Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

LOGO

 

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Friday, July 31, 2009
Syukur pada Ilahi, kita masih berdiri disini, masih ada usia lagi, kesempatan ini jangan dipersia, rebut peluang mencari redhaNya, bertungkus-lumus membersih kotoran hati. agar kelak dirimu pulang mengadapNya dalam keadaan Salim.

Sesungguhnya tiada manfaat lagi segala harta dan anak-anakmu di akhirat kelak, kecuali kamu membawa pulang hati yang salim, qalbun salim.

Saudara, bulan ini adalah bulan Syaban, dimana terjadi satu peristiwa besar di dalamnya, ianya berulang setiap tahun, mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat yang berlaku. Di pertengahan bulan ini, buku rekod kita selama setahun akan dipungut, dan diganti dengan yang baru. Andai kata masih ada usia kita, akhirilah pada catatan buku rekod dengan amalan yang mulia.

Serahun kita hidup, sebuah buku rekod, 42 tahun anda di persada bumi ini, 42 buah buku tersimpan, apa anda sedar? Dan entah apa yang sudah tertulis, tercatat dan termaktub dalam buku tersebut.

Di akhirat kelak, buku itu akan dibawa, dikumpul untuk di audit kembali. Kejayaan yang besar di sana adalah merupakan kumpulan kejayaan-kejayaan kecil yang kita lalui semasa hidup didunia yang tidak lama ini.

Sepertilah anak-anak, mendapat kejayaan besar dalam UPSR, ianya merupakan kejayaan2 kecil di dalam kelas setiap hari, melalui ujian, kuiz dan soal jawab. Mana mungkin orang yang selalu gagal dalam kelas, apalagi tidak bermotivasi akan menikmati erti kejayaan. Begitulah kita ini, setiap hari tuhan uji kita dengan macam-macam hal. Dari aspek kepimpinan dalam rumah tangga, bergaul dengan sahabat, berkomunikasi, menunai kewajipan sebagai ayah, suami, ibu, anak dan hamba kepadaNYa.

Maka saya mengumpamakan, dunia ini seumpama dewan peperiksaan yang maha luas, semua orang sedang menjalani ujian, baik di atas kenderaan, didalam kelas, atas kasur, di dapur dan di sumur. Markah ujian diambil setiap hari oleh Rakib dan Atid. Kerjanya tak pernah MC, rakaman audio dan video sarat, CD dan DVD tak pernah akan tersekat, kelak akan ditayang semula didepan skrin yang besar di padang mahsyar.

Penonton nya adalah ibu bapa kita, sahabat handai, jiran-jiran dan semua Nabi-nabi serta rasul-rasul, termasuk guru-guru kita, alim ulama dan wali Allah. Alangkah malunya setiap manusia yang hanya berlakon setiap masa didunia ini.

Orang yang beruntung, yang berbahgia, akan menerima buku rekod dengan tangan kanannya, maka ia kembali kepada sahabat handai dengan girangnya, menunjukkan pencapaian dirinya selama ini, ketika berdepan dengan tohmahan dan kejian manusia, ia tetap bersabar, sesibuk manapun, solat tidak pernah ditinggalkan.

Sekelompok lagi yang mendapat buku rekod dengan tangan kirinya, Aduhai..inilah manusia yang celaka didunia hingga lubang kubur, sampai ke stesen akhirat. Dia ambil buku itu kerana terpaksa, malu, tunduk dan tidak mahu ditunjukkan pada orang lain. Kisah ini telah diceritakan dalam Al-Quran, dan skrip lakonan ini akan menjadi realiti disana nanti.


0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive