Friday, April 10, 2009

Saya Satu Dalam Sejuta


"Saya mungkin satu dalam sejuta", itulah antara kata-kata Saudara Hafney, Presiden Pendamai pagi ini ini di CIAST. Saya diminta memberikan ceramah 2 jam pada pelajar baru di sini, 2 jam sangat panjang untuk uraikan persoalan dadah bagi saya yang baru dalam dunia ini.

Saya menjemput beliau untuk berkongsi, sharing....sebenarnya 1 jam tak cukup baginya, kurang2 dua jam, susah katanya kena potong situ dan sini waktu ceramah. Banyak kena cut-cut.

Habis ceramah waktu kami nak ke kantin, 2 orang pelajar lelaki menegurnya.

Pelajar : Terima kasih abang (Hafney) atas ceramah tadi, ceramah abang telah mengubah persepsi saya selama ini.
Saya : Apa persepsi anda sebelumnya ?
Pelajar : Selama ini, saya ingat dadah boleh ambil dan tinggal begitu je, rupanya susah.
Hafney : Terima Kasih
Pelajar : Tak, sepatutnya saya yang terima kasih pada abang.

Kami terus meluru ke kantin. Oh ya, bersama saya ialah Pn.Norzalifah, beliau berhajat nak bawa kliennya untuk mendengar syarahan luar biasa Hafney, sayangnya klien itu tak dapat datang. Saya memang meletakkan ceramah beliau luar biasa hebat. Pada anda, pelajar CIAST, silakan taip kata-kata semangat untuknya, Sdr.Hafney telah berikan pada anda nombor telefonnya, bantu dia untuk kekal dalam kepulihan. Bekas penagih memang memerlukan program untuk recovery dirinya. Dengan ceramah, akan memberikan kekuatan dalaman padanya.

Anda jangan lihat saya hari ini, kata Hafney, saya mungkin satu dalam sejuta, tetapi lihatlah betapa menderitanya saya hendak pulih dan kekalkan kepulihan, sekali anda cuba, tiada jalan keluar lagi, kecuali anda benar2 anak jantan.

Banyak kisah menarik beliau di buka hari ini, selama ini saya sendiri belum pernah dengar. Pn.Norzalifah sempat menyalin ceritanya dan ingin memaparkan dalam blog sedikit masa lagi.


 

2 comments:

  1. betul tu Dr.Din...

    ReplyDelete
  2. betul kata en.hafney...
    penagih perlu semangat yang kuat dan sokongan dari keluarga dan rakan2 untuk pulih dan mengekalkan kepulihan.
    DADAH sekali terjebak pasti teramat sukar untuk pulih,namun masih ada harapan untuk pulih dan menjadi lebih baik.
    ...shabas en.hafney,masih banyak orang2 yang simpati dan akan membantu kepulihan anda.

    katakan TIDAK kepada dadah

    ReplyDelete