Monday, March 9, 2009

Berlaku Jua

Seorang kawan (guru juga) dari Daerah Hulu Langat, dengan rasa senang hati beliau mencipta blog untuk peribadi dan sekolah, alang-alang tak ada berita sangat, supaya orang tak kata tak update lah, beliau masukkan gambar staf sekolah nya yang berkahwin sebagai berita. Pada orang yang kahwin, memang suka sangat berita mengenainya disebarkan.

Tetapi didalam mesyuarat, bosnya melarang memasukkan gambar selain pelajar. Di depan guru yang lain, bukan menghargai jasa baik guru ini, tulah orang Melayu kita suka komplen. Akhirnya blog itu tak di updatekan, ya lah, mana ada tiap hari dan tiap minggu gambar tentang kejayaan murid, kadang-kadang ada jugak kegagalan. Yang tu tak kan nak masuk.

Apa lagi, downlah perasaan kawan saya ini. Ketiak ops ketiak pulak, ketika saya membina web untuk sekolah dengan wang saya sendiri, atas inisiatif sendiri, ketika saya masih sambung belajar, ketika banyak kerja yang perlu saya buat dalam masa yang sama, taip laporan sesi, journal, weekly planner dan persiapan malam dinner, saya juga rasa nak masukkan gambar cikgu yang baru dapat anak, berita gembira guru sekolah katakan, itu pun ada yang macam tak suka, so...... saya teringat kawan saya tadi.

Sebenarnya kalau ada yang baik, kita ambillah, mana yang rasa tak elok, kita jangan baca. Banyak lagi benda lain yang boleh kita baca, ikut selera masing-masing lah. Tak kan kita nak kontrol wartawan suratkhabar, itukan kerja dia masukkan gambar orang pakai tudung ke atau separuh bo***, esh, tak baik tapi kita janganlah komplen, kalau tak suka, jangan beli suratkhabar tu kan. Habis cerita, puas hati kita...

Akhirnya, marilah kita bantu orang lain dengan pujian dan dorongan. Bukannya dengan melemaskan perasaan orang. Ye kan, Tak gitu?
 

No comments:

Post a Comment