Saturday, June 6, 2009

Sebaik-baik Manusia

Kumpulan muzik Kromok pernah menyanyikan lagu Aku Mahu Pulang (lagu ini pernah saya siarkan dalam blog ini) dan lagu ini, di dendangkan kembali setiap kali ada pembebasan ahli keluarga (AK) di pusat serenti. Suasana hiba dan sayu, kerana salah seorang dari mereka sudah boleh pulang, mandiri dan bebas. Ya, independen, semua orang mahukan.

Sebagai seorang pelajar agama, yang beragama, saya yang berada dalam majlis nyanyian acara pembebasan itu, saya turut membawa kedua belah telinga. Telinga saya turut mendengar bait-bait lagu aku, tetapi fikiran saya tertumpu kepada sebaris isinya. AKU MAHU PULANG.

Aku adalah ganti nama kepada nama diri jasad manusia. sementara di dunia, untuk mudah panggil, kita letakkan nama, ini Mamat, ini Dolah, ini Amy...macam-macam, kadang2 namanya Joe, kita ingat apa namanya, rupanya Jusoh. Bila kita mati, atau wafat, atau meninggal dunia, atau mangkat, kesemua nama tadi di ambil balik, kita hanya pinjam kok. Waktu di atas usungan mayat, orang memanggil mu dengan mayat, tiada lagi Dr.Fuad, tiada lagi Profesor Madya Ibrahim Tiban malah tiada lagi encik berencik.

MAHU Pulang adalah ke negeri asal. Akhirat yang kekal abadi. Itu lah kampung kita yang sebenarnya. BIarlah kalau di sini, kita tak punya rumah, tapi jangan di sana nanti pun, kita tiada rumah. Guru saya juga tak ada rumah di sini (dunia). Hanya menyewa, orang bertanya, tuan tak punya rumah kah? Jawab beliau, rumah saya di sana (akhirat). Lalu anak muridnya membelikan sebuah rumah, untuk tinggal sementara di dunia.

HUBUNGI dan ZIARAH ORANG SAKIT

Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling panjang umurnya dan paling baik akhlaknya. Semalam saya ke Hospital Kota Bharu, menziarahi saudara yang sakit. Di sini pun terfikir usia kita semakin sedikit. Saudara kami ini, sudah 2 bulan terlantar dihospital. Aduh..sakitnya yang sakit, dan sakitnya yang mengurusin.Saya berdoa, semoga dirinya boleh sembuh seperti sediakala dan boleh beribadah secara sempurna. Waris saya ini kena kimo. Dari pinggang sampai kaki, tiada lagi rasa.

Sabda Nabi, hubungilah silaturrahim, kerana itu akan memanjangkan usiamu. Panjang usia dalam erti kata usia penuh dengan isi, bermakna dan terisi. Sementara pendek umur adalah orang yang usianya kosong. Boleh jadi juga panjang umur adalah betul-betul pada angkanya, dari 40 kepada 70.Lalu, carilah kesempatan untuk menghubungi rakan lama, saudara lama, bahkan keturunan kita walau berada di luar negeri.

Kata guru saya, kita ini (yang berada di tanah Melayu), sebelum sampai ke tanah Melayu, mungkin datuk nenek kita dulu berasal dari tanah besar Cina.Yah..jauhnya nak pegi cari keturunan dan keluarga kita.
 

2 comments:

  1. Rasanya lagu dari kumpulan Amuk, bukan Kromok.

    ReplyDelete
  2. Oh ya ya...tersalah...maklum kurang mahir tang lagu2. terima kasih

    ReplyDelete