Friday, February 13, 2009

Pecah Cermin Kereta Demi Anak

SUNGAI BESI. Saya dan sahabat singgah minum Lai Ci Kang di kedai biasa kami singgah.Lepas makan dan minum kami nak balik ke PERSADA letak 5 km dari sini.

Seorang perempuan berbangsa Cina sedang mengetuk-ngetuk pintu keretanya dengan sebelah selipar kayu yang baru dibeli . Dengan wajah yang cemas dia berpusing-pusing keliling kereta itu.Pintu kereta dibelakang driver sudahpun bercalar-calar kesan kayu yang diketuk.

Kancil kawan saya parkir sebelah keretanya. Ada apa? Anak saya di dalam. Anaknya tertidur rupanya, ekon pasang tak? Tanya saya, ya..hidup jawabnya. Relax, relax, sabar, tak apa selamat, saya dan Anuar menggoyang-goyang Avanza tersebut. Goyang lagi sampai orang yang lalu-lalang nampak sesuatu yang pelik sehingga mereka berhenti.

Tak bangun-bangun juga. Orang tambah ramai datang dan lihat. Masing-masing bertanya ada apa. Apabila puas mengejut anaknya supaya bangun, diketuk dengan tangan pada cermin, di ketuk dengan selipar pada pintu, akhirnya dia minta tolong orang ramai ecahkan cermin keretanya.

Ada seorang memakai seluar bomba disebelah driver, dia hentakkan topi keledar 3 kali, pannnggg!! Panng !! Pangggg!!!!!! Cermin sisi depan pecah. Anaknya bangun terkejut, ianggota BOmba yang kebetulan lalu tadi membuka pintu belakang, anak itu bangun dan kebingungan, ibunya hampir menangis, dalam keadaan cermin pecah bertaburan, Anuar pegang anaknya, saya tolong bersihkan kaca yang berderai.

Thank You, Thank You, katanya dengan bermacam perasaan, tak apa, yang penting anak saya selamat, katanya yang tadi ingatkan anaknya pengsan.
Kereta itu pergi kemudiannya dengan meninggalkan sisa kaca cermin bertaburan...Apa anda fikirkan dan dapat tentang peristiwa ini ?
 

2 comments:

  1. jgn cuai dgn meninggalkan anak dlm kete sorang2...kene ingat slalu ni...bahaya tul kan!

    ReplyDelete