Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Wednesday, February 4, 2009
Mungkin saya tak dapat menyiapkan tulisan ini pada malam ini, tapi saya berusaha untuk bercerita sambil membantu rakan setugas, kaunselor yang kebanyakkan berada di sekolah menengah.

Saya dihubungi oleh seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah daerah Kajang, bertanya dan merujuk pasal murid @ klien yang terjebak dengan dadah. Jenis Ganja. Bagaimana nak berikan sesi kaunseling. Saya percaya selain dari kaunselor ini, ramai lagi dalam Malaysia ini kaunselor atau guru disiplin menghadapi masalah yang sama.

Sebelum tu, perlu saya jelaskan, sesi kaunseling dengan penagih dadah dan bukan penagih adalah berbeza. Berbeza sedikit dari segi hala tuju sesi tersebut.

Kalau orang normal, kaunselor hanya membantu klien untuk buat keputusan. Namun dalam sesi dengan penagih, sama ada klien anda menagih ganja atau dah sampai tahap heroin, kaunselor sebenarnya berusaha membantu klien menuju kepada satu keputusan, iaitu bebas dari dadah, dengan melalui beberapa step yang tertentu.

Step pertama, klien mesti mengakui, bahawa dirinya memang bercelaru, haru-biru dan tak tentu arah semenjak ia menjadi penagih, dan dirinya tak mampu untuk membuat perubahan kecuali dengan bantuan orang lain. Orang lain ialah Sertefican Others atau ringkasnya SO, SO ialah orang yang rapat dalma hidup klien seperti ibu, bapa, adik, abang, kaunselor dan sesiapa sahaja.

Dadah Bukan Masalah Bagi Saya
Masalahnya, klien tidak mengaku yang dadah, atau ganja yang dia ambil itu merusakkan dirinya. Ia membuat penafian (denied) , bahawa yang di ambil tu bukan banyak pun, sikit je, dan alah....bila-bila masa saya boleh berhenti. Inilah yang dikatakan denied, atau penafian, penagih dadah akan melalui alam ini untuk melindungi dirinya.

Di sini kaunselor perlu tahu sikit ILMU pasal farmakologi. Menurut ilmu ini, dadah yang di ambil tak seperti makan nasi, dari dulu kita makan 2 atau 3 pinggan sehari dan hinggalah ke hari ini. Namun dadah tidak begitu.

Toleran

Dadah kalau dah biasa masuk dalam tubuh, sama ada melalui telan atau suntikan, tubuh itu akan meng-isyaratkan bahawa dadah (ganja) itu tidak lagi memberi apa-apa kesan lagi padanya. Dan sang penagih mesti menambah dos yang sedia ada untuk merasakan kesan yang sama. Hal ini disebut toleran. Dengan itu ia terpaksa mencari tambahan, bila bertambah dos, maknanya bertambah modal atau RM, begitulah hingga bila-bila.Dadah sentiasa tak cukup, tak cukup dan tak cukup.

Dependen
Bila dah lama mengambil dadah, tubuh tersebut akan biasa dengan dadah, dan bila dadah habis dalam tubuh, penagih akan merasakan sakit, sakit seluruh tubuh, urat saraf, rasa ada benda yang berjalan dibawah kulit, tidur tak boleh, bangun pun tak betul, semua kerja salah, dalma otak dia hanya dadah, dadah dan dadah. Keadaan ini namanya dependen.Penagih sudahpun mula jadi ketagih. Keadaan ini namanya dependen. Dependen terbahagi dua jenis, satu dependen fizikal dan kedua dependen psikologi.

Withdrawal Sympton
Apabila penagih berada dalam keadaan tadi, tubuh badannya menggeletar dan kesejukan, kulitnya basah, loya, nak muntah, mata berair, jantung berdegup kencang, situasi ini dinamakan Withdrawal Sympton, dinama situasi ia tak boleh hidup tanpa dadah, ia terpaksa mengambil dadah kerana untuk menghilang kesakitan dan bukan lagi untuk tujuan seronok. Malang bukan?

Penagih kemudian akan lari dari rumah, duduk bersama dengan penagih di bawah jambatan, dekat tong sampah, dia kadang-kala tidak sedar apa yang berlaku disekeliling, merasa hidup di alam mimpi. Kalau terlintas nak ambil barang orang, terus ia pergi ambil tanpa rasa takut dan khuatir di pukul. Tau-tau tubuhnya berdarah,tau-tau ia berada di dalam lokap. Nah situasi ini lebih bahaya kerana kemungkinan besar ia akan mati mengejut, disebabkan menunggang motosikal tanpa sedar.

Insaf tapi tak berdaya
Sebenarnya penagih kalau dah lama berada dalam dunia penagihan, hatinya pun mula insaf, dan ingin kembali ke pangkuan masyarakat sebenarnya. Ia pun merasa hairan, kenapa aku tinggal dan tidur dibawah jambatan, makan dan minum tak tahu di mana, kawan dan keluarga entah dimana. Secara jujur ia ingin kembali ke dunia normal, tapi dosa lama, mencuri, melawan cakap guru, mak ayah dan tidak peduli nasihat orang menghantui dirinya, ia malu untuk kembali. Akhirnya ia terus-terusan berada didalam dunia kegelapan itu.

baca turning point
bersambung

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers