap imbalan yang kita dapat, mestilah melalui usaha.

Terdapat banyak gerai, yang tak sempat saya lawati kerana kesibukan melayan tetamu di gerai SPADA. Ada permainan, soal jawab, kue tiu dan gorengan.
Wau, En.Halim turut menjadi Chef Kehormat. Berapi kuali tuuu...
Tengok En. Sham, Wan Azlina dan En.Farid sibuk nampaknya...Dapatkan CD celoteh Farid. Wau suara FArid rupanya masuk la dengan speker behringer ni. klik sambungan
 

No comments:

Post a Comment