Sunday, June 14, 2009

3 penagih maut dipanah petir

3 penagih maut dipanah petir

06 Jun 09. JOHOR BAHARU: Tiga penagih yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah maut manakala seorang lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian di ladang kelapa sawit, Felda Pasak, dekat Kota Tinggi, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamed Sebot, berkata kejadian ketika hujan lebat pada kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan tiga penagih itu berusia antara 34 dan 58 tahun meninggal dunia.

"Petir tiba-tiba menyambar pondok terbabit menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian, seorang cedera manakala tiga lagi berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mayat serta seorang yang cedera itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan yang cedera untuk rawatan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati ketujuh-tujuh penagih berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan usaha sedang dibuat untuk menahan tiga penagih yang terselamat itu. - Bernama

 

No comments:

Post a Comment