Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

BUKU APPSHEET 2

  RM35.00

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Friday, July 17, 2009
KUALA LUMPUR: Seorang penagih dadah yang sedang menjalani tahanan reman di bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Sentul di sini tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia, petang, semalam.


R Gunasegaran, 31, pengsan semasa proses merekod cap jari antara jam 6.45 hingga 7 petang, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira jam 7.40 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata anggota polis yang bertugas cuba memberi bantuan kecemasan kerana ketika itu mangsa masih mempunyai tanda-tanda pergerakan.


"Setelah usaha tersebut gagal, mangsa terus di hantar HKL dan sebaik tiba pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan kita percaya mangsa mati semasa dalam perjalanan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.


Beliau berkata, hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian lelaki itu adalah disebabkan keracunan dadah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Tiada kekerasan dilakukan terhadap mangsa dan juga tahanan lain. Mereka hanya melalui proses soal siasat biasa," katanya.

Malah semasa pemeriksaan awal pegawai perubatan HKL mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa dan seorang majistret dari Mahkamah Kuala Lumpur turut mengesahkan perkara itu.

Zakaria berkata, lelaki itu yang juga penagih tegar ditahan di Sentul pukul 5.30 petang semalam bersama empat lelaki lain yang juga penagih dadah.

"Turut ditemui pada lelaki tersebut ialah lapan tiub dadah dipercayai jenis heroin," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut seksyen 334 Kanun Acara Jenayah iaitu siasatan mengenai sebab kematian seseorang dalam jagaan polis.

Katanya, polis masih mengesan keluarga mangsa dan sesiapa yang mempunyai anak atau saudara yang bernama Gunasegaran diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Wong Chan Yim di talian 019-3778307. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive