Tuesday, August 4, 2009

BAITUL TAUBAH


Ahad, 2 Ogos 2009 - Lawatan Ilmiah seterusnya ialah di Baitul Taubah (Pondok Islah Diri), Pasir Puteh, Kelantan.

Baitul Taubah merujuk kepada kaedah berdasarkan Al Quran dan hadith sebagai sumber falsafah dan pendekatan untuk memulihkan seseorang penagih dadah. Pemulihan secara Islam ini mengaplikasikan satu kurikulum yang dilaksanakan secara tetap dan intensif yang diwajibkan ke atas anak bina.

Objektif rawatan:

  1. Meningkatkan kesejahteraan, kesihatan dan mutu kehidupan pengguna dadah
  2. Mengurangkan kemusnahan dan kematian akibat penyalahgunaan dadah
  3. Menyediakan kaunseling, penempatan kerja dan aktiviti kemasyarakatan
  4. Melahirkan insan yang mempunyai tahap kesedaran, ketabahan dan keinsafan yang tinggi
  5. Meningkatkan tahap keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT

Ustaz Sufian dan Ustaz Nadzri

Anak Bina di Baitul Taubah

Anak Bina......Boleh menyampaikan perkongsian dengan yakin disulami ayat-ayat Quran dan Hadis sebagai peneguh bicara

Aktiviti Ekonomi....Ayam serama

Aktiviti ekonomi.....Kambing yang diternak

 

No comments:

Post a Comment