Tuesday, May 26, 2009

KEJAYAAN YANG BESAR


Di Mana Kita ? Ini lah salah satu tajuk yang jarang-jarang saya tinggalkan jika memberi ceramah di mana-mana? Murid-murid pasti akan memberikan jawapan yang serupa. Semua akan menjawab di dalam dewan. Apa yang kamu nampak dalam dewan ini?? Kawan-kawan, kerusi, lantai, kipas, air cond, guru dan sebagainya.

Ya, jasad kita kini berada di dalam dewan, saya mengajak murid keluar sejenak, jom kita keluar, ops...tapi tubuh kita tinggalkan dalam dewan ini. Sekarang bayangkan anda berada di atas bumbung dewan ini. Apa yang anda nampak? Atap, cikgu. Ya betul kita nampak atap atau bumbung dewan ini. Jom kita naik tinggi lagi, nampak apa? Rumah cikgu.... jom naik lagi....nampak apa? Padang bola, jalan raya? Jom naik lagi 2000 meter....nampak apa? Nampaknya Negeri Selangor cikgu, lagi? Negeri Sembilan cikgu. Melaka pun nampak,. Terus naik lagi....nampak apa, selat Melaka, Sumatera, Indonesia, Singapura, Thailand dan Sabah Sarawak....

Jam naik lagi....nampak apa? Planet bumi cikgu, Ya...kita dah semakin tinggi sekarang, menghampiri ISS. Lagi tinggi lagi... semakin kecil bumi ini, kecil dan kecil, ada bulan di sebelahnya, ada bintang-bintang bertaburan di atas galaksi masing-masing, dengan keindahan yang asli dan tak sama antara satu sama lain. Alangkah indahnya.... dunia ciptaan Tuhan ini..

Persoalan yang kedua, cikgu nak tanya. Untuk Apa Kita Berada di Sini? Di sini, tidak ramai yang menjawab. Namun ada seorang dua yang berani menjawab. Untuk beribadah cikgu. Ya betul, kita ada tugas yang besar di sini, bukan percuma kehidupan di sini, semuanya akan di persoalkan bila kita meninggal nanti. Hidup di sini sementara cuma, bukan lama, dan hidup ini penuh dengan kesusahan, tak habis-habis kita di datangi kesusahan, dari kecil hingga lah dewasa. Bahkan nenek pun masih hidup dalam kesusahan. Persoalannya, Untuk Apa ? Untuk apa kita terpaksa menanggung kesusahan demi kesusahan, tetapi yang tak di undang ini? Aduh malang sekali, bagi orang yang susah di dunia, kemudian susah lagi di akhirat nanti.

Jadi murid-murid, cukuplah kita melalui kesusahan di sini, biarlah di sana nanti kita bahagia. Kan begitu???

MIMPI YANG PANJANG

Soalan cikgu seterusnya. Tengok gambar bumi ini, apa yang ada di sini? Bola... Katil...orang tidur dan sedang bermimpi. Yang pertama adalah mimpi. Ya, semua manusia hakikatnya sedang bermimpi di dunia ini. Sekarang pun kita masih sedang bermimpi. Beberapa orang murid kelihatan mencubit lengan tangannya. Cikgu....tak mimpi pun.

Kamu tahu apa itu mimpi? Ya mimpi adalah suatu yang tidak ada. Tapi macam betul2 ada. Kita mimpi naik kapal terbang, kita mimpi makan buah epal, mimpi jadi orang kaya. Mimpi jumpa manusia paling hensem dan cantik. Bila kita terbangun, ada tak yang dalam mimpi tadi? Tak ada..... itulah mimpi..begitulah kehidupan ini. Ada orang ingat dia kaya, ada orang ingat dia hebat, dia berilmu, dia ramai pengikut dan ada segala-galanya. Bila dia mati, ada tak semua itu? Tak ada...ya dia akan pulang mengadap Tuhan dalam keadaan miskin, tanpa pengikut dan tanpa segala-galanya.

PERMAINAN YANG BELUM SUDAH

Yang kedua. Atas muka bumi ini juga adalah ibarat lapangan padang bola yang besar. Kita semua sedang bermain dan masih belum tamat. Dalam Quran Tuhan mengatakan, Dan tidak ada dalam kehidupan dunia ini, selain permainan... Murid-murid... ada tak satu permainan yang pernah kamu lihat, berhari-hari dan tak habis-habis? Tak ada... Ya...tidak ada satu permainan yang terus menerus. Semuanya akan dihentikan dengan tiupan wisel oleh sang pengadil, menandai tamatnya sebuah permainan.

Begitulah kehidupan di dunia ini, akan ada satu tiupan wisel oleh juru tiup wisel, namanya Israfil, bila wiselnya di tiupkan, akan tamatlah kehidupan di dunia ini. Bumi ini akan di gulung. Satu kehidupan baru akan berlaku lagi untuk kali kedua dan terakhir.

DEWAN PEPERIKSAAN YANG BESAR

Dunia ini juga merupakan sebuah dewan ujian yang besar. Markah peperiksaan yang besar ini kita akan perolehi di padang Mahsyar esok. Esok cikgu? Ya esok, hidup ini 2 hari Cuma, hari dunia dan hari akhirat.

KEJAYAAN YANG BESAR di akhirat adalah himpunan kejayaan-kejayaan yang kecil yang telah kita lakukan di dunia.

Begitu juga dalam hal akademik, kejayaan yang besar dalam peperiksaan besar adalah merupakan himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang telah dicapai setiap kali ujian kecil.
 

No comments:

Post a Comment