Monday, August 3, 2009

KONVOKESYEN DI DUNIA

Seramai 640 orang mahasiswa USIM di anugerahkan Ijazah, Master dan Phd. Hari yang penuh bermakna ini dihadiri dari sanak-saudara jauh dan dekat, biarpun tidak semua yang mengiring dibenarkan masuk ke dewan. Namun melihat anak mereka berbaju jubah Univesiti pun cukup membanggakan. Ketika perarakan mahasiswa masuk ke dewan, lagu "langkah mu langkah kejayaan" dimainkan. Hampir tumpah air mata kerana berjaya menjadi pahlawan negara.

Bagi yang sudahpun 2 kali mengikuti acara wisuda (konvo) ini, tidaklah begitu riang n bersangatan, melainkan kebanggaan untuk ditunjukkan pada anak dan generasi akan datang. Walaupun kian redup dan berumur ditelan masa, namun kesungguhan dan semangat tetap membara.
 

No comments:

Post a Comment