Wednesday, April 1, 2009

Doaku Makbul

Sungguh Dahsyat sekarang ini, merebaknya masalah dadah, dadah bukan lagi berada di lorong kecil dan gelap seperti di Chow Kit, dadah sudah turun ke sekolah, bahkan murid perempuan pula yang menjadi tukang pengedarnya.

Manakala pelajar lelaki, tanpa di disedari sudah mula berjinak dengan ganja dan pelbagai pil-pil khayal seperti nonspan, domikon, erimin 5 dan lain-lain ketika di tingkatan 2 dan 3.(Saya kurang arif tentang kegunaan pil-pil ini, minta Dr.Din jelskan kalau terbaca).

Terlalu awal memulakan karier sebagai penagih. Di pusat serenti sekarang ramai yang muda belia. Rata-rata di paksa rela masuk ke pusat dengan pelbagai helah. Ada yang kakak kata, sekejap je, pergi tengok2 dulu.

Dan semalam, saya bertemu seorang tua yang berusia 60 tahun, solat di atas kerusi, lantaran sakit, menurut cerita dari orang perorangan, dia dimasukkan ke pusat kerana anaknya sendiri yang menghantarnya, lantaran tidak tahan dengan sikap bapa.

Kes yang kedua, ada pula yang anaknya terpaksa membantu ayah yang sedang kesakitan, gian, dengan memberikan wang bantuan persekolahannnya, mula RM50.00, kemudian RM50.00, akhirnya (jumlah) sampai RM250.00.

Bila waktu cuti, anaknya telefon, mak....kakak tak boleh balik minggu ni, kenapa nak....duit dah habis. Ayahnya tersentak bila mendengar berita ini, anaknya sanggup menghabiskan wang kerana ingin membantu ayahnya yang kesakitan kerana dadah, ini tak boleh jadi katanya, lalu menghubungi bapa saudaranya minta dimasukkan ke pusat serenti. Masukkanlah aku ke mana-mana pusat pemulihan. Meleleh air mata bapa saudara, Sebenarnya sudah lama aku berdoa untuk kau.Syukur Ya Allah
 

3 comments:

  1. terima kasih atas responnya

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ustaz
    domikum.aremine 5 dan nospan semuanya ubat dari kelompok benzodiazepin(benzo).benzo merupakan ubat yang dipakai untuk mengatasi masalah pada mereka yang mengalami gangguan cemas,berdebar2 dan tidak boleh tidur.ubat2 ini tidak boleh dipakai dalam waktu yang lama(lebih 5 hari)kerana boleh mendatangkan efek ketergantungan/ketagih.
    penagih dadah menggunakan ubat ini untuk lebih lalok @ efek high yang lebih tinggi,sebab itulah sy. methadone tidak boleh digunakan bersama ubat ini.
    ustaz selain ubat2 ini gam kasut/tayar juga boleh mendatangkan efek high/lalaok.sebabitulah pelajar2melayu seusia 9-12 tahun telah menjadi penagih...penagih gam kasut kerana mudah didapat,harganya murah dan urin tidak boleh kesan.

    ustaz bagi contoh anak bagi duitkepada bapa untuk menagih, tapi disini sangat banyak penagih2 minta duit secara paksa kepada orang tuanya...malah ada orang tua yang dapat duit dr kebajikan masyarakat tapi duitnya diambil oleh anaknya untuk membeli dadah

    disinilah pentingnya terapi gantian untuk penagih.

    ReplyDelete