Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Thursday, July 16, 2009
CEKIK KAWAN. Hmmmm, nasib baik ada guru yang ternampak. Kalau tidak boleh meninggal seorang murid SK Bangi. Gara-gara terjadi ejek mengejek, kerana timbul perasaan amarah, lalu dicekiknya kawan satu lagi.

Tidak dapat dipastikan dari mana tindakan ini ditiru, namun tahun ini sahaja, 2 kes sebegini dapat dikesan.


SUNTIKAN PCG. Ada yang gembira, dan ada yang ketakutan, begitulah reaksi beberapa orang murid dilihat sewaktu berdepan dengan situasi yang mencemaskan. Mereka ialah dari tahun 6, hari ini terpaksa menerima suntikan sebelah bahu kiri.

Baru semalam murid tahun satu kena suntik kiri dan kanan. Kelihatan murid-murid lelaki tahun satu yang menangis.

Sebenarnya yang kelihatan gembira pun sedang menyembunyi ketakutan. Sakit tak? Tanya yang belum siap. Tak lah, sikit je, macam semut gigit. Begitu beredar seorang murid perempuan, keluar lagi yang lain, sakit tak? Sakiittttt...jawabnya, aduh cikgu, macam mana ni, seorang jawab sakit, seorang jawab tak sakit.

Dalam pada itu, SKB juga menerima ramai guru praktikum kali ini dari beberapa buah maktab. Ini adalah sebahagian guru perempuan yang sempat disnap. Guru lelaki pun ada. Diharap mereka pun dapat mendaftarkan diri untuk sama-sama memeriahkan laman web SK Bangi ini.


bMAIN BASIKAL. Waktu rehat, ada pelajar terlepas bermain sampai ke lokasi parkir basikal murid. Apa yang terjadi ini adalah sangat mendukacitakan. Tuan punya basikal datang bertanya, cikgu, kenapa basikal saya ada kat sini? Termenung panjang dia melihat tempat duduknya sudahpun patah dan tercabut.

Rupanya murid dari kelas lain yang bermain basikal ini. Tindakan terpaksa di ambil untuk memberi keadilan kepada mangsa.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers