Friday, July 31, 2009

Sya'ban : Bulan Penghantaran Record Book

Syukur pada Ilahi, kita masih berdiri disini, masih ada usia lagi, kesempatan ini jangan dipersia, rebut peluang mencari redhaNya, bertungkus-lumus membersih kotoran hati. agar kelak dirimu pulang mengadapNya dalam keadaan Salim.

Sesungguhnya tiada manfaat lagi segala harta dan anak-anakmu di akhirat kelak, kecuali kamu membawa pulang hati yang salim, qalbun salim.

Saudara, bulan ini adalah bulan Syaban, dimana terjadi satu peristiwa besar di dalamnya, ianya berulang setiap tahun, mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat yang berlaku. Di pertengahan bulan ini, buku rekod kita selama setahun akan dipungut, dan diganti dengan yang baru. Andai kata masih ada usia kita, akhirilah pada catatan buku rekod dengan amalan yang mulia.

Serahun kita hidup, sebuah buku rekod, 42 tahun anda di persada bumi ini, 42 buah buku tersimpan, apa anda sedar? Dan entah apa yang sudah tertulis, tercatat dan termaktub dalam buku tersebut.

Di akhirat kelak, buku itu akan dibawa, dikumpul untuk di audit kembali. Kejayaan yang besar di sana adalah merupakan kumpulan kejayaan-kejayaan kecil yang kita lalui semasa hidup didunia yang tidak lama ini.

Sepertilah anak-anak, mendapat kejayaan besar dalam UPSR, ianya merupakan kejayaan2 kecil di dalam kelas setiap hari, melalui ujian, kuiz dan soal jawab. Mana mungkin orang yang selalu gagal dalam kelas, apalagi tidak bermotivasi akan menikmati erti kejayaan. Begitulah kita ini, setiap hari tuhan uji kita dengan macam-macam hal. Dari aspek kepimpinan dalam rumah tangga, bergaul dengan sahabat, berkomunikasi, menunai kewajipan sebagai ayah, suami, ibu, anak dan hamba kepadaNYa.

Maka saya mengumpamakan, dunia ini seumpama dewan peperiksaan yang maha luas, semua orang sedang menjalani ujian, baik di atas kenderaan, didalam kelas, atas kasur, di dapur dan di sumur. Markah ujian diambil setiap hari oleh Rakib dan Atid. Kerjanya tak pernah MC, rakaman audio dan video sarat, CD dan DVD tak pernah akan tersekat, kelak akan ditayang semula didepan skrin yang besar di padang mahsyar.

Penonton nya adalah ibu bapa kita, sahabat handai, jiran-jiran dan semua Nabi-nabi serta rasul-rasul, termasuk guru-guru kita, alim ulama dan wali Allah. Alangkah malunya setiap manusia yang hanya berlakon setiap masa didunia ini.

Orang yang beruntung, yang berbahgia, akan menerima buku rekod dengan tangan kanannya, maka ia kembali kepada sahabat handai dengan girangnya, menunjukkan pencapaian dirinya selama ini, ketika berdepan dengan tohmahan dan kejian manusia, ia tetap bersabar, sesibuk manapun, solat tidak pernah ditinggalkan.

Sekelompok lagi yang mendapat buku rekod dengan tangan kirinya, Aduhai..inilah manusia yang celaka didunia hingga lubang kubur, sampai ke stesen akhirat. Dia ambil buku itu kerana terpaksa, malu, tunduk dan tidak mahu ditunjukkan pada orang lain. Kisah ini telah diceritakan dalam Al-Quran, dan skrip lakonan ini akan menjadi realiti disana nanti.


Read more »

 
Thursday, July 30, 2009

PERJALANAN KE PANTAI TIMUR HARI PERTAMA

30 Julai 2009, Khamis........Perjalanan ke Pantai Timur bermula pada jam 5.45 petang dari USIM Pandan Indah. Semua pelajar SPADA 2009/2010 menyertainya kecuali Haslinda Hussin yang mengidap demam. Perjalanan ini diiringi oleh Cik Fadhila dan Ustaz Khairi. Kami tiba di Gambang pada jam 10.15 malam pada malam ini kami bermalam di Pusat Matrikulasi Gambang, Pahang.

