Monday, March 9, 2009

Reward Pathway

Seperti biasa, saya akan memberikan reward pathway pada diri saya (ganjaran), apabila siapnya satu-satu kerja. Minggu lepas Tuan Haji Yunus Fathi, (penerima anugerah Maulid Rasul pagi ini) menyebut perkataan ganja. Katanya bila sebut ganja, orang (penagih) akan triggers. Sebenarnya ganjaran. Haha. Saya sebenarnya baru siap menaip journal minggu ini, siap print, saya buka kembali internet, kalau tak siap kerja, bahaya buka internet, sebab sampai jam 11.30 malam pun kekadang, hati tak mahu tidur, walau mata dah kuyu.

Berikut Journal Saya.

Minggu ini kami diberikan kepercayaan untuk melaksanakan 4 siri seminar, saya dan W.Mohd Anuar, masing-masing menerima 2 tajuk yang diberikan oleh Puan Chan, selaku kaunselor bahagian rawatan dan pemulihan.

Setiap hari mereka berada di dewan seminar, disinilah berlangsungnya Morning Meeting setiap pagi, disini jugak dewan seminar, General Meeting dan segalanya berlangsung disini, kecuali sembahyang dan terapi agama. Dari semenjak masuk hinggalah keluar nanti.

Apabila mendapat tahu kami perlu buat seminar, saya bercadang membawa mereka ke surau, di situ ada banyak kipas, boleh niat iktikaf sekali,sambil-sambil tukar cara duduk dan pemandangan.

Hasrat saya ini berjaya, namun ada masalah pula timbul, bila mana semua nonmuslim tidak mahu mengikut seminar ini. Bahkan yang duduk dalam surau inipun ramai yang tertidur sewaktu seminar berlangsung pada minit yang 20 ke atas. Padahal kawan saya memberi respon, bahan dan ceramah saya memang tak kurang menariknya, namun apa boleh buat.

Mungkin mereka sakit telinga mendengar atau terlalu keletihan melayan kewajipan program sehari-hari. Di sini saya melihat keperluan kepada seminar ini sentiasa ada, di selang-seli dengan encounter dan peer group. Namun seminar yang lebih power datangnya dari bekas penagih dadah sendiri. Kalau orang luar yang tidak memahami budaya dan bahasa penagihan, nampaknya macam kurang masuk dalam minda mereka.

Tiba giliran rakan saya memberikan seminar, saya melihat kawan saya ini menggunakan ungkapan ahli keluarga, famili, secara berulang-ulang dengan nada yang sedikit tinggi, nampaknya mereka akan terbangun dan memberi respon tindak balas yang cepat apabila bahasa itu digunakan. Rupanya mereka telah disetkan seperti dalam teori pavlov.

Disini, saya melihat kekuatan bahasa yang perlu kita sebagai penceramah kepada bekas penagih dadah menggunakan dengan bahasa mereka sendiri.
 

No comments:

Post a Comment