Sunday, February 15, 2009

RM1200 sehari untuk DADAH

KUALA LUMPUR – Asalnya dia berbelanja RM50 untuk membeli dadah tetapi apabila dorongan ketagihan itu memuncak, seorang bekas penagih boleh menghabiskan sehingga RM1,200 sehari.

Bagi bekas penagih yang hanya mahu dikenali sebagai Nazman, (bukan nama sebenar), duit sudah menjadi hal kedua penting kerana pada masa itu dunianya adalah dadah seperti syabu dan ketamin.

“Kalau saya tak dapat ‘ubat’ (dadah)..apa benda pun saya tak boleh buat. Sampai tahap nak tengok televisyen atau baca suratkhabar pun kena hisap dulu,’’ jelasnya di sini semalam.

Nazman, 34, mengaku selepas sedekad menagih, dia kini sudah benar-benar berasa bebas.

Menurutnya, pada awal penglibatannya, kos membeli dadah sedikit tetapi ia meningkat selepas dia memerlukan dos yang lebih banyak dan kerap.

“Sewaktu berusia 23 tahun, saya bergaul dengan golongan yang lebih berusia dan mereka semua hisap. Ketika itu, kehadiran saya di kalangan mereka seolah-olah tidak 'diiktiraf'.

“Jadi saya mula cuba menghisap dan lepas tu barulah mereka anggap saya sebagai kawan dan masuk kumpulan,’’ katanya.

 

No comments:

Post a Comment