Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

PANDUAN MENGISI DATA PSIKOMETRIK

1. BUKA WEB EPKM.MOE.GOV.MY 2. KLIK GURU KAUNSELING 3. PILIH TAHUN PERTAMA 4. TURUN KE BAWAH SEKALI, KLIK DOWNLOAD LAKUKAN UNTUK SEMUA TAHUN...

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Friday, May 1, 2009
DALAM mengejar impian untuk menggapai kejayaan 5A di sekolah rendah, atau kejayaan dalam kehidupan sebagai insan yang soleh. kedua-duanya tidak terlepas dari elemen kebersihan.

Dalam agama Islam ada menyebut, "Kebersihan adalah sebahagian dari (tanda-tanda seseorang itu ) beriman" kepada Allah dan hari akhirat. Orang yang menjaga kebersihan diri, mencerminkan jiwanya bersih dan sukakan kebersihan. Sebaliknya orang yang pengotor, busuk dan tidak terurus, juga sebagai lambang jiwanya yang serabut, tidak tenteram dan bercelaru.

Kotor1Saya melihat-lihat dalam kelas anak-anak kita, maka inilah keadaannya seperti yang tertera pada foto. Foto ini di ambil dalam sebuah kelas. Belum masuk lagi ke kelas lain. Beginilah sebenarnya suasana yang terjadi. Sakit mata jika memandangnya. Apa yang ada dalam meja mereka, kertas, plastik makanan segera, sisa pensel yang di gorek dan lain-lain.

Apa masalahnya ?

1. Bilik darjah ini di kongsi oleh murid sesi pagi dan petang.

2. Tong sampah jauh dalam kelas, duduk di belakang kelas, bukannya di kaki masing-masing. Mungkin semua murid mengharap bakul sampah ada pada setiap meja mereka.

3. Sikap. Sikap tidak baik, tidak bertanggungjawab murid.

4. Meja mempunyai laci. Mungkin salah satu cara ialah menyedia meja tanpa laci.

Solusi


Kotor3 Sebagai jalan membantu mengurangkan masalah sampah ini. Ada beberapa cadangan yang mungkin boleh membantu.

1. Setiap guru mata pelajaran pertama sesi pagi dan selepas rehat mengarahkan semua murid membersihkan meja dan tempat masing-masing dalam masa 10 saat. Kita tidak boleh belajar dalam keadaan kotor, ilmu payah nak masuk. Kalau masa pertama sudah bersih, mustahil masa kedua ia boleh kotor lagi. Akan tetapi, selepas waktu rehat, ianya menular kembali. Guru yang masuk waktu pertama selepas rehat mengulang lagi seperti tadi. Begitu juga dengan sesi petang.

kotor22. Memberi penghargaan dengan puji-pujian kepada murid yang sentiasa menjaga kebersihan. Sebaliknya memberi inzar, denda kepada murid yang tidak bertanggungjawab.

3. Murid dibekal dengan sebuah tempat khusus untuk membuang sampah. Hal ini sudah di lakukan, namun masalah ini tidak kunjung selesai.

Cadangan ini mungkin ada telah dilaksanakan, namun apakah masalah sehingga hal ini tidak dapat diselesaikan.

Daftar lah sebagai ahli komuniti Web Skb

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive