Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Bahan Tambahan Aksesori Youtube Anda

Levidio Youtuber Berisi 1300+ template untuk kebutuhan Youtube, Sosial Media, dan Promosi Anda : Module #1 20 Dynamic Video Template Module ...

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Thursday, July 23, 2009
Klinik Q bantu berhenti merokok
Oleh Qamarul Munirah Said

Rokok. Sesingkat namanya begitulah juga nyawa individu yang menjadikannya sebagai 'rakan karib'. Ibarat isi dan kuku, begitulah juga mereka ini. Begitu sukar untuk dipisahkan, sehinggakan hanya musibah yang dapat memisahkan mereka.

Sejak berdekad yang lalu, gejala-gejala kesihatan akibat merokok sudah diketahui umum, namun masih ramai yang masih meneruskan tabiat tersebut. Gejala ini bukan hanya melibatkan golongan lelaki malah wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, pada tahun 2000 terdapat hampir 1.2 bilion perokok dewasa di seluruh dunia yang secara puratanya menghisap 13 batang rokok sehari.

Di Malaysia sahaja, pada tahun 2004 dianggarkan terdapat lima juta perokok yang mana 90 peratus terdiri daripada golongan lelaki dewasa dengan purata bilangan rokok yang dihisap, 14 batang sehari.

Sementara itu, antara 90,000 hingga 100,000 remaja mula merokok setiap hari di seluruh dunia, manakala di Malaysia sekitar 50 hingga 60 orang.

Menurut WHO lagi, bilangan perokok dewasa yang `berhenti' merokok untuk selama-lamanya setiap hari di seluruh dunia ialah seramai 13,400 orang. Itu pun kerana menemui ajal disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kanser, strok, saluran pernafasan tersumbat dan pelbagai lagi, kesan merokok sejak puluhan tahun lamanya.

Oleh demikian, satu inisiatif telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah ini dengan menubuhkan klinik berhenti merokok, khas bagi perokok-perokok yang berhasrat untuk menghentikan tabiat tersebut selain daripada pelbagai kempen yang telah dijalankan.

Poliklinik Komuniti Tanglin, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur telah menubuhkan satu klinik khas bagi perokok yang berhajat untuk berhenti merokok.

Klinik Berhenti Merokok ini telah bermula pada 10 Mei 2004 dengan dikenali sebagai Klinik Q. Ia dibuka pada setiap Rabu dan Jumaat.

Berjaya

Pada tahun 2007, sebanyak 48.1 peratus kliennya berjaya berhenti merokok, berbanding pada tahun 2006 iaitu seramai 35.8 peratus.

Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi membantu memulihkan tabiat merokok di kalangan perokok yang datang. Pasukan yang dikenali sebagai Pasukan Klinik Q ini dianggotai oleh seorang pegawai perubatan, dua orang pembantu perubatan, dua orang jururawat terlatih dan dua orang jururawat masyarakat.

Rawatan yang diberikan adalah percuma daripada sesi kaunseling sehinggalah kepada ubat-ubatan.

Menurut jururawat dan kaunselor Klinik Berhenti Merokok, Swinder Jit, setiap perokok yang datang ke klinik ini wajib menyerahkan rokok dan pemetik api jika ingin berhenti merokok.

"Kebiasaannya, klien yang datang adalah atas keinginan mereka sendiri dan ada juga yang dirujuk oleh doktor yang merawat mereka," katanya.

Menurutnya, setiap pesakit akan menjalani ujian fagerstrom bagi mengetahui tahap ketagihan nikotin.

Kemudian, beberapa pemeriksaan kesihatan akan dijalankan ke atas perokok ini seperti tekanan darah, kadar nadi, berat badan dan tinggi dan COPPM.

COPPM ialah pemeriksaan bagi mengesan tahap karbon monoksida yang terkandung di dalam badan pesakit. Untuk pemeriksaan ini, mereka hanya perlu menghembuskan nafas melalui alat yang telah diberikan bagi mengesan tahap karbon monoksida dalam badan mereka.

Setiap pesakit yang datang akan diwajibkan menghadiri satu sesi kaunseling pada setiap temujanji.

"Pada sesi ini, kita akan menyoal setiap pesakit sebab kenapa mereka mahu berhenti daripada merokok selain memberi khidmat kaunseling kepada mereka.

"Kita juga akan melihat personaliti setiap pesakit bagi memudahkan kita memilih ubat yang sesuai untuk di bekalkan kepada mereka," ujar Swinder Jit yang juga merupakan kaunselor bagi klinik tersebut.

Jika pesakit yang datang mempunyai penyakit yang berat seperti jantung dan sebagainya, ia akan dirujuk kepada doktor. Hanya pesakit yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan teruk akan dikendalikan oleh Swinder Jit untuk diberikan kaunseling dan rawatan.

"Selepas sesi kaunseling secara berkelompok, kita akan memanggil seorang demi seorang untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang masalah mereka," katanya.

Mereka yang datang ke klinik ini juga turut perlu berikrar bagi membuktikan bahawa mereka ini benar-benar bersedia untuk berhenti merokok.

Menurut Swinder, terdapat tiga jenis ubat yang akan diberikan dan setiap orang berbeza ubatnya mengikut tahap ketagihan rokok yang dialami.

Rawatan atau ubat yang diberikan adalah Nicotine Replacement Therapy (NRT), yang terdiri daripada Nicotine Gum (2 mg dan 4 mg), Nicotine Transdermal Patch dan Nicotine Inhaler.

"Nicotine Gum ini seperti gula-gula getah dan akan diberikan kepada golongan muda yang mempunyai tahap ketagihan yang tidak terlalu teruk.

"Bagi orang tua, kita akan bekalkan mereka dengan Nicotine Inhaler yang berbentuk seperti rokok," jelasnya.

Sementara itu, Nicotine Transdermal Patch digunakan dengan menampal di bahagian belakang bahu. Bagi pesakit yang mempunyai tahap ketagihan yang teruk, mereka akan dibekalkan dengan dua jenis ubat seperti Nicotine Inhaler dan Nicotine Transdermal Patch atau Nicotine Transdermal Patch dengan Nicotine Gum.

"Sijil juga akan diberikan kepada pesakit yang benar-benar telah dapat meninggalkan tabiat merokok ini. Satu majlis akan diadakan bagi meraikan kejayaan mereka ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada