Sunday, July 26, 2009

Masa Untuk Berjuang


Setelah melalui masa selama 9 bulan di (Speciality Programme for Alcohol and Drug Abuse) SPADA dan Pusat Serenti, (Puspen) Sungai Besi, dengan pengalaman dan sedikit ilmu yang ada, saya ingin menyampaikan ilmu ini kepada semua masyarakat sekitar tempat tinggal saya. Saya juga menghubungi pengurusan masjis Selayang Pandang, mohon berikan satu slot untuk saya. Bukan duit yang utama, tetapi kesedaran masyarakat. Masjid Selayang Pandang banyak besar jasanya pada saya sebelum saya ke Aceh, terutama Nazir masjid.

Hari ini saya mengisi borang tauliah ceramah dan mengajar untuk sekitar Negeri Selangor. Nampaknya usaha saya memberikan ceramah disambut bercampur-campur. Ada sesetengah tempat menerima dan teruja serta ingin memanggil ke tempat lain dalam rangka yang sama. Ada yang hanya tinggal janji dan harapan. Kenapa mereka tidak memanggil saya lagi walau sudah saya katakan bahawa ceramah ini adalah percuma. Ada beberapa kemungkinan yang dapat saya rasakan.

1. Kemungkinan besar faktor masjid dan surau sudah pun dipenuhi jadual ceramah dan kuliah setiap malam, kecuali hanya satu malam yang kosong, itupun sebab pihak nazir dan pentadbiran ingin berehat.

2. Masalah dadah bukanlah masalah yang sangat besar dan merbahaya. Buat apa di sibuk-sibukkan sangat.

3. Pihak pengurusan masjid tidak mendapat sokongan dari AJK surau dan masjid lainnya.

4. Ceramah dadah tidak menarik perhatian dan penceramahnya juga tidak menarik.
 

2 comments:

  1. Mungkin kena cari target lain seperti sekolah2, mungkin pihak surau/masjid merasakan isu dadah tidak sesuai kerana penagih/bakal penagih biasanya tidak ke surau/masjid.

    ReplyDelete
  2. Betul tu tuan, itulah juga yang pernah terlintas dalam fikiran hamba, lagi pun semacam kita berceramah seolah-olah mereka ni penagih dadah.

    ReplyDelete