Yati dan Zunita

Vanaja...tengah sms pada siapa tu?

Malik, Nasrudin dan Lan.....Pilih tempat di belakang


Ketika berhenti makan di Temerluh......

Tuan Presiden duduk dengan awek cunlah!!!! Jangan jalous ye.......


Read more »

 

MAJLIS PERPISAHAN DR JAMES

Gelagat Pelajar SPADA 2009/2010

Persiapan sebelum majlis

Senior SPADA....


Senior SPADA....

Prof Dr. James potong kek.....

Ucapan yang ringkas.....Prof Dr. James


Encik Abdul Halim Mohd Hussin....memperkenalkan pelajar SPADA 2008/2009
kepada Prof Dr. James


Cenderamata kenang-kenangan buat Prof Dr James dan Senior SPADA




Read more »

 

Team Ju Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan

Team JU Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan 2009
Team JU Kebangsaan dari kalangan wanita


KPP Bahagian Sekolah Menengan Harian
KPM

Read more »

 
Wednesday, July 29, 2009

Jubah untuk Ibu

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya..

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh.. Fariz hanya mengangguk senyum.


Hari semakin lewat. Jarum **** sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah.. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along.. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along **** “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Read more »

 

Doa di Panjat Redho di Harap



AlFatihah

PadaMu Ya Allah kami Munajat
Moga kami dalam selamat
Berkumpul kami dengan 1 matlamat
mencari redhoMu beramal ibadat

Membina modul perkasa diri
Moga sempurna khidmat diberi
berjuang disekolah bina generasi
Moga beroleh ganjaran ukhrawi

Dari itu Ya Ilahi
Tancap kokohkan Iman di hati
Gemburkan keyakinan di sanubari
Hiasi kami akhlak yang murni
MOhon ganjaran terbaik di sana nanti

PadaMu Ilahi kami merayu
Bimbinglah kami dengan WahyuMu
Moga hidup kami bahagia selalu
berkelana ke akhirat dengan syahdu

kiranya usia kami ini singkat
matikan kami dalam rahmat
selesakan kami di liang lahad
ceriakan kami dalam penantian akhirat

Amin

Cikgu Tn. Haji AlFazil Muhamad Adi bin Ismail

Read more »

 

MESY.BINA MODUL SEK REN DI KLANG

Tuan Haji Ahmad Sukry bin Abdul Hamid dari Perak.
Tuan Haji Mohamad Adi bin Ismail dari Perlis .



30 JULAI 2009. KLANG. Seluruh JU dari Malaysia unit Bimbingan dan Kaunseling berkumpul selama 4 hari di GoldCourse, Klang. Mesyuarat kali ini di anggap perjumpaan kali akhir dalam siri menyempurnakan modul bagi sekolah rendah.
Antara Isi Kandungan ialah :

Orientasi Dan Kepentingan Mata Pelajaran
1.2 Lampiran A/1A 2
1.3 Guru Dan Mata Pelajaran 3
1.4 Lampiran A/1B 4
1.5 Kemahiran Membaca – Main Peranan 5
1.6 Kemahiran Mendengar – Telinga Gajah 6
1.7 Lampiran A/1C 7
1.8 Kemahiran Mengingat – Telefon Rosak 8
1.9 Lampiran A/1D 9
Pekerjaan Di Sekolah
2.2 Lampiran K/1A
2.3 Pekerjaan Ahli Keluarga Saya 12
2.4 Lampiran K/1B 13
2.5 Cita-cita Saya 14
2.6 Lampiran K/1C 15
2.7 Peralatan Bertugas 16
2.8 Lampiran K/1D 17
2.9 Tiru Macam Saya 18
PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
3.1 Salam Perkenalan (Bina hubungan) 19
3.2 Kelasku Rumahku 20
3.3 Lampiran PS/1A 21
3.3 Hormati Guru 22
3.4 Lampiran PS/1B 23
3.5 Pengurusan Tekanan ( Jom Relaks ) 24
3.6 Pengurusan Diri 25
KEIBUBAPAAN
4.1 Individu (Awal Kanak-Kanak) 26
4.2 Keluarga Saya 27
4.3 Lampiran IB/1A 28
4.4 Anak Soleh 29
4.5 Lampiran IB/1B 30
4.6 Menyayangi Ibu Dan Ayah 31
4.7 Selamat Hari Lahir Ibu 32




5. PEMBANGUNAN DIRI MURID
5.1 Potensi Diri – Siapa Saya 33
5.2 Lampiran PD/1A 34
5.3 Potensi Diri 35
5.4 Lampiran PD/1B 36
5.5 Asas Komunikasi 37
5.6 Lampiran PD/1C 38
5.7 Sekolahku 39
5.8 Lampiran PD/1D 40
5.9 Potensi Diri – Impianku 41
5.10 Lampiran PD/1E 42


6. PENDIDIKAN PENCEGAHAN
6.1 First Aid Kit 43
6.2 Lampiran PP/1A 44
6.3 Kami Benci Rokok 45
6.4 Lampiran PP/1B 46
6.5 Lampiran PP/1C 47
6.6 Lampiran PP/1D 48
6.7 Mewarna Gambar ( Poster ) 49
6.8 Lampiran PP/1B 50
6.9 Pendidikan Pencegahan (HIV/AIDS) 51
6.10 Lampiran PP/1B 52
6.11 Minuman Yang Menyihatkan 53
6.12 Lampiran PP/1B 54
Sebelumnya, modul sekolah menengah sudah pun siap di publishkan. Kami yang datang ini telah pun mendapat satu set modul untuk guru bimbingan masuk kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.

Read more »

 

AL-FATIHAH buat Arwah Aziz Samad

Kaunselor SMK Teknik, Aziz Samad meninggal dunia petang ini jam 7 di KPJ Kajang.

Read more »

 
Tuesday, July 28, 2009
Monday, July 27, 2009

LAWATAN KE KAMPUS INDUK, USIM NILAI

USIM, Nilai - Isnin, 27 Julai 2009


Para pelajar SPADA 2009/2010 mengadakan lawatan ke Kampus Induk USIM di Nilai. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat dengan lebih dekat lokasi dan susun atur fakulti di kampus induk. Selain itu, para pelajar SPADA dibawa meninjau Bilik Kaunseling Keluarga, Bilik Kaunseling Kanak-kanak, Makmal Kaunseling Individu dan segala kemudahan termasuk Bilik Pemantauan. Makmal dan bilik kaunseling yang terdapat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM adalah yang terbaik di Asia.



Bilik Kaunseling Keluarga

Profesor Dr Saedah Ghani memberi taklimat tentang Makmal Kaunseling

Puan Roslina....Setiausaha Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan


Para pelajar SPADA mendengar taklimat tentang Bilik Kaunseling Keluarga


Puan Zainab....'Chief Clark' di Pejabat Fakulti Kepimpinan Pengurusan


Ucapan alu-aluan Tuan Presiden SPADA 2009/2010

Bilik Mesyuarat Utama menjadi kelas sementara kami pada hari ini


Dr Rashdan, Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan


Khusyuk mendengar ucapan


En Shafaat.....Penolong Pendaftar



Tuan Presiden 'posing'

Tiga Mahasitua.....


Dalam perjalanan ke USIM Kampus Induk


Inilah bas yang kami naiki untuk ke Kampus Induk


Masing-masing ceria dapat melawat Kampus Induk


Read more »

 
Sunday, July 26, 2009

Panduan Mencipta dan Mengurus Laman Blog

Bagi teman-teman yang baru berjinak dengan blog, kadangkala hal yang kecil adalah besar bagi anda bukan? Anda cuma perlu sedikit ilmu sahaja untuk menguasai pembikinan blog.

Ramai yang bertanya jugak, kenapa blog saya lebar, luas dan memenuhi ruang layar, sedangkan paparan blog mereka kecil. Sebenarnya hanya sedikit sahaja perubahan yang perlu anda lakukan.

Namun anda perlukan 2 perkara.

1. Bersungguh ingin melakukan sesuatu perkara, bukan main-main.

2. Tambah sedikit ilmu dengan bertanyakan orang-orang yang sudah pun tahu. Saya sendiri masih belajar menambah ilmu.

Untuk kawan-kawan yang ingin belajar membina blog, saya telah siapkan nota dalam bentuk power point sebagai panduan untuk anda.

Dari awal, bagaimana membina blog, memasukkan artikel, gambar, menambah sudut tepi, mengubah 2 kolom menjadi 3 kolom dan sebagainya.

Read more »

 

Masa Untuk Berjuang


Setelah melalui masa selama 9 bulan di (Speciality Programme for Alcohol and Drug Abuse) SPADA dan Pusat Serenti, (Puspen) Sungai Besi, dengan pengalaman dan sedikit ilmu yang ada, saya ingin menyampaikan ilmu ini kepada semua masyarakat sekitar tempat tinggal saya. Saya juga menghubungi pengurusan masjis Selayang Pandang, mohon berikan satu slot untuk saya. Bukan duit yang utama, tetapi kesedaran masyarakat. Masjid Selayang Pandang banyak besar jasanya pada saya sebelum saya ke Aceh, terutama Nazir masjid.

Hari ini saya mengisi borang tauliah ceramah dan mengajar untuk sekitar Negeri Selangor. Nampaknya usaha saya memberikan ceramah disambut bercampur-campur. Ada sesetengah tempat menerima dan teruja serta ingin memanggil ke tempat lain dalam rangka yang sama. Ada yang hanya tinggal janji dan harapan. Kenapa mereka tidak memanggil saya lagi walau sudah saya katakan bahawa ceramah ini adalah percuma. Ada beberapa kemungkinan yang dapat saya rasakan.

1. Kemungkinan besar faktor masjid dan surau sudah pun dipenuhi jadual ceramah dan kuliah setiap malam, kecuali hanya satu malam yang kosong, itupun sebab pihak nazir dan pentadbiran ingin berehat.

2. Masalah dadah bukanlah masalah yang sangat besar dan merbahaya. Buat apa di sibuk-sibukkan sangat.

3. Pihak pengurusan masjid tidak mendapat sokongan dari AJK surau dan masjid lainnya.

4. Ceramah dadah tidak menarik perhatian dan penceramahnya juga tidak menarik.

Read more »

 
Friday, July 24, 2009

Menghitung Hari

5 Sekawan dari tahun enam ini termenung di depan bilik KH. Entah apa yang direnungkan, yang pasti, mereka bari tamat peperiksaan percubaan UPSR dan akan berdepan ujian yang sebenar hanya beberapa hari saja lagi.

Read more »

 
Thursday, July 23, 2009

KELAS PROFESOR DR JAMES

Saudara Mohd Hafiz b Yusoff menjadi klien sukarela dalam sesi
diagnosis oleh Profesor Dr James

Profesor Dr James merupakan seorang pensyarah yang berasal dari Amarika Syarikat. Pengajaran beliau memang sangat menarik kerana kami sering terhibur dengan gelagat beliau dan gelagat para pelajar ketika proses pengajaran dan pemelajaran sedang berjalan. Walaupun agak sukar memahami 'telo' profesor mat saleh ini namun itu semua tidak menghalang kami untuk terus belajar dan memahami apa yang diajar.

Pada minggu hadapan khidmat Profesor Dr James di USIM berakhir. Satu majlis perpisahan akan dianjurkan oleh pihak USIM dan para pelajar SPADA turut dijemput untuk hadir sama dalam majlis tersebut.

Read more »

 

Seramnya....

Sebuah kisah yang sungguh menyeramkan...

Read more »

 

Klinik Q bantu berhenti merokok

Klinik Q bantu berhenti merokok
Oleh Qamarul Munirah Said

Rokok. Sesingkat namanya begitulah juga nyawa individu yang menjadikannya sebagai 'rakan karib'. Ibarat isi dan kuku, begitulah juga mereka ini. Begitu sukar untuk dipisahkan, sehinggakan hanya musibah yang dapat memisahkan mereka.

Sejak berdekad yang lalu, gejala-gejala kesihatan akibat merokok sudah diketahui umum, namun masih ramai yang masih meneruskan tabiat tersebut. Gejala ini bukan hanya melibatkan golongan lelaki malah wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, pada tahun 2000 terdapat hampir 1.2 bilion perokok dewasa di seluruh dunia yang secara puratanya menghisap 13 batang rokok sehari.

Di Malaysia sahaja, pada tahun 2004 dianggarkan terdapat lima juta perokok yang mana 90 peratus terdiri daripada golongan lelaki dewasa dengan purata bilangan rokok yang dihisap, 14 batang sehari.

Sementara itu, antara 90,000 hingga 100,000 remaja mula merokok setiap hari di seluruh dunia, manakala di Malaysia sekitar 50 hingga 60 orang.

Menurut WHO lagi, bilangan perokok dewasa yang `berhenti' merokok untuk selama-lamanya setiap hari di seluruh dunia ialah seramai 13,400 orang. Itu pun kerana menemui ajal disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kanser, strok, saluran pernafasan tersumbat dan pelbagai lagi, kesan merokok sejak puluhan tahun lamanya.

Oleh demikian, satu inisiatif telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah ini dengan menubuhkan klinik berhenti merokok, khas bagi perokok-perokok yang berhasrat untuk menghentikan tabiat tersebut selain daripada pelbagai kempen yang telah dijalankan.

Poliklinik Komuniti Tanglin, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur telah menubuhkan satu klinik khas bagi perokok yang berhajat untuk berhenti merokok.

Klinik Berhenti Merokok ini telah bermula pada 10 Mei 2004 dengan dikenali sebagai Klinik Q. Ia dibuka pada setiap Rabu dan Jumaat.

Berjaya

Pada tahun 2007, sebanyak 48.1 peratus kliennya berjaya berhenti merokok, berbanding pada tahun 2006 iaitu seramai 35.8 peratus.

Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi membantu memulihkan tabiat merokok di kalangan perokok yang datang. Pasukan yang dikenali sebagai Pasukan Klinik Q ini dianggotai oleh seorang pegawai perubatan, dua orang pembantu perubatan, dua orang jururawat terlatih dan dua orang jururawat masyarakat.

Rawatan yang diberikan adalah percuma daripada sesi kaunseling sehinggalah kepada ubat-ubatan.

Menurut jururawat dan kaunselor Klinik Berhenti Merokok, Swinder Jit, setiap perokok yang datang ke klinik ini wajib menyerahkan rokok dan pemetik api jika ingin berhenti merokok.

"Kebiasaannya, klien yang datang adalah atas keinginan mereka sendiri dan ada juga yang dirujuk oleh doktor yang merawat mereka," katanya.

Menurutnya, setiap pesakit akan menjalani ujian fagerstrom bagi mengetahui tahap ketagihan nikotin.

Kemudian, beberapa pemeriksaan kesihatan akan dijalankan ke atas perokok ini seperti tekanan darah, kadar nadi, berat badan dan tinggi dan COPPM.

COPPM ialah pemeriksaan bagi mengesan tahap karbon monoksida yang terkandung di dalam badan pesakit. Untuk pemeriksaan ini, mereka hanya perlu menghembuskan nafas melalui alat yang telah diberikan bagi mengesan tahap karbon monoksida dalam badan mereka.

Setiap pesakit yang datang akan diwajibkan menghadiri satu sesi kaunseling pada setiap temujanji.

"Pada sesi ini, kita akan menyoal setiap pesakit sebab kenapa mereka mahu berhenti daripada merokok selain memberi khidmat kaunseling kepada mereka.

"Kita juga akan melihat personaliti setiap pesakit bagi memudahkan kita memilih ubat yang sesuai untuk di bekalkan kepada mereka," ujar Swinder Jit yang juga merupakan kaunselor bagi klinik tersebut.

Jika pesakit yang datang mempunyai penyakit yang berat seperti jantung dan sebagainya, ia akan dirujuk kepada doktor. Hanya pesakit yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan teruk akan dikendalikan oleh Swinder Jit untuk diberikan kaunseling dan rawatan.

"Selepas sesi kaunseling secara berkelompok, kita akan memanggil seorang demi seorang untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang masalah mereka," katanya.

Mereka yang datang ke klinik ini juga turut perlu berikrar bagi membuktikan bahawa mereka ini benar-benar bersedia untuk berhenti merokok.

Menurut Swinder, terdapat tiga jenis ubat yang akan diberikan dan setiap orang berbeza ubatnya mengikut tahap ketagihan rokok yang dialami.

Rawatan atau ubat yang diberikan adalah Nicotine Replacement Therapy (NRT), yang terdiri daripada Nicotine Gum (2 mg dan 4 mg), Nicotine Transdermal Patch dan Nicotine Inhaler.

"Nicotine Gum ini seperti gula-gula getah dan akan diberikan kepada golongan muda yang mempunyai tahap ketagihan yang tidak terlalu teruk.

"Bagi orang tua, kita akan bekalkan mereka dengan Nicotine Inhaler yang berbentuk seperti rokok," jelasnya.

Sementara itu, Nicotine Transdermal Patch digunakan dengan menampal di bahagian belakang bahu. Bagi pesakit yang mempunyai tahap ketagihan yang teruk, mereka akan dibekalkan dengan dua jenis ubat seperti Nicotine Inhaler dan Nicotine Transdermal Patch atau Nicotine Transdermal Patch dengan Nicotine Gum.

"Sijil juga akan diberikan kepada pesakit yang benar-benar telah dapat meninggalkan tabiat merokok ini. Satu majlis akan diadakan bagi meraikan kejayaan mereka ini," katanya.

Read more »

 
Wednesday, July 22, 2009

Kertas Cadangan Lawatan Ilmiah

1.0 Pendahuluan

Salah satu kursus yang ditawarkan dalam Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ialah Agama dan Pemulihan. Antara objektif kursus ini ialah mendedahkan cara-cara pencegahan, pemulihan, pengukuhan rohani serta pembentukan akhlak dari pandangan agama yang akan diaplikasikan di institusi pemulihan. Proses pembelajaran boleh dijalankan menggunakan kaedah syarahan, perbincangan, kajian lapangan melalui aktiviti lawatan ke institusi pemulihan dan berbagai kaedah yang lain.

2.0 Tujuan

Aktiviti lawatan ilmiah ke institusi pemulihan ini bertujuan:

2.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia Sesi 2009/2010 tentang pengurusan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah yang dijalankan di institusi-institusi pemulihan tertentu.

2.2 Mengenalpasti elemen-elemen keaagamaan atau kerohanian yang diterapkan oleh institusi pemulihan tertentu sebagai kaedah alternatif.


3.0 Objektif

Melalui aktiviti lawatan ini, adalah diharapkan para pelajar akan:

3.1 Mengenalpasti kaedah pengurusan, pencegahan dan rawatan yang dijalankan di institusi pemulihan.
3.2 Menguasai kemahiran mengurus, mendidik dan merawat penagih.
3.3 Menjalankan satu kajian kes mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di institusi pemulihan.
3.4 Mampu menilai dan memberi pandangan terhadap penerapan nilai-nilai agama supaya berlaku penambahbaikan kaedah rawatan pada masa akan datang.

4.0 Pelaksanaan

4.1 Penganjur

Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia Sesi 2009/2010.

4.2 Tarikh

31 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009.

4.3 Tempat Lawatan

4.3.1 Pusat Serenti (Wanita) Bachok, Kelantan
4.3.2 Pusat Urin, Unit Anti Dadah Sempadan, Pengkalan Kubor, Kelantan
4.3.3 Buddhist Care Centre, Gambang, Pahang
4.3.4 Pusat Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (Darul Hanan), Tumpat, Kelantan

4.4 Jadual lawatan

Rujuk lampiran 1



4.5 Peserta Lawatan

4.5.1 23 orang pelajar Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.

4.5.2 4 orang pegawai pengiring yang terdiri daripada Pegawai Program SPADA.

4.5.3 (Rujuk Lampiran 2).


5.0 Implikasi Kewangan

5.1 Pengangkutan (Bas USIM)

5.2 Penginapan RM 1,200.00

RM100.00 X 6 bilik X 2 malam

5.3 Makan Minum RM 1,701.00

5.3.1 Sarapan pagi RM 5 X 27 X 3 =RM 405
5.3.2 Makan tengahari RM 8 X 27 X 3 =RM 648
5.3.3 Makan malam RM 8 X 27 X 3 =RM 648

5.4 Cenderamata & Hadiah Iringan RM 400.00
5.5 Komunikasi, Publisiti dan Luar Jangka RM 200.00

5.6 Jumlah RM 3,501.00


6.0 Jawatankuasa

Rujuk Lampiran 3.

7.0 Penutup

Adalah diharapkan aktiviti lawatan ilmiah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya supaya tujuan dan objektifnya tercapai. Kerjasama semua pihak terutamanya daripada para pelajar SPADA sangat menyumbang kepada kejayaan aktiviti ini. Kelulusan peruntukan kewangan daripada Program SPADA, USIM sebanyak RM 3,501.00 juga diperlukan bagi menjayakan aktiviti lawatan ilmiah ini.


Disediakan oleh,



MOHD BASIRAN BIN MD JAMIL
Pengerusi
Aktiviti Lawatan Ilmiah ke Pantai Timur


Tarikh: …………………………………..


Disahkan oleh,



ABD. HALIM BIN MOHD HUSSIN
Ketua Program SPADA
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM


Tarikh: ……………………………………


Diluluskan oleh,



PROF. DATIN SRI DR HJH MIZAN ADILIAH AHMAD IBRAHIM
Dekan
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM


Tarikh: ……………………………………

Read more »

 

Catatan 22 Julai 2009

Pada hari-hari sebelum ini apabila memasuki bilik ini hanya Puan Ida yang duduk di sini. Tetapi di sepanjang hari ini tidak kelihatan Puan Ida, sebaliknya ada insan lain. Siasat punya siasat rupa-rupanya Puan Ida berkursus dan tempat beliau digantikan sementara oleh Cik Fadhila......
Ini pula pensyarah Farmakologi, Dr Norliza binti Muhammad
Dr Nur Azlina binti Mohd Fahami, juga pensyarah Farmakologi


Kemesraan antara pelajar dan staff SPADA menjadikan SPADA unik.
Cik Fadhila dan Tuan Loh.......




Read more »

 

Boss SPADA

Seraut wajah yang sentiasa menampakkan kesungguhan dalam apa juga urusan. Segala usaha membuahkan hasil, buktinya SPADA dan adanya kami di SPADA, USIM Kampus Pandan Indah. Keyakinan diri begitu menyerlah dapat dilihat dari intonasi suara. Ketinggian ilmunya terpamer dari tutur bicara. Begitulah Encik Abd Halim Mohd Hussin, Ketua Program SPADA.

Pada satu sudut dalam pejabat beliau, terdapat sebuah gitar dan gambus ....
Lambang jiwa seni


Read more »

 

UKUR BAJU KORPORAT SPADA





Tempahan ini perlu diselesaikan sebelum 30 Julai 2009. Apa tidaknya!!!! Nak pakai untuk Lawatan Ilmiah nanti.....Ukur jangan tak ukur.......

Read more »