Monday, August 31, 2009

STESEN JANAELEKTRIK SULTAN MAHMUD, KENYIR

Pada 30 Ogos 2009 (Ahad), Mohd Basiran, Zunita dan Maznita sekali lagi bergabung tenaga untuk menjalankan Tinjauan Skala Tahap Kesedaran Terhadap Isu Dadah di Tempat Kerja. Kali ini kami menjalankan tinjauan di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir. Kehadiran kami pada hari ini hanya berkesempatan untuk meninggalkan 50 set soal selidik dan kami akan ke sini lagi pada 6 September 2009 bagi mengumpulkan respon soal selidik dan temu bual dengan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tinjauan kami.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamain adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:


  1. Empangan utama
    Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.
    Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
  2. Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
  3. Tandop – 4 petak.
  4. Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
  5. Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
  6. Rumah janakuasa
    - Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
    - 4 set janakuasa merangkumi 4
    turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.


Dipintu masuk utama....Perlukan Pas Kebenaran untuk memasuki kawasan

Kemas dan tersusun rapi

Bermaklumat

Keselamatan diutamakan




Read more »

 
Sunday, August 30, 2009

Setengah Juta Balik Kampung



Kasihan pada mereka yang tidak mempunyai tiket untuk balik ni. Tumpang-tumpang lah jiran kalau nak balik, tapi jangan buat lupa lak hulur sikit duit raya. Kalau tak, tak sampai kampung la kita.

Read more »

 

Tidak Mengenal Siapa



Posting kali ini merakamkan ucapan Takziah kepada kelurga doktor yang terlibat dengan cobaan ini. Sesungguhnya apabila datangnya ajal, tiada siapa pun yang boleh menahannya.

"Maka apabila datang ajal mereka, tidaklah boleh ditahan sedetik atau dipercepat sedetik"

Tahniah juga kepada semua doktor-2 di seluruh Malaysia yang telah dan akan berkorban seluruh masa, diri dan tenaga untuk membantu pesakit, yang mana kadang-kadang mereka tidak sempat mencicipi makan tengah hari, lantaran berada di dewan pembedahan yang belum siap-siap. Malah bersambung-sambung. sedang keluarga di rumah menunggu kepulangannya dengan harapan.

Read more »

 
Saturday, August 29, 2009

Hafney Abd Rahim di Bangi Lama

Tuan Hafney Abd Rahim (gambar) di Surau Ibtidaiyah, Bangi Lama.

29 ogos 2009. Sesudah terawikh, Tuan Hafney selaku Pengerusi Persatuan PENDAMAI Malaysia menyambung ceramah pencegahan dadah. Antara isi kandungan yang dibentang oleh beliau ialah ;

Tanda-tanda anak mula terlibat
1. Anak anda akan balik lewat pintu belakang, atau masuk pintu depan, tetapi menyisihkan diri, berjalan ikut tepi2 dinding, seoalah-olah dia tahu bahawa orang sedar dia menagih, atau pun dengan tujuan untuk menyembunyikan kesalahannya.
2. Tidur nya lama pada waktu siang
3. Waktu malam, dia berjaga
4. Kadang-kadang bercakap seorang diri (bagi pengguna syabu)

Akibat Menagih Dadah
1. Jika seorang manusia menjadi penagih, seluruh ahli keluarga macam penagih.
2. Penagih menjadi haru-biru, sehingga berlakunya perceraian antara ibu dan ayah
3. Dahsyatnya Penagihan boleh menyebabkan penagih bertukar agama.(murtad)
4. seseorang penagih akan goyang pegangan agamanya.
5. Antara sebab manusia menagih, ialah longgarnya sistem kepimpinan dalam rumah tangga.

Bagi mencegah masalah penagihan :
1. Laksanakan kasih sayang dalam rumahtangga
2. Ada perbincangan keluarga sesekali antara bapa, ibu dan anak-anak.
3. Detect dari awal, bawa berbincang dengan anak. apa masalah mereka.
4. Hargailah pencapaian anak-anak anda, walaupun hanya dengan pujian dan senyuman

Read more »

 

Punca Penagihan : Sebuah Kajian

Pada pagi 29 Januari 2009, saya telah diperkenalkan kepada seorang pemuda yang berusia 36 tahun yang sedang menjalani Pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, sebuah daerah di Johor. Saya telah memaklumkan kepada pegawai disana bahawa saya memerlukan satu kes untuk dijadikan kajian kes pada 28 Januari 2009 yang merupakan hari pertama saya memulakan praktikum di AADK, Batu Pahat. Sebelum memperkenalkan diri klien, Pegawai tersebut telah menjelaskan kepada saya latar belakang dan beberapa maklumat penting tentang klien kajian kes kepada saya.

Status: Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun.

Adik-beradik: Anak sulung dan mempunyai 2 orang adik perempuan.

Pencapaian Akademik

Klien telah memulakan alam persekolahan dalam Darjah Satu di SK Kem Terendak, Melaka. Oleh kerana bapanya merupakan seorang pegawai tentera, keluarga klien sentiasa berpindah tempat. Klien agak bernasib baik kerana dapat menamatkan alam persekolahan sekolah rendahnya di sekolah yang sama sebelum berpindah ke Batu Pahat, Johor.

Bapanya mengambil keputusan untuk mendaftar klien untuk melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Satu di Madrasah Al-Attas Al Arabiah Al-Islamiah di Johor Bahru. Sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah Arab yang terletak di bandaraya Johor Bahru. Keputusan bapanya untuk menghantar klien ke sekolah agama ini dipengaruhi oleh keturunan Arab keluarga mereka. Klien agak bebas bergerak di sekolah berasrama penuh ini kerana kebanyakan pelajar di situ adalah saudara maranya yang berketurunan Arab. Setiap pelajar dikehendaki membayar RM200.00 sebagai yuran setiap bulan. Ada kalanya klien akan tinggal di rumah sepupunya di Johor Bahru.

Klien hanya meneruskan pelajaran di Madrasah ini sehingga tingkatan 4 kerana telah berpindah ke Kelantan atas pengaruh kawan untuk meneruskan pelajaran dalam Tingkatan 5 di Sekolah Maahad Muhammadi. Klien telah menduduki peperiksaan tingkatan lima iaitu Peperiksaan Sijil Tinggi Ugama (STU) ketika berumur 18 tahun. Klien terpaksa menyewa di luar kampus kerana tidak dapat memahami bahasa atau loghat tempatan. Klien dianggap sebagai pelajar swasta kerana tinggal di luar kampus dan ini telah memberi peluang kepadanya untuk bertambah bebas di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sekolah ini juga mengenakan bayaran yuran bulanan sebanyak RM200.00. Bapanya terpaksa mengirim lebih banyak wang daripada biasa kepada klien kerana tinggal di luar kampus dan makanan terpaksa ditanggung sendiri. Klien telah pulang ke Batu Pahat pada tahun 1990 setelah mendapat keputusan STU yang kurang memuaskan iaitu Gred 3.

Alam Pekerjaan

Selepas pulang dari Kelantan pada tahun 1990, klien mula menolong ibunya yang sedang mengusahakan sebuah restoran di Batu Pahat. Kerja klien di restoran adalah sebagai kerani kewangan. Selain dari menolong ibu klien juga berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menolong pakciknya yang berniaga di pasar malam menjual barang-barang seperti songkok dan pakaian orang melayu.

Klien sudah memiliki lesen memandu kelas ‘D’ serta Lesen Angkut Barang (GDL). Ianya diambil ketika membantu pakciknya berniaga dengan tujuan membawa lori kecil angkut barang-barang jualan pasar malam. Lesen tersebut hanya berfaedah buat seketika sahaja dan ianya langsung tidak digunakan sekarang.

Pada ketika ini klien diberi peluang oleh keluarga untuk memberi tumpuan penuh terhadap pemulihan dirinya dari gejala penyalahgunaan dadah atas permintaan klien sendiri. Klien diberi masa selama 3 bulan untuk tujuan pemulihan sepenuh masa dan dikehendaki mencari satu pekerjaan selepas itu untuk menyara diri dan anaknya.

Sejarah Keluarga

Klien adalah anak sulung dari 3 orang adik-beradik. Klien adalah satu-satunya lelaki dalam keluarga, yang lain adalah perempuan. Seorang adik perempuannya bekerja sebagai guru siswazah di sebuah sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Adik ini berumur 28 tahun dan masih bujang. Seorang lagi adik perempuan berkhidmat sebagai Pensyarah lulusan sarjana di sebuah Universiti.

Beliau berumur 30 tahun dan masih bujang serta sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Kedoktoran (Phd). Saya sempat menanya kepada bapa klien kenapa anak-anak perempuannya masih bujang. Menurut bapa klien kedua-duanya sedang menunggu dipinang oleh ‘orang mereka’ (lelaki berbangsa arab).

Bapa klien sudah berumur 68 tahun dan sedang menerima pencen lembaga perubatan disebabkan kemalangan semasa bertugas sebagai pegawai tentera. Ibunya berumur 54 tahun dan beliau adalah seorang surirumah. Tugas ibunya sekarang adalah menjaga klien dan anak klien. Klien mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun. Tugas harian klien selain memberi tumpuan kepada pemulihan diri adalah menghantar dan membawa pulang anaknya dari tadika.

Pengalaman Pahit

Klien pernah mengalami pengalaman yang agak pahit disebabkan perceraian ibu bapanya pada tahun 1985. Selepas ibu bapanya bercerai klien tinggal bersama dengan ibunya. Perceraian ibu bapanya adalah atas sebab campurtangan neneknya (ibu kepada bapanya) dalam hal rumahtangga ibu bapa klien. Selama hampir 14 tahun klien tidak mendapat kasih sayang bapanya.

Ayah klien berkahwin lagi dengan sepupunya dari Indonesia pada tahun 1988 iaitu selepas 3 tahun berpisah dengan isteri pertamanya. Pasangan baru ini telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan. Selepas 3 tahun isteri keduanya meninggal dunia, bapa klien telah dirujuk semula dengan isteri pertamanya pada tahun 1998.

Sejarah Penagihan

Klien telah memulakan tabiat buruk meminum arak ketika berumur 11 tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya. Klien mula dengan arak jenis liker yang harganya kurang dari RM4.00. Klien telah diajar untuk minum arak oleh saudara-maranya yang berketurunan Arab. Tabiat meminum arak telah diterima dalam keluarga sanak-saudaranya sebagai sesuatu yang normal. Penglibatan klien dalam tabiat minum arak ini sebenarnya digalakan dan dilindungi oleh saudara-maranya. Klien akan mengalami kesan tarikan alkohol seperti tangan bergetar pada usia muda itu. Bagi mengatasi masalah tremor ini, klien akan membeli liker jenis murah dan sembunyikannya dalam peti ais tanpa pengetahuan ibu bapanya di rumah.

