Friday, March 13, 2009

KLinik Metadone Terbaik Malaysia

12 Mac 2009. Hari ini saya ke Tampin, dalam siri lawatan ke klinik Kesihatan Tampin, klinik yang dinobatkan sebagai klinik metadone terbaik di Malaysia. 2 jam lebih Dr.Dharma memberi penerangan pada kami dalam bentuk power point.
Kami belajar tentang kaedah jarum suntikan , kond** percuma, iklan mengajak penagih mendaftar sebagai pesakit yang akan menerima metadone, kemudian peranan mereka membantu. dan juga Keberkesanan metadone tanpa kaunseling.

Masih banyak tanggapan masyarakat yang perlu dijawab dengan baik. Program Harm Reduction, iaitu mengurangkan risiko kepada penagih sebenarnya ada di dalam ISLAM. Berganjak dari risiko yang besar kepada risiko yang kecil. Penagih memang tak mudah untuk berhenti terus dari dadah, sebab dadah menjadi makanan ruji mereka, tanpa dadah, badan mereka akan rasa kesakitan yang amat sangat, mengambil dadah tahap ini, bukan tujuan untuk seronok, tetapi menghilang rasa sakit.

Apabila mereka mengambil dadah melalui suntikan, mereka terdedah kepada bahaya HIV yang akan memudaratkan isteri dan anak-2 mereka. Justeru kerajaan memberi jarum suntikan percuma supaya "hanya dia seorang je" yang terlibat dengan penyakit HIV, kalau ada. Inilah namanya Harm Reduction.

Kalau nak berhentikan terus mereka bukan mudah. 2 tahun bukan jaminan mereka boleh berhenti, sebab sudah terjatuh dalam lubang penagihan sekian puluhan tahun lamanya, akibat terjatuh, beberapa fungsi mereka terencat, fungsi pemikiran-menjadi salah cara berfikir, fungsi tingkah-laku menjadi abnormal, dan fungsi kepercayaan. Meyakini perkara yang tidak betul. Nak membetulkan mereka juga terpaksa memakan masa yang lama.

Oleh itu, mana-mana ahli keluarag yang ada antara ahli mereka terlibat dengan dadah, mereka perlu berjumpa kaunselor yang pakar dalam bidang pemulihan, supaya mereka dapat tahu bagaimana untuk membantu ahli keluarga mereka yang sudah terjebak.

Bersama mahasiswa dari UMT, bidang kaunseling
 

No comments:

Post a Comment