Friday, April 3, 2009

Web SKB jem

Sejak malam tadi, berbarengan berita meninggalnya suami Pn.Lelawati, web SKB ramai dikunjungi orang. Ramai jugak yang menitip rasa simpati. Jam 3 .00 pagi saya masih di depan LCD PC, edit dan edit, kebetulan baru balik dari Operasi bersama AADK dan JPJ di sebuah Tol di Kajang. Malam tadi 14 tangkapan dibuat terhadap orang yang positif dadah dalam urin. Saya sengaja ke sana untuk membuat rakaman, apa yang di ambil dan kenapa, sebagai bahan ceramah dadah 2 jam di Ciast Shah Alam Jumaat ini. Saya mengekori dari jam 10.40 sampai ke hantar ke Pejabat AADk Daerah jam 1.30 pagi.

Pagi ini, web tersebut, tak dapat di akses, saya menghubungi upline, kemungkinan server tak berapa ok katanya. Termasuk web www.sktangjongkarang.com, namun www.kaunselor.com masih boleh jalan.

Terima kasih banyak pada semua guru dan AJK PIBG yang menghulur salam takziah pada Pn.Lela, sebentar tadi saya hubungi, beliau selamat tiba di Pasir Puteh jam 4.00 pagi tadi. jenazah sudah selamat dikebumikan di kampung halaman suaminya di Kampung Gong Capo.
 

No comments:

Post a Comment