Masalah penagihan klien terhadap alkohol diteruskan semasa meneruskan pengajian di Madrasah di Johor Bahru. Menurut klien, saudara-maranya di Johor Bahru mengekalkan tradisi minum alkohol dan klien akan dibekalkan dengan bekalan alkohol dengan percuma. Sejarah penyalahgunaan dadah klien bermula di Madrasah Al-Attas. Ketika klien berumur 14 tahun (tingkatan 2), dadah jenis ganja diperkenalkan kepadanya oleh kawan-kawan sekelasnya yang kebanyakannya mempunyai hubungan persaudaraan dengan klien.

Bekalan ganja amat mudah diperolehi di Madrasah tersebut kerana pelajar yang pulang ke kampung akan membawa pulang bekalan ganja ke Madrasah. Kawalan disiplin di Madrasah juga boleh dicabar kerana pelajar boleh membuat apa yang mereka suka termasuk menghisap ganja di asrama tetapi tidak pernah diambil tindakan. Di Madrasah ini juga klien mengenali dadah-dadah yang dikenali dengan nama jalanan seperti Roche dan Up John. Oleh kerana sudah biasa dengan pengambilan pelbagai jenis dadah, klien mengetahui dan memahami tindakbalas negatif pengambilan dadah bersama alkohol. Oleh itu, klien tidak akan ambil dadah bersama alkohol.

Punca Utama Terlibat Dalam Penyalahgunaan Dadah

Menurut klien, punca utama beliau terlibat dengan dadah adalah keretakan rumahtangga. Klien memerhatikan dengan sendiri masalah di antara ibu dan bapanya yang perpanjangan yang akhirnya menemui jalan buntu dan terpaksa berakhir dengan perceraian. Melihat kehidupan ibu bapanya yang tidak terurus tanpa sebarang perancangan membuatkan klien putus asa serta kecewa dan mengalami gangguan emosi kerana tempat klien mengadu dan menagih kasih sayang sudah tiada lagi. Bagi mengatasi kemurungan (implikasi keretakan rumahtangga) ini, klien telah mula mengambil dadah jenis pil Roche. Ianya mudah diperolehi dan harganya murah dan mampu dibeli oleh klien.

Selain daripada punca yang disenaraikan di atas, klien juga telah lama berpisah dengan bapanya disebabkan oleh perpindahan sekolah ke Johor Bahru dan ayahnya tidak lagi tinggal bersama ibu. Klien sudah sangat bebas dan mula mengambil keputusan sendiri kerana tiada sesiapapun yang mengambil tanggungjawab untuk membimbing, mengawal dan memerhati pergerakan klien.

Klien mula berjinak dengan heroin juga semasa sedang belajar di Madrasah. Anak-anak saudara yang belajar bersamanya membawa masuk bekalan heroin ke asrama. Kebanyakan sanak-saudaranya yang lebih dewasa daripada klien adalah pendorong utama kepada klien untuk mencuba bahan-bahan ini kerana mereka sendiri adalah penagih tegar mewah kerana keadaan kewangan mereka stabil. Klien yang agak selesa dengan ganja tidak terlibat dengan penagihan heroin secara serius. Pada ketika ini klien sudah tinggal bersama dengan saudara-mara yang kebanyakan penagih dadah. Pepatah melayu ”masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum” sangat sesuai digunapakai kepada klien kerana hasil bersama dengan saudara-mara untuk jangkamasa yang panjang, klien telah belajar cara berkomunikasi dengan pengedar-pengedar dadah serta sudah pandai mengenali jenis-jenis dadah, harga pasaran, harga jualan, komisen pengedar, tempat (port) penagih dan pengedar berkumpul dan segala selok-belok mengenai dadah.

Walaupun klien sudah sebati dengan perkara-perkara berkenaan dadah, tetapi tidak mengambil heroin secara serius kerana lebih selesa dengan alkohol dan ganja. Pengambilan ganja dan alkohol tidak pernah terputus dari umur 14 tahun. Salah satu sebab kenapa klien memilih untuk menjadi pelajar swasta di Kelantran adalah untuk bebas mengambil ganja dan meminum alkohol. Klien tiada masalah kewangan kerana ayahnya mengirim wang lebih daripada yang diperlukan setiap bulan. Klien juga pandai memanupulasikan keadaannya yang tinggal di luar kampus untuk meminta wang lebih daripada yang diperlukan. Lama-kelamaan Klien tidak terlepas dari terlibat dengan pengambilan heroin secara serius. Klien mula mengambil dadah jenis heroin secara serius ketika berumur 23 tahun. Setelah keadaannya tidak dapat dikawal barulah ibu bapanya menyedari penglibatan anak mereka dalam penyalahgunaan dadah iaitu selepas 9 tahun menagih ganja dan alkohol.

Berpindah ke Yemen

Selepas penglibatan klien diketahui oleh keluarganya, bapa klien telah membuat persiapan tanpa pengetahuan klien untuk menghantar klien untuk ’bercuti’ di rumah saudaranya di Yemen. Klien telah dihantar ke Yemen pada tahun 1995. Selepas sampai di situ saudaranya telah mengambil paspotnya untuk disimpan olehnya. Klien telah mendaftarkan diri di sebuah sekolah pondok di Yemen untuk belajar tentang agama. Tindakan bapanya yang menghantar klien ke Yemen untuk pemulihan telah berjaya kerana klien bebas dadah selama 2 tahun di situ. Setelah saudara-maranya berpuashati dengan pencapaian dan perkembangan, klien dihantar pulang ke Malaysia pada tahun 1998.

Pulang dari Yemen

Klien yang mengalami tarikan psikologi lebih dari tarikan fizikal telah mula mengambil ganja dan meminum alkohol selepas pulang ke Batu Pahat dari Yemen. Selain dari kedua-dua bahan tersebut, klien juga mula mengambil pil khayal (Up John). Kerja pertama yang klien buat setelah pulang dari Yemen adalah di sebuah kilang besi di Minyak Beku di batu Pahat. Klien hanya bertahan selama setahun di kilang besi dan berpindah ke Johor Bahru pada tahun 1999. Klien yang mempunyai ramai kenalan di Johor Bahru bekerja di sebuah restoran selama setahun di situ. Selepas berhenti kerja di restoran, klien bekerja bersama pakciknya sebagai penarik kabel. Selepas beberapa bulan, klien berpindah ke Kuala Lumpur untuk membantu seorang lagi pakciknya berniaga barang-barang hiasan dan kraftangan.

Penagihan ganja dan alkohol diteruskan juga di mana-mana tetapi klien pandai mengawal diri serta menjaga diri walaupun dalam keadaan mabuk. Klien kembali menagih heroin pada tahun 2002 atas pengaruh kawan-kawan lamanya di Johor Bahru. Semasa mula mengambil heroin klien tinggal bersama dengan kawan-kawannya dan bekerja di sebuah kilang perabut. Oleh kerana klien tiada sebarang tanggungan, segala pendapatannya digunakan untuk kegunaan sendiri dan sebahagian besar daripada pendapatannya digunakan untuk membeli bahan.

Sejarah Perkahwinan

Klien mengenali bakal isterinya melalui kawannya dari Kota Tinggi yang selalu datang melepak di restoran tempat kerja klien. Pada satu malam kawannya telah mengajak klien ke rumahnya di Kota Tinggi dan klien pun ikut tanpa sebarang bantahan. Kawannya juga adalah seorang penagih dadah jenis Amfetamin (Ice) dan masing-masing tahu sejarah penagihan mereka. Saudara-mara kawannya juga ramai yang penagih dadah. Klien dikenalkan kepada bakal isterinya oleh kawan klien yang juga abangnya di rumah kawan di Kota Tinggi.

Selepas mengenali bakal isterinya hubungan mereka terus kukuh. Bakal isterinya juga sedar tentang sejarah penagihan klien tetapi bersetuju mengahwininya dengan keyakinan boleh membawa pulang klien ke pangkuan jalan yang betul atau memulihkannya.

Mereka berdua telah melangsungkan perkahwinan setelah berkenalan selama hanya 5 bulan pada 11.01.2004. Walaupun klien belum bersedia untuk berkahwin, atas desakan tunangnya serta permintaan ayahnya yang sakit jantung, akhirnya klien akur dan berkahwin juga hanya untuk menggembirakan hati bapanya. Menurut klien, isterinya adalah seorang yang keras kepala dan lebih rapat dan sentiasa hendak bersama dengan keluarganya di Kota Tinggi.

Ketika isterinya mengandung anak pertama, hubungan mereka tidaklah rapat seperti dahulu. Isternya sentiasa pulang ke rumah keluarganya dan mahu terus tinggal di situ. Isterinya selamat melahirkan seorang anak lelali pada 26.10.2004.

Sejarah Kegiatan Jenayah

Pada tahun 2005 klien telah ditangkap di satu sekatan jalanraya di Batu Pahat dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) kerana memiliki dadah jenis heroin. Klien telah dihukum penjara selama 6 bulan di Penjara Kluang. Klien telah ditangkap semula oleh polis di Johor Bahru selepas 4 bulan keluar penjara pada tahun 2006 dan didakwa mengikut Seksyen 379 kerana memiliki barang curi bersama seorang kawan. Klien telah dihukum penjara selama 4 bulan di penjara yang sama.

Pemenjaraan klien dua kali ini menjarakkan lagi hubungan suami isteri. Isteri klien hampir kehilangan kepercayaan terhadap suaminya dan mula bekerja di sebuah pasaraya sebagai Promoter. Hasil daripada pendapatn inilah isteri klien dapat meneruskan kehidupan bersama anak kecilnya tanpa bantuan dari sesiapapun.

Pemulihan di Pusat Serenti

Klien ditahan polis bahagian narkotik semasa sedang membeli dadah jenis heroin di kawasan perumahan San Peng di Kuala Lumpur. Ketika ditangkap klien sedang membantu pakciknya berniaga barang-barang kraftangan di Kuala Lumpur. Nasib klien agak baik kerana hanya didakwa atas kesalahan memasukkan dadah jenis heroin ke dalam badan dan bukannya memiliki dadah. Kehidupan klien telah menemui satu lonjakan paradigma pada detik ini apabila bapanya mengambil keputusan untuk campurtangan dalam keputusan mahkamah.

Walaupun klien telah memberikan sebab-sebab seperti perlu menyara isteri dan anak yang masih kecil apabila memohon pengawasan kepada Majisteret di Kuala Lumpur, tetapi permohonannya ditolak oleh Majisteret. Majisteret tidak meluluskan permohonan pengawasan klien kerana menghormati permintaan bapanya yang terlebih dahulu telah meluahkan keinginannya kepada pegawai pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan untuk menghantar anaknya ke pusat pemulihan.

Kemasukan klien ke dalam Pusat Serenti Muar merupakan detik bermulanya keretakan rumahtangga klien yang serius. Bapanya mengambil keputusan yang tidak dipersetujui oleh klien kerana ingin melihat anaknya pulih, tetapi keputusan tersebut dibuat tanpa memikirkan kebajikan isteri dan anaknya. Pada pendapat klien, sekurang-kurangnya rumahtangganya dapat diselamatkan sekiranya bapa tidak mengambil tindakan proaktif tersebut.

Klien telah diarahkan oleh Majisteret Kuala Lumpur untuk menjalani pemulihan selama 2 tahun bermula dari 3.10.2007 hingga 20.10.2008 di Pusat Serenti Muar. Isterinya datang melawat klien di Pusat Serenti sebanyak 3 kali dalam masa 3 bulan. Selepas 3 bulan isterinya langsung tidak melawat klien dengan alasan sudah berpindah ke Johor Bahru tetapi pada hakikatnya masih menetap di Batu Pahat.

` Pada ketika itu anaknya dijaga oleh ibu klien kerana isterinya tinggal di tempat lain. Anaknya telah dipisahkan dari ibu klien dengan alasan membeli baju raya untuk anak tetapi tidak dihantar balek. Selepas klien dibebaskan dari Pusat Serenti lebih awal, klien menerima satu lagi tamparan hebat apabila isterinya berkeras tidak mahu meneruskan kehidupan bersama klien dan memohon kepada klien untuk melepaskannya. Klien hanya dapat membawa balek anaknya sahaja. Mereka berdua tinggal berasingan dengan anaknya dijaga oleh ibu klien. Isterinya masih tinggal di Batu Pahat dan bekerja sebagai Promoter di Summit Batu Pahat. Komunikasi di antara mereka hanya sekali sekala melalui telefon. Isterinya akan datang seminggu sekali untuk melawat anaknya. Menurut klien isterinya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kasih sayang terhadap suami.

Hubungan Keluarga

Klien telah membina satu hubungan yang sangat akrab dan baik bersama ahli keluarga. Semua ahli keluarganya bersedia memberi sokongan dalam pelbagai bentuk untuk memulihkan klien. Pada mulanya klien sangat membenci bapanya kerana memohon dimasukkan ke dalam Pusat Serenti, tetapi lama-kelamaan klien telah melupakan semua kerana sedar bahawa tindakan bapanya adalah untuk memulihkan diri klien.

Walaupun klien dapati masalah rumahtangganya dapat diselamatkan sebanyak 80% tanpa pengaruh bapanya, tetapi hubungan dengan bapanya sudah pulih tetapi bukan sepenuhnya. Klien tidak pernah bersemuka dengan bapanya untuk membincangkan hal-hal peribadi atau yang serius. Klien lebih rapat dengan ibunya.

Perancangan Masa Depan

Klien mempunyai keinginan untuk pergi semula ke Yemen untuk memulihkan diri dan mencari ketenangan jiwa. Menurut klien, Yemen yang masih tidak dicerobohi oleh pembangunan adalah satu tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan kerana ianya dikelilingi oleh perkampungan dan kehijauan.

Keinginan tersebut belum disampaikan kepada bapanya yang akan membuat keputusan terakhir. Sekiranya rancangan ini mengambil masa yang lama, klien ingin menjauhkan diri dari kawan-kawannya di Batu Pahat buat sementara waktu. Kami telah mencadangkan kepada klien untuk membuat permohonan untuk tinggal di Pusat Khidmat AADK di Muar selama 3 bulan. Pada ketika ini klien tidak mempunyai satu pekerjaan tetap. Klien akan membantu di kedai makan saudaranya di Batu Pahat dan akan dibayar setiap hari.

Kesan-kesan Farmakologi

Kesan segera dan berpanjangan hasil pengambilan Heroin: Klien mengalami kepeningan, hilang perhatian atau fokus, lupa apa yang telah berlaku dan percakapan yang tidak teratur setelah beberapa minit pengambilan dadah jenis heroin. Selain daripada itu, klien juga mengalami rasa loya (nausea) dan muntah, kesakitan otot-otot, lakrimasi dan rinorea, kepeluhan, insomnia dan adakalanya demam.

Penagihan Semula

Klien mengaku menagih semula dadah jenis heroin 2 hingga 3 kali seminggu. Alasan yang telah diberikan oleh klien untuk menagih semula adalah tekanan jiwa setelah ditinggalkan oleh isteri. Selain daripada tekanan hasil kegagalan hubungan dengan isteri, klien juga menerima tekanan dan pemulauan dalam keluarga. Krisis dalam keluarganya bukanlah kerana tiada kasih sayang tetapi oleh kerana ahli keluarga tidak memahami klien dan melihat klien sebagai anak dan abang kandung dan bukannya sebagai seorang pesakit.

.

Rumusan (Pembelajaran)

Kata-kata mutiara oleh Abbas Effendi (Parsi 1844 – 1921) yang berbunyi “WHERE THERE IS LOVE NOTHING IS TOO MUCH TROUBLE AND THERE IS ALWAYS TIME” adalah amat sesuai dan tepat bagi individu-individu yang berkecimpung dalam tugas pemulihan manusia. Dengan hanya berbekalkan cinta dan dedikasi terhadap tugas pemulihan ini, pelbagai keajaiban boleh dicipta melalui pemulihan pesakit-pesakit di Pusat Pemulihan Dadah dan secara umumnya semua penagih dadah.

Saya percaya semua usaha-usaha murni dan ikhlas saya selama hampir 3 bulan untuk memulihkan klien ini adalah satu kejayaan besar dalam sejarah hidup saya. Pada saat ini klien saya berada di tahap pemulihan awal dan beliau sangat berpotensi tinggi untuk meningkatkan tahap pemulihannya ke peringkat yang lebih tinggi dan selamat.

Saya menyeru kepada setiap insan yang melibatkan diri dalam ‘core business’ ini supaya memadamkan perkataan putus asa dan hilang kesabaran dari jiwa mereka kerana perkataan-perkataan ini merupakan musuh utama dalam bidang yang kita ceburi. Sebaliknya, mewarnai jiwa masing-masing dengan cinta dan dedikasi. Pengekalan dan kepuasan kita dalam arena khidmat masyarakat ini hanya akan terbukti apabila kita merealisasikan kedua-dua perkataan ini.

Read more »

 

DADAH

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

Opait
Perangsang (stimulants)
Penekanan (Depressants)
Hallucinogen
Ganja (Cannabis)

OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
  1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
  2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
  3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
  7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
  9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
  10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
  11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
  12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
  13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH


1. APA DIA SYABU


I.I. Nama panggilan dan nama saintifik


SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-


ICE
GLASS
CRACK METH
HIROPONG
BATU (STONES)


Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.


1.2 Rupa Syabu Di Pasaran


Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.


1.3. Bungkusan (Packaging)


Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.


1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis


Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-


C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

2. LATAR BELAKANG


2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;


2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;


2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.


3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH


3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:


3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);

3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan

3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.


3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.


3.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:


3.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;

3.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan

3.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.


3.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:


3.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;

3.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;

3.4.3. Keseronokan dan khayalan;

3.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan

3.4.5.. Hilang selera makan.


Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.


4. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU


4.1. Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:


4.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;

4.1.2. Dalam motor starter;

4.1.3. Lampu Kalimantang;

4.1.4 Bekas stater kalimantang

4.1.5. Bekas tin bedak;

4.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan

4.1.7. Tumit selipar/kasut.


4.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.


4.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.


5. NAMA BRAND DAN GRED SYABU


5.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China Whiteii

ii) Cristal Stones


5.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal StonesGred II - China WhiteGred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II


6. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]


Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
Keracunan pada sistem saraf tunjang;
Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.


7. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

Read more »

 

ISU DADAH DI SANA SINI

Sembilan suspek pengedar dadah ditahan
Posted on August 5, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
KUANTAN 5 Ogos - Polis Pahang menahanlima lelaki dan empat wanita termasuk seorang pelajar sekolah yang disyaki anggota sebuah sindiket pengedaran dadah di pantai timur negara dalam satu operasi bersepadu hujung minggu lepas.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Pemangku DSP S. Xavier berkata, polis turut merampas tujuh kereta termasuk sebuah kereta jenis BMW yang […]

Polis tahan suami isteri disyaki edar dadah
Posted on August 5, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
KUALA TERENGGANU 5 Ogos - Polis merampas 450 gram dadah bernilai RM150,000 dan menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dengan kegiatan mengedar dadah, di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit dekat sini, Isnin lepas.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ia merupakan rampasan dadah yang terbesar oleh Polis Terengganu dalam tempohlima […]

Polis rampas dadah RM10j disembunyi dalam gudang
Posted on August 5, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
GEORGETOWN 28 Julai-Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah, dipercayai terbesar di negeri ini selepas menahan tujuh lelaki, termasuk seorang Datuk dan merampas dadah bernilai lebih RM10 juta, yang disembunyikan di sebuah gudang di Sungai Dua, di sini, semalam.Dalam serbuan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, polis merampas lebih sejuta pil jenis Eramin 5 dan ecstasy yang […]

AADK Musnahkan 32 Sarang Penagih
Posted on July 29, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
SEREMBAN 26 Julai - Sebanyak 32 sarang penagih dadah telah dimusnahkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi yang dijalankan sempena program ‘Jom Masuk Kampung’ di sekitar daerah ini yang bermula 24 Julai lalu dan berakhir malam tadi.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd. Samad Ibrahim berkata, lokasi yang dimusnahkan itu […]

Program Gerak Gempur Dadah
Posted on July 29, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
KENINGAU 20 July-Seramai 2,307 penagih dadah direkodkan di seluruh nagara dalam tempoh januari hingga mei tahun ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Justin Gukah.Daripada jumlah itu katanyaSabah hanya mencatat 17 penagih dalam tempoh yang sama dan memyaksikan penurunun penagih di seluruh Negara dalam tempoh yang sama tahun lalu.Walau bagaimanapun katanya ini hanya yang […]

