Wednesday, March 11, 2009

ANGKARA DADAH DURJANA

Dari kajian yang saya pelajari, para penagih dadah akan mengalami perubahan pada dirinya setelah menjadi (dependen) ketergantungan pada ubat-ubatan dan dadah. PERUBAHAN akan berlaku pada sikap dan tingkah laku, kemudian akan membentuk budaya tersendiri dalam dunia penagihan. Dari itu wujudlah Bahasa Dadah, Bangsa Dadah dan Agama Dadah.

Dengan itu penagih akan mengenali sesama mereka walau baru ketemu. Saya teringat sebuah kata-kata, lupa, sama ada hadis Nabi atau kalam ulama, Tidak Mengenali Wali (ALLAH) kecuali wali (jua).

Penagih sesama penagih mempunyai ikatan aura dalaman sendiri. Dari jelingan mata, pergerakan (motor) yang sedikit lembut dan perlahan, mereka kenal, ya itu kaum ku. Kajian pakar membuktikan, mereka yang terlibat selama 5 tahun dengan heroin akan membentuk sub-culture mereka sendiri. Justeru, bukan mudah membetulkan kembali penagih yang rusak, pemikirannya, sikapnya, keperrcayaannya dan tingkahlakunya. 15 tahun tenggelam dalam dunia dadah, tak bisa di ubah hanya dengan setahun. Kita bukan ada lampu ajaib, atau kendi ajaib macam Aladin. Juga bukan P.Ramle yang boleh buka dan tutup pintu gua dengan kalimat Ya IN Sun Mata Kajhi Sma Rillum.
 

2 comments:

  1. TUAN REKA SENDIRI KE TEMPLET. BOLE AJAR X MCM MNA NAK REKA TEMPLET

    ReplyDelete
  2. Tak lah, template ni dah siap ada kat internet, copy je....manakala banner yg atas tu, biasalah kita buat sendiri

    ReplyDelete