Penyalahgunaan Dadah dikalangan Mahasiswa Meningkat
Posted on July 29, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
15 Mei - Jumlah pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA / IPTS) di Sarawak yang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tempoh bulan Januari hingga April tahun ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tempoh yang sama bagi tahun lepas.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohmad Salleh berkata pihak polis telah menahan […]

Pelajar Perempuan Ditahan Bersama Dadah
Posted on July 29, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
1 April - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga ditahan berhampiran Pangsapuri Fasa 7, Presint 9 Putrajaya di sini Jumaat lalu kerana disyaki memiliki dadah dipercayai jenis ketamin seberat 9.4 gram.Pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 10.25 pagi bersama empat lelaki ketika berlegar-legar berhampiran pangsapuri terbabit dalam keadaan mencurigakan selepas mendapat maklum balas orang ramai.Ketua Polis Daerah […]

355 Ditahan Pelbagai Salah Guna Dadah 2008
Posted on July 29, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
REMBAU 13 Feb. -Seramai 355 orang telah ditahan di daerah ini kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sepanjang tahun lalu.Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 100 orang iaitu berbanding 255 yang ditahan pada 2007.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan R. Ravichandran berkata, daripada jumlah yang ditahan pada tahun lalu, seramai 275 […]

Program Perangi Dadah Terutama Dadah Sintetik
Posted on July 28, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
PUTRAJAYA 22 Jan. — Kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk akan melancarkan program kesedaran yang dipakej semula bagi tujuan mendidik masyarakat tentang bahaya dadah kepada diri mereka dan negara, terutamanya dadah jenis sintetik yang menjadi trend terkini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dadah jenis sintetik seperti syabu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi penagih […]

Penyampai Berita dan Pelakon Ditahan Positif Dadah
Posted on July 28, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment
1 Januari - Seorang penyampai berita televisyen swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee di ibu negara di sini awal pagi tadi.Operasi pukul 3.30 pagi yang diketuai oleh ASP Mahani Ahmad dari Bahagian […]
Sumber:

Read more »

 

'Keldai dadah' kelima diampun Kerajaan Peru

KUALA LUMPUR: Seorang lagi 'keldai dadah' warga Malaysia yang ditahan di Peru, dua tahun lalu berjaya mendapatkan pengampunan kerajaan republik itu semalam dan sedang menunggu tarikh pembebasannya.

Wanita itu yang kini ditempatkan di sebuah pusat transit kira-kira sejam perjalanan dari Lima, diluluskan permohonan pengampunannya sebaik tempoh dua tahun penjaranya berakhir.

Dia juga rakyat tempatan kelima mendapat pengampunan itu sepanjang bulan ini selepas dipertimbangkan Presiden Peru, Alan Garcia.

Sumber Kementerian Luar memberitahu kelima-lima wanita itu yang berasal dari Selangor, Perak dan Sabah dijangka tiba di tanah air, Oktober ini selepas surat pengampunan rasmi dikeluarkan.

“Kedutaan Malaysia berusaha membawa mereka pulang secepat mungkin. Malah, keluarga mereka sudah dimaklumkan,” katanya.




Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20090829082506/Article/

Read more »

 
Friday, August 28, 2009

Doa Al-Ma' thurat



Ya Allah kurniakanlah lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusuk ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamatkan kami dari merbahaya. Kami mohon kepadaMu ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa minta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami, serta sesiapa sahaja yang bersama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan minta.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat amnya.

Read more »

 

Ramadhan Bulan Pemantapan

Jika Sya'ban hadir untuk mengantar buku rekod kita semua selama setahun kepada Tuhan, maka begitu perginya Sya'ban, datangnya Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan memperkuatkan lagi, menambah, memantap ibadah kita di permulaan 15 Syaban. Kita jaga buku rekod yang baru agar tidak tercalit sedikitpun. Masuk Ramadhan kita hiasi lagi buku itu dengan pelbagai amalan. Begitulah kira-kira untuk pemahaman secara kasar kepada umum.

Apalagi, hadirnya Ramadhan, Tuhan menjanjikan keampunan dan kebebasan dari api neraka. Di pagi lebaran, muslimin dan mukminin, seakan seperti anak yang baru lahir (secara majazi) akan terhapus semua dosa-dosa. Jangan bikin dan tambahn dosa baru lagi ya.

Terima Kasih tuhan kerana hadirnya Ramadhan, tanpa Ramadhan mana mungkin manusia akan menjalani ibadah puasa selama sebulan penuh. Mana mungkin juga insan yang kuat sanggup bangun untuk meneruskan malamnya dengan terawikh. Semuanya lantaran hadirnya Ramadhan.

Selamat Berpuasa, puasa lahir dan anggota tubuh, mulut, telinga dan semuanya dari salah sengaja dan tidak, semoga kita di upgrade ke puasa orang2 khawas.

Read more »

 
Thursday, August 27, 2009

Hafney di Bangi Lama

Setelah beberapa tempat saya bawakan bersama penceramah hebat dalam dunia penagihan, kini beliau akan berada di Surau Ibtidaiyyah, Batu Enam, Bangi Lama. Tepatnya jam 9.30 malam Ahad, tanggal 29.8.2009. Sasaran ialah remaja, dan ibu bapa.

Penduduk sekitar Bangi Lama boleh datang ke surau, ceramah akan di adakan sejurus tamat terawikh 8 rakaat. Sebelumnya saya menyarankan agar Saudara Hafney dibawa ke kuliah subuh. Namun ada jamaah berpendapat, lebih baik pada malam, kerana anak-anak muda ramai yang hadir.

Read more »

 

Kelebihan Berpuasa

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Selamat Berpuasa

Read more »

 

Hafney di Bangi Lama

Setelah beberapa tempat saya bawakan bersama penceramah hebat dalam dunia penagihan, kini beliau akan berada di Surau Ibtidaiyyah, Batu Enam, Bangi Lama. Tepatnya jam 9.30 malam Ahad, tanggal 29.8.2009. Sasaran ialah remaja, dan ibu bapa.

Penduduk sekitar Bangi Lama boleh datang ke surau, ceramah akan di adakan sejurus tamat terawikh 8 rakaat. Sebelumnya saya menyarankan agar Saudara Hafney dibawa ke kuliah subuh. Namun ada jamaah berpendapat, lebih baik pada malam, kerana anak-anak muda ramai yang hadir.

Read more »

 

Kelebihan Berpuasa

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Selamat Berpuasa

Read more »

 

SKALA TAHAP KESEDARAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI TEMPAT KERJA

Khamis, 27 Ogos 2009

Tiga orang Pelajar SPADA telah ke Kuala Berang, Hulu Terengganu bagi menjalankan Kaji Selidik Skala Tahap Kesedaran terhadap Penyalahgunaan Dadah di Tempat Kerja. Mohd Basiran Md Jamil, Zunita Deraman dan Maznita Mokhtar telah berkesempatan untuk menjalankan Kajian Tinjauan tersebut di Pejabat Daerah Kuala Berang, Pejabat Pertanian Kuala Berang, Institut Latihan Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai dan beberapa tempat yang lain.
Temuramah di Pejabat Daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu....

Encik Mazuki b Embong,
Pegawai Eksekutif Pejabat Daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu

Kami lakukannya bersama di beberapa lokasi tempat kerja


Terdapat catatan peringatan buat para pekerja
di Pejabat Daerah Kuala Berang

Peringatan dan Motivasi......

Read more »

 

Tujuan Berpuasa Menurut Said Hawwa

Puasa adalah antara syariat Islam ke atas tiap muslim. Bahkan puasa adalah rukun Islam yang ketiga. Ulama terkemuka dalam dunia Islam, Said Hawwa menghuraikan keperluan dalam Islam dari perspektif Tazkiatun Nafs (Pembersihan Jiwa). Katanya selain menjaga mulut dari makan dan minum, kita juga perlu menjaga mulut dari bercakap perkara yang sia-sia, juga menjaga (telinga) dari mendengar perkataan yang lagha tadi.

Read more »

 
Tuesday, August 25, 2009

FORUM: PERANAN AGAMA DALAM RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH

Isnin (24 Ogos 2009):

Pelajar SPADA, USIM sesi 2009/2010 telah menganjurkan satu forum bagi membincangkan Peranan Agama Dalam Rawatan Dan Pemulihan Dadah dari pendekatan Agama Hindu, Budha dan Kristian. Objektif forum tersebut diadakan ialah:
  1. Memberi kefahaman mengenai isu-isu dan masalah penyalahgunaan dadah dari perspektif agama (Budha, Hindu dan Kristian)
  2. Memberi pendedahan cara-cara pencegahan, pemulihan, pengukuhan jiwa serta pembentukan keperibadian mulia dari pandangan agama (Budha, Hindu dan Kristian)

Ahli Forum terdiri daripada:

  1. Y.Bhg Dr Balakrishnan a/l kandasamy (Pendekatan Agama Hindu)
  2. Y.Bhg Mr Tang Chin Hong (Pendekatan Agama Budha)
  3. Y.Bhg Mr Elvie Ho (Pendekatan Agama Kristian)

Para peserta forum
Back Drop....

Moderator (Mohd Hafiz) dan Ustaz Muhammad Khairi Mahyuddin


Para ahli Panel


Mohd Basiran...Juruacara Majlis





Read more »

 
Monday, August 24, 2009

Sayang tak kesampaian

Sayu, ya hanya kesayuan yang tinggal apabila perginya seorang manusia menemui Ilahi buat selamanya. Banyak cerita kita dengar, dari pemergian setiap manusia, pastinya ada yang "tidak kesampaian". Tak sempat buat itu, tak sempat duduk rumah baru beli, tak sempat mencuba baju raya.

Begitulah yang di alami Ahmad Hafifi Othman, apabila tidak sempat membawa pulang baju raya untuk keluarganya.

Namun paling pilu dan paling-paling menderita ialah apabila, kematian seorang insan tak sempat untuk memasuki syurga akhirat kelak. Kerana sibuk dengan urusan dunia, menangguh itu dan ini, nanti dulu, tunggu dulu, sekejap lagi, ah, nanti lah, semua ditangguh, bahkan zikir dan solat sunat pun di tangguh, akhirnya dunia terbarai, akhirat tidak dapat di capai bahagianya. Aduh...

Kematian Hafifi menjadi kisah dan pengajaran kepada kita, betapa hidup ini cuma singkat sahaja, saya mengajak sidang pembaca, ayuh kita tetap konsisten beribadah, bahkan memperelok ibadah kita. mudah-mudahan pemergian kita nanti, ianya diterima oleh ALLAH.


Klik pada pada gambar dan save as untuk baca lebih lanjut

Read more »